Tazkirah
ALLAH BENCI ORANG YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN DI DALAM AGAMA
Firman Allah SWT :
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ.
[Surat As-Saf 3]
Terjemahan :
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
SEMOGA KITA DARI KALANGAN ORANG YANG BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH BULAT BULAT
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ
[Surat At-Talaq 3]
Terjemahan :
"Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
KITA HIDUP DIBUMI ALLAH INI TIDAK DIBIARKAN TANPA TANGGUNGJAWAB YANG WAJIB DISEMPURNAKAN
Firman Allah SWT :
أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى
[Surat Al-Qiyamah 36]
Terjemahan :
"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?"
JANGANLAH KITA DARI KALANGAN ORANG YANG MENJUAL AYAT AYAT ALLAH UNTUK KEUNTUNGAN DUNIA
Firman Allah SWT :
وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ
[Surat Al-Ma'idah 44]
Terjemahan :
"dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia);"
BOLEH JADI APA YANG KITA BENCI ITU ADALAH SESUATU YANG ALLAH SEDANG BERIKAN KEBAIKAN
Firman Allah SWT :
أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.
[Surat An-Nisa' 19]
Terjemahan :
"kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."
IKRAR KITA KEPADA ALLAH SETIAP HARI. LAFAZKANLAH IANYA SEPENUH HATI DAN SEPENUH PENGHAYATAN
Firman Allah SWT :
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
[Surat Al-An'am 162]
Terjemahan :
"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
HARTA DAN ANAK PINAK HANYALAH PERHIASAN DUNIA
Firman Allah SWT :
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
[Surat Al-Kahf 46]
Terjemahan :
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia."
ALANGKAH INDAHNYA APABILA KEMATIAN KITA DALAM KEADAAN KHUSNUL KHOTIMAH
Firman Allah SWT :
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ.
[Surat Fussilat 30]
Terjemahan :
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
CIRI CIRI SEBENAR SEORANG HAMBA ALLAH DIATAS MUKA BUMI
Firman Allah SWT :
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا.
[Surat Al-Furqan 63]
Terjemahan :
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;"
LAKUKANLAH SOLAT TAHAJJUD, AGAR DIBANGKITKAN DIAKHIRAT KELAK DITEMPAT YANG TERPUJI
Firman Allah SWT :
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا.
[Surat Al-Isra' 79]
Terjemahan :
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."