Tazkirah

ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA


Firman Allah SWT : وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ. [Surat Al-Baqarah 213] Terjemahan : "Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)."

CIRI CIRI BAGI MEREKA YANG LAYAK MEMAKMURKAN MASJID MASJID ALLAH


Firman Allah SWT : إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ. [Surat At-Tawbah 18] Terjemahan : "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

BERBUAT BAIKLAH SESAMA MAKHLUK SEBAGAIMANA ALLAH BERBUAT BAIK TERHADAP KITA


Firman Allah SWT : وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ [Surat Al-Qasas 77] Terjemahan : "dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah)"

JANGANLAH KITA DARI KALANGAN ORANG ORANG YANG MENDERHAKAI ALLAH DAN RASUL


Firman Allah SWT : وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ. [Surat An-Nisa' 14] Terjemahan : "Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina."

KEYAKINAN AKAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH MENDORONG UNTUK SESEORANG ITU BERAMAL SOLEH


Firman Allah SWT : فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا. [Surat Al-Kahf 110] Terjemahan : "Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya"

JAUHILAH DIRI DARI SANGKAAN BURUK KERANA SEBAHAGIAN SANGKAAN ITU ADALAH DOSA


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ إِثْمٌ ۖ [Surat Al-Hujurat 12] Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa"

MANA MAU LARI!!?? MATI PASTI AKAN MENDAPATKAN KAMU!


Firman Allah SWT : أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ ۗ [Surat An-Nisa' 78] Terjemahan : "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

BERTASBIHLAH DENGAN BANYAK MEMUJI NAMA ALLAH


Firman Allah SWT : فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا. [Surat An-Nasr 3] Terjemahan : "Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

ALLAH SWT MENGHINA GOLONGAN MEREKA YANG SOMBONG ANGKUH TERHADAP AGAMANYA


Firman Allah SWT : ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۖ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَذَابَ الْحَرِيقِ. [Surat Al-Hajj 9] Terjemahan : "Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;"

JANGAN KITA JADI GOLONGAN ORANG YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN DALAM AGAMA


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ [Surat As-Saf 2] Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"

Page