Juz 19 : Al-Furqaan 21 hingga An-Naml 55
Bacaan Penuh Juz 19 : Al-Furqaan 21 hingga
An-Naml 55
ﲿ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺟﱻﻮﻥﱧ ﻟﲘﻘﱁﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﺮﱺﻯﳎ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎﲩ ﻟﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﺘﱧﻮﱹ ﻋﱻﺘﱨﻮﲈﺍ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳃﳄﳀ
- Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau kita dapat melihat Tuhan kita?" Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻥﱧ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﵖﱔﵐ ﺑﱨﺸﱓﺮﱺﻯﳎ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺣﲔﺠﱹﺮﱾﺍ ﻣﱱﺤﱹﺠﱻﻮﺭﱾﺍ ﳁﳄﳄﳀ
- (Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: "Semoga kita jauh - dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".
ﻭﱺﻗﱁﺪﲘﻣﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﻤﱧﻞﲎ ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻫﱺﺒﱧﺂﺀﱫ ﻣﱱﻨﺜﱂﻮﺭﱼﺍ ﳁﳅﳄﳀ
- Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲙ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲈﺍ ﻭﱺﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱻ ﻣﱧﻘﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳆﳄﳀ
- Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya, dan lebih elok tempat rehatnya.
ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺸﱔﻘﱋﻖﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﻤﱧ﮳ﻢﲌ ﻭﱺﻧﱨﺰﲃﲌﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﵝﱃﵗ ﳁﳇﳄﳀ
- Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat), dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.
ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱕ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲙ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻟﲘﻠﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﻮﱹﻣﱩﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻋﱺﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳈﳄﳀ
- Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya, dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.
ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﻌﱧﺾﲅ ﭐﻟﻈﱞﺎﻟﲘﻢﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻳﱧ﮳ﻠﱁﻴﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱓﺕﱻ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗ ﳁﳉﳄﳀ
- Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﺘﱧﻰﳎ ﻟﱁﻴﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﺗﱱﺨﲔﺬﱓ ﻓﱂﵝﱁﵗﻧﱩﺎ ﺧﱺﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳊﳄﳀ
- "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺿﱺﻠﱋﻨﲘﻰ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﲘﻰﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻟﲘﵝﱀﵙﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﺧﱺﺬﱕﻭﵖﱘﵐ ﳁﳋﳄﳀ
- "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﻳﱧ﮳ﺮﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻥﱱ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻰ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﻣﱧﻬﱹﺠﱻﻮﺭﱾﺍ ﳁﳂﳅﳀ
- Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﻧﱧﺒﲐﻰﲃﲥ ﻋﱺﺪﱻﻭﲈﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺﲩ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻫﱺﺎﺩﲘﻳﱫﺎ ﻭﱺﻧﱧﺼﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳃﳅﳀ
- Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻧﱨﺰﲃﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱨ ﺟﱻﻤﱦﻠﱁﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﲘﻨﱨﺜﱁﺒﱰﲐﺖﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱂﺆﱺﺍﺩﱧﻙﱔﲨ ﻭﱺﺭﱺﺗﱱﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺗﱧﺮﱹﺗﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳄﳅﳀ
- Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻧﱧﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺜﱁﻞﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺟﲌﺌﱦﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱺ ﺗﱧﻔﱀﺴﲔﻴﺮﱼﺍ ﳁﳅﳅﳀ
- Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﲔﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺷﱔﺮﲉ ﻣﱱﻜﱔﺎﻧﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﺿﱺﻞﱟ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗ ﳁﳆﳅﳀ
- Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻩﱨ ﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺯﲌﻳﺮﱾﺍ ﳁﳇﳅﳀ
- Dan sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa, dan Kami lantik saudaranya Nabi Harun, sebagai menteri bersamanya.
ﻓﱁﻘﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﺫﱦﻫﱺﺒﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﺪﱺﻣﱱﺮﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﺪﱹﻣﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳈﳅﳀ
- Lalu Kami perintahkan: "Pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami"; maka (kesudahannya) Kami binasakan kaum itu sehancur-hancurnya.
ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻟﱋﻤﱱﺎ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱔ ﺃﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﺘﱧﺪﱹﻧﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱩﺎ ﺃﱁﻟﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳉﳅﳀ
- Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﻋﱺﺎﺩﱫﺍ ﻭﱺﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﺮﲄﺱﲃﲜ ﻭﱺﻗﱂﺮﱻﻭﻧﱭﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳊﳅﳀ
- Dan (demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud serta Ashaabur-Rassyi dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu.
ﻭﱺﻛﱕﵝﱏﵗ ﺿﱺﺮﱺﺑﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺜﱁ﮳ﻞﱔﲨ ﻭﱺﻛﱕﵝﱏﵗ ﺗﱧﺒﱱﺮﱹﻧﱧﺎ ﺗﱧﺘﱦﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳋﳅﳀ
- Dan masing-masing, telah Kami berikan kepadanya contoh tauladan yang mendatangkan iktibar, dan masing-masing telah Kami hancurkan sehancur-hancurnya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺗﱧﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱂﻣﱦﻄﲔﺮﱺﺕﱹ ﻣﱧﻄﱔﺮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻮﱹﺀﲘﲬ ﺃﱁﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻬﱺﺎﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺟﱻﻮﻥﱧ ﻧﱨﺸﱕﻮﺭﱾﺍ ﳁﳂﳆﳀ
- Dan demi sesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) telah melalui bandar yang telah dihujani (dengan) azab yang buruk, maka (mengapa mereka masih berdegil), tidakkah mereka selalu dapat menyaksikannya? (Mereka tidak fikirkan yang demikian itu satu balasan kufur) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak ingatkan adanya kebangkitan hidup semula (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺃﱁﻭﱹﻙﱔ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻧﱧﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﺰﱻﻭﱼﺍ ﺃﱁﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺑﱧﻌﱧﺚﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱖﵐ ﳁﳃﳆﳀ
- Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu ejek-ejekan (sambil mereka berkata): "Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai RasulNya?
ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﺩﱧ ﻟﱁﻴﱨﻀﲔﻠﱌﻨﱧﺎ ﻋﱺﻦﱹ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﲘﻨﱧﺎ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥ ﺻﱺﺒﱧﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻥﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺿﱺﻞﱟ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱃﵗ ﳁﳄﳆﳀ
- "Sebenarnya ia hampir-hampir dapat menyesatkan kami dari tuhan-tuhan kami, jika tidaklah kerana kami tetap teguh menyembahnya". Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa: siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya.
ﺃﱁﺭﱺﺀﱧﻳﱦﺖﱺ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱺﻪﱨﲵ ﻫﱺﻮﱺﯨﻪﱨ ﺃﱁﻓﱁﺄﱁﻧﺖﱺ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﻛﲔﻴﵝﱃﵗ ﳁﳅﳆﳀ
- Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺐﱻ ﺃﱁﻥﱱ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧﲬ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﭑﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺿﱺﻞﱟ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱃﵗ ﳁﳆﳆﳀ
- Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻣﱧﺪﲄ ﭐﻟﻈﱝﲔﻞﱞ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﻟﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﺳﱺﺎﻛﲔﻨﱫﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺩﱧﻟﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳇﳆﳀ
- Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;
ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱁﺒﱧﻀﱹﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻗﱁﺒﱦﻀﱾﺎ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳈﳆﳀ
- Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻟﲘﺒﱧﺎﺳﱾﺎ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻮﱹﻡﱧ ﺳﱻﺒﱧﺎﺗﱫﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻧﱨﺸﱕﻮﺭﱾﺍ ﳁﳉﳆﳀ
- Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻞﱔ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﱧ﮳ﺢﱺ ﺑﱨﺸﱓﺮﲀﺍ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻯﱹ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻃﱔﻬﱻﻮﺭﱾﺍ ﳁﳊﳆﳀ
- Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,
ﻟﱊﲘﻨﱨﺤﱹﳑﲘﻰﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺑﱧﻠﱀﺪﱺﺓﱫ ﻣﱱﻴﱦﺘﱫﺎ ﻭﱺﻧﱨﺴﱹﻘﲘﻴﱧﻪﱨﲵ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺂ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻤﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﺳﲔﻰﲄ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳋﳆﳀ
- Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺻﱺﺮﲄﻓﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﺄﱁﺑﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱕﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﳁﳂﳇﳀ
- Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﲔﺌﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﺒﱧﻌﱧﺜﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻧﱱﺬﲘﻳﺮﱾﺍ ﳁﳃﳇﳀ
- Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran.
