Tazkirah

BERTABAHLAH WAHAI ORANG ORANG YANG BERIMAN. JANGAN KITA LEMAH DITERTAWAKAN OLEH ORANG KAFIR


Firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ [Surat Al-Mutaffifin 29] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman."

TAATLAH KEPADA RASUL AGAR KITA BEROLEH HIDAYAH PETUNJUK


Firman Allah SWT : وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا ۚ وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ [Surat An-Nur 54] ‎Terjemahan : "Dan jika kamu taat kepadanya (Rasul Allah) nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata"

BALASAN AZAB API NERAKA ALLAH BAGI MEREKA YANG KUFUR INGKAR KEPADA-NYA


Firman Allah SWT : يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِنْ نَارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنْتَصِرَانِ [Surat Ar-Rahman 35] ‎Terjemahan : "Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);"

JANGANLAH KITA TERGOLONG DARIPADA KALANGAN ORANG MUNAFIK


Firman Allah SWT : بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا [Surat An-Nisa' 138] ‎Terjemahan : "Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;"

MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH PASTI AKAN BEROLEH KEBAHAGIAAN YANG AMAT MENGGEMBIRAKAN


Firman Allah SWT : الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَىٰ لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ [Surat Ar-Ra'd 29] ‎Terjemahan : "Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya."

ALLAH MENYEDIAKAN PAHALA (BALASAN) DUNIA DAN AKHIRAT BAGI MEREKA YANG MENGHARAPKANNYA


Firman Allah SWT : مَنْ كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِنْدَ اللَّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا بَصِيرًا [Surat An-Nisa' 134] ‎Terjemahan : "Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."

TERUSKANLAH BERBUAT KEBAIKAN KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI


Firman Allah SWT : وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِهِ عَلِيمًا [Surat An-Nisa' 127] ‎Terjemahan : "Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu lakukan (kepada mereka), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya."

BERSIHKANLAH DIRI DENGAN MENYEBUT NYEBUT NAMA ALLAH


Firman Allah SWT : وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ [Surat Al-A'la 15] ‎Terjemahan : "Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk)."

ADUKANLAH SEGALA KESUSAHAN DAN KESEDIHANMU KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ [Surat Yusuf 86] ‎Terjemahan : "(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya."

HARTA BENDA DAN ANAK ANAK ADALAH UJIAN DARIPADA ALLAH


Firman Allah SWT : وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ [Surat Al-Anfal 28] ‎Terjemahan : Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Page