Tazkirah
AL QURAN ITU PETUNJUK ALLAH YANG JELAS. JANGAN IA DITINGGALKAN JIKA KALIAN INGIN BERJAYA
Firman Allah SWT :
قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۖ وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
[Surat Al-An'am 71]
Terjemahan :
"Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
APAKAH KALIAN MAHU PUTUS ASA DENGAN ALLAH? SEDANGKAN DIA MAHA PENGAMPUAN SEGALA DOSA
Firman Allah SWT :
أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنْكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
[Surat Al-An'am 54]
Terjemahan :
"bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG MAMPU MEMBERIKAN SEGALA NIKMAT PANCAINDERA KEPADA KITA
Firman Allah SWT :
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ اللَّهُ سَمْعَكُمْ وَأَبْصَارَكُمْ وَخَتَمَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُمْ بِه
[Surat Al-An'am 46]
Terjemahan :
Katakanlah :"Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?"
MEREKA YANG ZALIM AKAN DIHAPUSKAN OLEH ALLAH SEHINGGA TERPUTUS KETURUNANNYA
Firman Allah SWT :
فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ
[Surat Al-An'am 45]
Terjemahan :
"Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya."
SEGALA KEHIDUPAN KITA BERADA DIDALAM PERCATURAN, PEMELIHARAAN DAN PENTADBIRAN ALLAH SWT
Firman Allah SWT :
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
[Surat At-Takwir 29]
Terjemahan :
"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."
KITA TIDAK AKAN SEKALI KALI RUGI JIKA SENTIASA MEYAKINI PERTEMUAN DENGAN ALLAH DAN BERAMAL SOLEH
Firman Allah SWT :
قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءَتْهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً قَالُوا يَا حَسْرَتَنَا عَلَىٰ مَا فَرَّطْنَا فِيهَا وَهُمْ يَحْمِلُونَ أَوْزَارَهُمْ عَلَىٰ ظُهُورِهِمْ ۚ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ
[Surat Al-An'am 31]
Terjemahan :
"Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu."
ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENERIMA TAUBAT
Firman Allah SWT :
غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ
[Surat Ghafir 3]
Terjemahan :
"Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat"
BERINGAT TERHADAP KEKUASAAN ALLAH AKAN MENDETIK RASA TAKUT UNTUK MELAKUKAN DOSA
Firman Allah SWT :
وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
[Surat Aal-E-Imran 30]
Terjemahan :
"Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya."
BERPESAN PESANLAH KEPADA KEBAIKAN DENGAN KASIH SAYANG
Firman Allah SWT :
ثُمَّ كَانَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةِ
[Surat Al-Balad 17]
Terjemahan :
"Selain dari itu, ia menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang."
BACA DAN FAHAMILAH AL QURAN KERANA PADANYA TERDAPAT LIMPAHAN KEMULIAAN DAN KEBAIKAN
Firman Allah SWT :
ق ۚ وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ
[Surat Qaf 1]
Terjemahan :
"Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya"