Tazkirah

SESIAPA YANG MEMILIH KUFUR SETELAH DIA BERIMAN, MAKA BAGINYA KEMURKAAN ALLAH DAN AZAB YANG BESAR


Firman Allah SWT : وَلَٰكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ [Surat An-Nahl 106] ‎Terjemahan : "akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar."

TINGGALKANLAH KAMU AKAN DOSA YANG NYATA DAN YANG TERSEMBUNYI


Firman Allah SWT : وَذَرُوا ظَاهِرَ الْإِثْمِ وَبَاطِنَهُ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَكْسِبُونَ الْإِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانُوا يَقْتَرِفُونَ [Surat Al-An'am 120] ‎Terjemahan : "Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan."

JIKA BENAR KEIMANAN KAMU TERHADAP ALLAH, MAKA TERIMA SAHAJA APA YANG TELAH DITETAPKAN UNTUK KAMU


Firman Allah SWT : رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ إِنْ كُنْتُمْ مُوقِنِينَ [Surat Ad-Dukhan 7] ‎Terjemahan : "Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu)."

MULIA SESEORANG ITU DISISI ALLAH BUKANLAH KERANA KETURUNAN, TETAPI KERANA KETAQWAANNYA KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ [Surat Al-Hujurat 13] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

IKUTILAH PETUNJUK AL QURAN SERTA AS SUNNAH DAN BERPALING INGKARLAH DARIPADA KAUM MUSYRIK


Firman Allah SWT : اتَّبِعْ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ [Surat Al-An'am 106] ‎Terjemahan : "Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik."

AL QURAN ITU MENGELUARKAN MANUSIA DARIPADA GELAP GELITA KUFUR KEPADA CAHAYA IMAN


Firman Allah SWT : كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ [Surat Ibrahim 1] ‎Terjemahan : "Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."

MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA DIJAUHKAN DARIPADA MENTAATI PEMIMPIN PEMIMPIN YANG SESAT DAN ZALIM


Firman Allah SWT : وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا [Surat Al-Ahzab 67] ‎Terjemahan : "Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar."

BERDOALAH BAGI DIRI KAMU, BAGI KEDUA ORANG TUAMU DAN JUGA BAGI ORANG ORANG YANG BERIMAN


Firman Allah SWT : رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ [Surat Ibrahim 41] ‎Terjemahan : "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

KESAN TAUBAT YANG BENAR DAN IKHLAS AKAN MELAHIRKAN KEKUATAN IMAN DAN KEKUATAN UNTUK BERAMAL SOLEH


Firman Allah SWT : إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا [Surat Maryam 60] ‎Terjemahan : "Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun,"

PERBANYAKKANLAH BERDOA DAN ISTGHFAR PADA WAKTU AKHIR MALAM


Firman Allah SWT : وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ [Surat Adh-Dhariyat 18] ‎Terjemahan : "Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)."

Page