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﻄﲔﻊﲠ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﺟﱺ﮳ﻬﲌﺪﱹﻫﱻﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺟﲌﻬﱺﺎﺩﱫﺍ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳄﳇﳀ
- Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
ﲿ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻣﱧﺮﱺﺝﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱺﻳﱦﻦﲌ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻋﱺﺬﱓﺏﱿ ﻓﱂﺮﱺﺍﺕﱿ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﲘﻠﱀﺢﱽ ﺃﱂﺟﱺﺎﺝﱿ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﺑﱧﺮﱹﺯﱺﺧﱾﺎ ﻭﱺﺣﲔﺠﱹﺮﱾﺍ ﻣﱱﺤﱹﺠﱻﻮﺭﱾﺍ ﳁﳅﳇﳀ
- Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﲘ ﺑﱧﺸﱔﺮﱾﺍ ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻧﱧﺴﱺﺒﱫﺎ ﻭﱺﺻﲔﻬﱹﺮﱾﺍﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱾﺍ ﳁﳆﳇﳀ
- Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).
ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻫﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔﺎﻓﲘﺮﱻ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻇﱔﻬﲌﻴﺮﱾﺍ ﳁﳇﳇﳀ
- Dan mereka (yang musyrik) menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak memberi manfaat kepada mereka (yang menyembahnya) dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada mereka (yang tidak menyembahnya); dan orang yang kafir selalu menjadi pembantu (bagi golongannya yang kafir) untuk menderhaka kepada tuhannya.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱾﺍ ﻭﱺﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱾﺍ ﳁﳈﳇﳀ
- Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗ ﳁﳉﳇﳀ
- Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah".
ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲃﲤ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻤﱨﻮﺕﱻ ﻭﱺﺳﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘﻩﲘﲶﲬ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺏﲌ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱼﺍ ﳁﳊﳇﳀ
- Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺳﲔﺘﱱﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜﲨ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻓﱁﺴﱹ﮲ﱧﻞﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳋﳇﳀ
- Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺳﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﻠﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﺃﱁﻧﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻ ﻟﲘﻤﱧﺎ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻧﱧﺎ ﻭﱺﺯﱺﺍﺩﱧﻫﱻﻢﱦ ﻧﱨﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﲹ ﳁﳂﳈﳀ
- Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" Mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?" Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.
ﺗﱧﺒﱧﺎﺭﱺﻙﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺑﱨﺮﱻﻭﺟﱾﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺳﲔﺮﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻭﱺﻗﱁﻤﱧﺮﱾﺍ ﻣﱲﻨﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳃﳈﳀ
- Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﺧﲔﻠﱀﻔﱁﺔﱅ ﻟﱊﲘﻤﱧﻦﱹ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱺ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺷﱕﻜﱕﻮﺭﱾﺍ ﳁﳄﳈﳀ
- Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).
ﻭﱺﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱨ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻤﱦﺸﱕﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻫﱺﻮﱹﻧﱫﺎ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺧﱺﺎﻃﱔﺒﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻤﱫﺎ ﳁﳅﳈﳀ
- Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺒﲐﻴﺘﱨﻮﻥﱧ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺳﱻﺠﲄﺪﱾﺍ ﻭﱺﻗﲘﻴﱧ﮳ﻤﱫﺎ ﳁﳆﳈﳀ
- Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﭐﺻﱹﺮﲌﻑﱹ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱧﻬﱺﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻏﱔﺮﱺﺍﻣﱩﺎ ﳁﳇﳈﳀ
- Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan
ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﺳﱺﺂﺀﱧﺕﱹ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲈﺍ ﻭﱺﻣﱨﻘﱁﺎﻣﱫﺎ ﳁﳈﳈﳀ
- Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺴﱹﺮﲌﻓﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻘﱀﺘﱨﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻗﱁﻮﱺﺍﻣﱫﺎ ﳁﳉﳈﳀ
- Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱼﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﻔﱀﺲﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺰﱹﻧﱨﻮﻥﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱓ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻠﱀﻖﱺ ﺃﱁﺛﱁﺎﻣﱫﺎ ﳁﳊﳈﳀ
- Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
ﻳﱨﻀﱺ﮳ﻌﱧﻒﱹ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻭﱺﻳﱧﺨﱹﻠﱂﺪﱹ ﻓﲘﻴﻪﲘﲶ ﻣﱨﻬﱺﺎﻧﱩﺎ ﳁﳋﳈﳀ
- Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺎﺏﱺ ﻭﱺﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﻋﱺﻤﱧﵝﱅﵗ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﺪﲃﲘﻝﱕ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧ﮳ﺖﲖﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳂﳉﳀ
- Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺗﱧﺎﺏﱺ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱻ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺘﱧﺎﺑﱫﺎ ﳁﳃﳉﳀ
- Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﭐﻟﺰﲅﻭﺭﱺ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺮﲅﻭﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﻠﱋﻐﱦﻮﲌ ﻣﱧﺮﲅﻭﺍﲯ ﻛﲔﺮﱺﺍﻣﱫﺎ ﳁﳄﳉﳀ
- Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺨﲔﺮﲅﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺻﱻﻤﱵﺎ ﻭﱺﻋﱻﻤﱦﻴﱧﺎﻧﱫﺎ ﳁﳅﳉﳀ
- Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻫﱺﺐﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻨﱧﺎ ﻭﱺﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻗﱂﺮﲄﺓﱧ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻦﲎ ﻭﱺﭐﺟﱹﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﻣﱧﺎﻣﱩﺎ ﳁﳆﳉﳀ
- Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱨﺠﱹﺰﱺﻭﱹﻥﱧ ﭐﻟﱀﻐﱨﺮﱹﻓﱁﺔﱁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺻﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻳﱨﻠﱁﻘﱋﻮﱹﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺗﱧﺤﲔﻴﱱﺔﱅ ﻭﱺﺳﱺﻠﱁ﮳ﻤﱩﺎ ﳁﳇﳉﳀ
- Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﺣﱺﺴﱻﻨﱧﺖﱹ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲈﺍ ﻭﱺﻣﱨﻘﱁﺎﻣﱫﺎ ﳁﳈﳉﳀ
- Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﺒﱧﺆﱻﺍﲯ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺩﱨﻋﱺﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺬﱞﺑﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﲘﺰﱺﺍﻣﱭﺎ ﳁﳉﳉﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".
ﻃﺴﳒﻢﳒ ﳁﳃﳀ
- Taa, Siin, Miim.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﲌ ﳁﳄﳀ
- Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.
ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻚﱔ ﺑﱧ﮳ﺨﲔﻊﱬ ﻧﱱﻔﱀﺴﱺﻚﱔ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳀ
- Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
ﺇﲐﻥ ﻧﱱﺸﱔﺄﱀ ﻧﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻓﱁﻈﱔﻠﱋﺖﱹ ﺃﱁﻋﱹﻨﱧ﮳ﻘﱂﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻀﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳀ
- Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻣﱨﺤﱹﺪﱺﺙﲕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳀ
- Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺴﱺﻴﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﳌﺆﱻﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳈﳀ
- Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻛﱔﻢﱦ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺯﱺﻭﱹﺝﲢ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲍ ﳁﳉﳀ
- Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
- Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳀ
- Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺋﱦﺖﲔ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳃﳀ
- Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -
ﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧﲬ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
- "Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻥﲌ ﳁﳄﳃﳀ
- Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.
ﻭﱺﻳﱧﻀﲔﻴﻖﱻ ﺻﱺﺪﱹﺭﲌﻯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻄﱔﻠﲘﻖﱻ ﻟﲘﺴﱺﺎﻧﲘﻰ ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﲔﻞﱓ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳃﳀ
- "Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).
ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄ ﺫﱧﻧﲲﺐﱿ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﲌ ﳁﳆﳃﳀ
- "Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﵝﱋﵗﲨ ﻓﱁﭑﺫﱦﻫﱺﺒﱧﺎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
- Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
ﻓﱁﺄﱀﺗﲘﻴﱧﺎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻓﱁﻘﱂﻮﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱕ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
- "Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺭﱹﺳﲔﻞﱓ ﻣﱧﻌﱧﻨﱧﺎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳉﳃﳀ
- "Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻧﱨﺮﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﲘﻴﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﲘﻴﺪﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﺒﲐﺜﱀﺖﱺ ