Tazkirah

POHONLAH KEAMPUNAN ALLAH


Firman Allah SWT : أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ. [Surat An-Nur 22] Terjemahan : "tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

JANGAN DIUNGKIT UNGKIT SETIAP PEMBERIAN SEDEKAH KITA


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ [Surat Al-Baqarah 264] Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti,"

JIKA TIDAK TAHU SESUATU PERKARA, BERTANYALAH KEPADA YANG AHLINYA


Firman Allah SWT : فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ. [Surat Al-Anbiya' 7] Terjemahan : "maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui"

ALLAH MENGETAHUI AKAN SEGALA PERBUATAN KITA


Firman Allah SWT : إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ. [Surat Al-Mulk 19] Terjemahan : "Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

BERTAUBATLAH, AGAR KITA MENJADI ORANG YANG BERJAYA


Firman Allah SWT : وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ [Surat An-Nur 31] Terjemahan : "dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

MEREKA YANG BERAMAL SOLEH TEMPATNYA ADALAH SYURGA


Firman Allah SWT : فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ. [Surat Ar-Rum 15] Terjemahan : "Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria."

SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DARI KALANGAN MEREKA YANG INGKAR


Firman Allah SWT : وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ. [Surat Ar-Rum 8] Terjemahan : "Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya."

BERSABARLAH DALAM MELAKUKAN PERKARA KEBAJIKAN


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا [Surat Aal-E-Imran 200] Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),"

SENTIASALAH MENGINGATI ALLAH DALAM SEMUA KEADAAN


Firman Allah SWT : الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ [Surat Aal-E-Imran 191] Terjemahan : "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi."

PELIHARA LAH DIRI DARIPADA API NERAKA ALLAH


Firman Allah SWT : فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ. [Surat Al-Baqarah 24] Terjemahan : "maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir."

Page