Tazkirah
JANGAN KALIAN RAGU SERTA MENENTANG KETETAPAN ALLAH INI
Firman Allah SWT :
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
[Surat Al-Ma'idah 38]
Terjemahan :
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
PENGAJARAN DAN PERINGATAN ITU BERGUNA BAGI MEREKA YANG BERAKAL
Firman Allah SWT :
وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
[Surat Al-Baqarah 269]
Terjemahan :
"Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
REZEKI ITU ADALAH DARIPADA ALLAH DAN IA DITURUNKAN KEPADA KITA MENURUT KADAR DAN MASA TERTENTU
Firman Allah SWT :
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ
[Surat Al-Hijr 21]
Terjemahan :
"Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu."
BERSYUKURLAH, KERANA ALLAH TELAH MENYEDIAKAN SEGALA KEPERLUAN DAN REZEKI KEPADA KITA DI BUMI INI
Firman Allah SWT :
وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ وَمَنْ لَسْتُمْ لَهُ بِرَازِقِينَ
[Surat Al-Hijr 20]
Terjemahan :
"Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya."
BERLAKU ADILLAH KEPADA SESIAPA JUA
Firman Allah SWT :
اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ
[Surat Al-Ma'idah 8]
Terjemahan :
"Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa."
JANGAN KERANA KITA BENCI TERHADAP SUATU KAUM, KITA TIDAK BERLAKU ADIL TERHADAP MEREKA
Firman Allah SWT :
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ
[Surat Al-Ma'idah 8]
Terjemahan :
"dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan."
TEGAKKANLAH KEADILAN DAN KEBENARAN KERANA ALLAH
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ
[Surat Al-Ma'idah 8]
Terjemahan :
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran"
JAUHILAH DIRI DARIPADA SIFAT BAKHIL
Firman Allah SWT :
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
[Surat Aal-E-Imran 180]
Terjemahan :
"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak."
TOLONG MENOLONG DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN DAN JANGAN TOLONG MENOLONG DALAM PERKARA DOSA
Firman Allah SWT :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
[Surat Al-Ma'idah 2]
Terjemahan :
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
JANGAN KITA BERSANGKA SANGKA TERHADAP PERIHAL AGAMA
Firman Allah SWT :
قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ
[Surat Adh-Dhariyat 10]
Terjemahan :
"Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,"