Tazkirah

ALLAH YANG MENENTUKAN REZEKI BAGI HAMBANYA


Firman Allah SWT : قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ [Surat Saba' 39] Terjemahan : Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya"

APAKAH KALIAN BIMBANG MISKIN SEKIRANYA BERSEDEKAH??


Firman Allah SWT : وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ. [Surat Saba' 39] Terjemahan : "dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki"

RAHMAT ALLAH ITU ADALAH UNTUK MEREKA YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL


Firman Allah SWT : وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ [Surat Aal-E-Imran 132] Terjemahan : "Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat"

ALLAH PELIHARA AL QURAN SEHINGGA HARI KIAMAT. JANGAN KALIAN RAGU TERHADAPNYA


Firman Allah SWT : إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ. [Surat Al-Hijr 9] Terjemahan : "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya"

TAATLAH DENGAN SETIAP APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DAN RASUL


Firman Allah SWT : وَاتَّبِعْ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا [Surat Al-Ahzab 2] Terjemahan : "Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

MENGHORMATI SYIAR AGAMA ALLAH JUGA ADALAH SIFAT BAGI ORANG YANG BERTAQWA


Firman Allah SWT : ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ. [Surat Al-Hajj 32] Terjemahan : "Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin."

MENGINGKARI KEMURAHAN ALLAH ADALAH DARI KALANGAN ORANG YANG TIDAK MENGENANG BUDI


Firman Allah SWT : وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا كُلُّ خَتَّارٍ كَفُورٍ. [Surat Luqman 32] Terjemahan : "Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi."

CARILAH KEMULIAAN DENGAN MEMATUHI PERINTAH ALLAH


Firman Allah SWT : مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا [Surat Fatir 10] Terjemahan : "Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan."

JANGAN KITA SEPERTI MEREKA YANG MENGAMBIL SEBAHAGIAN ISI AL QURAN DAN MENOLAK SEBAHAGIAN ISI YANG LAINNYA


Firman Allah SWT : الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ [Surat Al-Hijr 91] Terjemahan : "(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain)."

CELAAN ALLAH TERHADAP MEREKA YANG MEMUJA DAN MENTAATI NAFSU MEREKA


Firman Allah SWT : أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا. [Surat Al-Furqan 43] Terjemahan : "Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?"

Page