Tazkirah
ANCAMAN ALLAH KEPADA MEREKA YANG INGKAR DARI PERINGATANNYA
Firman Allah SWT :
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ.
[Surat Ta-Ha 124]
Terjemahan :
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta."
TIDAKLAH SESEORANG ITU RUGI BILAMANA DIA BERIMAN, BERAMAL SOLEH DAN MENYERU KEPADA KEBAIKAN
Firman Allah SWT :
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
[Surat Al-Asr 3]
Terjemahan :
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
BERIMAN ATAU TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH, PENGAKHIRAN KITA TETAP MENUJU ALLAH YANG SATU
Firman Allah SWT :
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا ۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا.
[Surat Maryam 71]
Terjemahan :
"Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu."
PADA SETIAP KESULITAN YANG ALLAH UJI KITA, JUGA DISERTAKAN JALAN KEMUDAHAN (PENYELESAIAN)
Firman Allah SWT :
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا.إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
[Surat Al-Sharh 5&6]
Terjemahan :
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
BERMAKSIAT SETELAH SOLAT DILAKSANA ADALAH BUKTI SOLAT YANG TIDAK MEMBEKAS PADA DIRI
Firman Allah SWT :
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ
[Surat Al-Ankabut 45]
Terjemahan :
"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar"
NERAKA JAHANNAM ADALAH TEMPAT KEMBALI BAGI MEREKA YANG KUFUR INGKAR KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ.
[Surat Al-Mulk 6]
Terjemahan :
"Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."
JANGANLAH KITA DARI KALANGAN ORANG YANG BERPALING INGKAR DARI PERINGATAN AL QURAN
Firman Allah SWT :
مَنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا.
[Surat Ta-Ha 100]
Terjemahan :
"Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat."
JANGANLAH KITA DARI KALANGAN ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN DIATAS MUKA BUMI ALLAH
Firman Allah SWT :
وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ.
[Surat Al-Qasas 77]
Terjemahan :
"dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan "
RINTIHAN PENYESALAN GOLONGAN AHLI NERAKA
Firman Allah SWT :
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ.
[Surat Al-Mulk 10]
Terjemahan :
"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka"
AL QURAN ITU MUDAH UNTUK DIFAHAMI SEBAGAI PERINGATAN DAN PELAJARAN
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ.
[Surat Al-Qamar 22]
Terjemahan :
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?"