Tazkirah

BERBUAT BAIK DAN BERBUDI LAH SESAMA MANUSIA AGAR RAMAI YANG AKAN MENDAPAT KEBAIKAN


Firman Allah SWT : وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ [Surat Al-Baqarah 237] ‎Terjemahan : "Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan."

ALLAH AKAN PIMPIN HATI ORANG ORANG YANG BERIMAN PADA JALAN SABAR KETIKA MEREKA DITIMPA MUSIBAH


Firman Allah SWT : وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ [Surat At-Taghabun 11] ‎Terjemahan : "dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)"

JAUHILAH DOSA, KERANA IA AKAN MEMALINGKAN KITA DARIPADA MENTAATI ALLAH DAN RASUL


Firman Allah SWT : وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ [Surat Al-An'am 110] ‎Terjemahan : "Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung."

BIMBANG TENTANG KEPAPAAN? BERGANTUNG HARAPLAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ ۚ [Surat At-Tawbah 28] ‎Terjemahan : "dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki."

JANGAN KITA DAMPINGI MEREKA SEKIRANYA MEREKA LEBIH MEMILIH KUFUR BERBANDING IMAN


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ ۚ [Surat At-Tawbah 23] ‎Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman"

PERLIHARALAH SETIAP SOLAT FARDHUMU DENGAN PENUH TAAT DAN KHUSYUK


Firman Allah SWT : حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ [Surat Al-Baqarah 238] ‎Terjemahan : "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk"

MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA TIDAK DILALAIKAN DENGAN KEMEWAHAN DUNIA


Firman Allah SWT : إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ [Surat Al-Waqi'ah 45] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)"

SETELAH KAMU BERSUSAH PAYAH MENTAATI ALLAH, MAKA RASAILAH PULA BALASAN NIKMAT DARIPADANYA


Firman Allah SWT : وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ [Surat Ad-Dhuhaa 5] ‎Terjemahan : "Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati"

BERHATI HATILAH KETIKA INGIN MENYEBARKAN BERITA, SELIDIKILAH APAKAH IA BENAR ATAU DUSTA


Firman Allah SWT : إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ [Surat An-Nur 15] ‎Terjemahan : "Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."

APA SAHAJA YANG KITA BELANJAKAN PADA JALAN ALLAH, PASTI AKAN DIBALAS OLEH ALLAH DENGAN SEMPURNA


Firman Allah SWT : وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ [Surat Al-Anfal 60] ‎Terjemahan : "Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya"

Page