Tazkirah

JANGAN SEKALI KALI KITA RAGU TERHADAP SETIAP YANG DATANG DARIPADA ALLAH DAN RASUL


Firman Allah SWT : الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ. [Surat Al-Baqarah 147] Terjemahan : "Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

SEDIAKANLAH BEKALAN TAQWA SECUKUPNYA


Firman Allah SWT : وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ. [Surat Al-Baqarah 197] Terjemahan : "dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (taqwa); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

PERBANYAKKANLAH SUJUD KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ [Surat Al-Hijr 98] Terjemahan : "Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud"

SEMOGA ALLAH PERTEMUKAN KITA DENGAN MALAM LAILATUL QADAR


Firman Allah SWT : لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [Surat Al-Qadr 3] Terjemahan : "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan."

PERBANYAKKANLAH MEMBACA AL QURAN DI BULAN RAMADHAN


Firman Allah SWT : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ. [Surat Al-Baqarah 185] Terjemahan : "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,"

BERIBADAH DAN BERDOALAH. JANGAN KITA DARI KALANGAN MEREKA ORANG YANG SOMBONG


Firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ [Surat Ghafir 60] Terjemahan : "Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"

KEWAJIBAN BERPUASA KEATAS ORANG YANG BERIMAN


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ. [Surat Al-Baqarah 183] Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

BERDOALAH, NESCAYA AKAN DIPERKENANKAN OLEH ALLAH


Firman Allah SWT : وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ [Surat Ghafir 60] Terjemahan : "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"

KEKALLAH BERSAMA JEMAAH. JANGAN KITA BERPECAH BELAH


Firman Allah SWT : وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ. [Surat Aal-E-Imran 105] Terjemahan : "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar."

KEBAIKAN MAHUPUN KEJAHATAN YANG DILAKUKAN HANYA KEMBALI KEPADA DIRI SENDIRI


Firman Allah SWT : إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ [Surat Al-Isra' 7] Terjemahan : "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."

Page