Tazkirah
JAUHKANLAH DIRI KITA DARI GOLONGAN MEREKA YANG SUKA MEMPERMAINKAN AGAMA
Firman Allah SWT :
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
[Surat Al-An'am 70]
Terjemahan :
"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia"
LELAKI, TUNDUKKANLAH PANDANGANMU DARIPADA MEMANDANG YANG HARAM
Firman Allah SWT :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ.
[Surat An-Nur 30]
Terjemahan :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
KALAM MOTIVASI DARIPADA ALLAH KEPADA MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM
Firman Allah SWT :
قَالَ لَا تَخَافَا ۖ إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَىٰ.
[Surat Ta-Ha 46]
Terjemahan :
"Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya."
PEREMPUAN, TUNDUKKANLAH PANDANGANMU DARIPADA MEMANDANG YANG HARAM
Firman Allah SWT :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ
[Surat An-Nur 31]
Terjemahan :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka;dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya."
SENTIASALAH KITA BERTASBIH MEMUJI ALLAH KERANA DIALAH PEMILIK SEGALA PUJIAN
Firman Allah SWT :
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
[Surat At-Taghabun 1]
Terjemahan :
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
BERSYUKURLAH JIKA KEHIDUPAN DISAAT DAN KETIKA INI LEBIH BAIK DARIPADA PERMULAAN KEHIDUPAN DAHULU
Firman Allah SWT :
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ.
[Surat Ad-Dhuhaa 4]
Terjemahan :
"Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya"
SIAPAKAH DIA ITU AHLI NERAKA
Firman Allah SWT :
وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ.
[Surat Al-Ma'idah 86]
Terjemahan :
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka."
ORANG YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH ITU BAGINYA PETUNJUK YANG MEMBEZAKAN ANTARA YANG BENAR DENGAN YANG SALAH
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ.
[Surat Al-Anfal 29]
Terjemahan :
" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar."
ALLAH SWT MENGUJI MANUSIA DALAM PELBAGAI BENTUK UJIAN
Firman Allah SWT :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ
[Surat Al-Baqarah 155]
Terjemahan :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman."
CARILAH KURNIAAN ALLAH DAN INGAT ALLAH BANYAK BANYAK DALAM SEGALA KEADAAN
Firman Allah SWT :
ِوَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ.
[Surat Al-Jumu'ah 10]
Terjemahan:
"dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."