Tazkirah

ALLAH KASIH PADA MEREKA YANG MENGORBANKAN DIRI UNTUK MENCARI KEREDHAANNYA


Firman Allah SWT : وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ. [Surat Al-Baqarah 207] Terjemahan : "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya."

JADIKANLAH AL QURAN SEBAGAI PANDUAN KERANA IA ADALAH PETUNJUK YANG JELAS


Firman Allah SWT : وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ. [Surat An-Naml 77] Terjemahan : "Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman"

TIDAK DIKIRA BERIMAN SEKIRANYA TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUMAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH DAN RASUL


Firman Allah SWT : فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. [Surat An-Nisa' 65] Terjemahan : "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya."

ABDIKANLAH DIRI KEPADA ALLAH SEHINGGA DATANGNYA KEYAKINAN (MATI)


Firman Allah SWT : وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ [Surat Al-Hijr 99] Terjemahan : "Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin."

SAMPAIKANLAH KEBENARAN DAN JANGAN TAKUT MELAINKAN TAKUT KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا [Surat Al-Ahzab 39] Terjemahan : "(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung."

UJIAN ALLAH ITU BUKAN SAHAJA SEBUAH KEPAYAHAN BAHKAN IA JUGA DALAM BENTUK KESENANGAN


Firman Allah SWT : وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ [Surat Al-Anbiya' 35] Terjemahan : "dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

SEDEKAH/WAKAF/INFAQ HENDAKLAH DILAKUKAN SEMATA MATA KERANA ALLAH TA'LA


Firman Allah SWT dalam Surah Ar Rum ayat 39 : وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ ۖ وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ Terjemahan : "Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda."

JAUHILAH DOSA DOSA BESAR NESCAYA AKAN DIAMPUNKAN DOSA DOSA KECIL OLEH ALLAH


Firman Allah SWT : إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا [Surat An-Nisa' 31] Terjemahan : "Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)."

SEGERALAH KEMBALI (TAUBAT) KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا [Surat An-Nisa' 110] Terjemahan : "Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

ORANG YANG MEMPERSEKUTUKAN ALLAH ITU BERADA DIDALAM KESESATAN YANG AMAT JAUH


Firman Allah SWT : وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا [Surat An-Nisa' 116] Terjemahan : "dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

Page