Tazkirah

IBADAH MALAM LEBIH MEMBERI KESAN KEPADA JIWA


Firman Allah SWT : إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا. [Surat Al-Muzzammil 6] Terjemahan : "Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya."

JANGAN KITA DARI KALANGAN ORANG YANG SUKA MENGUMPAT


Firman Aalah SWT : وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا.أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ [Surat Al-Hujurat 12] Terjemahan: "dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya."

IKUT PETUNJUK ALLAH TIDAK AKAN SESAT TIDAK JUGA AKAN SENGSARA


Firman Allah SWT : فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ. [Surat Ta-Ha 123] Terjemahan : "kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

SEORANG YANG BERDOSA AKAN MEMIKUL DOSANYA SENDIRI DAN TIDAK DIPIKUL OLEH ORANG LAIN


Firman Allah SWT : وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ [Surat Fatir 18] Terjemahan : "Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain."

PERANCANGAN JAHAT TIDAK AKAN KEKAL MALAH AKAN ROSAK BINASA


Firman Allah SWT : وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۖ وَمَكْرُ أُولَٰئِكَ هُوَ يَبُورُ. [Surat Fatir 10] Terjemahan : "Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa."

SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH


Firman Allah SWT : إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ۚ [Surat Fatir 10] Terjemahan : "Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya)."

IMAN MERUPAKAN SYARAT UTAMA YANG PERLU ADA UNTUK TAUBAT KITA DITERIMA OLEH ALLAH


Firman Allah SWT : وَيَتُوبَ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا. [Surat Al-Ahzab 73] Terjemahan : "dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

APAKAH MAMPU BERLAKU ADIL?? JIKA TIDAK, CUKUPLAH DENGAN SEORANG ISTERI


Firman Allah SWT : فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً [Surat An-Nisa' 3] Terjemahan : "maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,"

PERINGATAN SERTA NASIHAT KEPADA KAUM WANITA


Firman Allah SWT : إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا. [Surat Al-Ahzab 32] Terjemahan : "Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."

KITA INI MAKHLUK LEMAH. MAKA BERGANTUNGLAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا. [Surat An-Nisa' 28] Terjemahan : "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah

Page