Tazkirah
DIKURNIAKAN SEGALA KEBAIKAN OLEH ALLAH BAGI MEREKA YANG BERUSAHA MENJADIKAN AMALNYA BAIK
Firman Allah SWT :
لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ ۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ ۚ
[Surat Yunus 26]
Terjemahan :
"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan"
JANGAN DERHAKA KEPADA ALLAH KERANA KEDERHAKAAN ITU HANYA MENGUNDANG BENCANA KEPADA DIRI SENDIRI
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا بَغْيُكُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ ۖ
[Surat Yunus 23]
Terjemahan :
"Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri."
ALLAH AKAN MEMIMPIN ORANG YANG BERIMAN MENUJU KEPADANYA
Firman Allah SWT :
وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
[Surat An-Nisa' 175]
Terjemahan :
"dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya"
JAUHKAN DIRI DARIPADA BERKATA BURUK TERHADAP ORANG LAIN
Firman Allah SWT :
لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ
[Surat An-Nisa' 148]
Terjemahan :
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang)."
JIKA KITA MELUPAKAN ALLAH, MAKA ALLAH AKAN BIARKAN KITA TERUS BERADA DIDALAM KESESATAN
Firman Allah SWT :
فَنَذَرُ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
[Surat Yunus 11]
Terjemahan :
"Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya"
KHABAR GEMBIRA BAGI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH
Firman Allah SWT :
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِنْدَ رَبِّهِمْ
[Surat Yunus 2]
Terjemahan :
"dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan)."
BERTAQWALAH KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTA ORANG ORANG YANG BERTAQWA
Firman Allah SWT :
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
[Surat At-Tawbah 123]
Terjemahan :
"dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya)"
PERBAIKILAH DIRI DAN AMALAN KITA
Firman Allah SWT :
إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
[Surat At-Tawbah 120]
Terjemahan :
"Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"
BERSEDEKAHLAH KERANA IA ADALAH JALAN UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
أَلَا إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَهُمْ ۚ سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِي رَحْمَتِه
[Surat At-Tawbah 99]
Terjemahan :
"Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya"
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH AGAR KITA MENJADI ORANG YANG BERJAYA
Firman Allah SWT :
وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
[Surat Aal-E-Imran 200]
Terjemahan :
"serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"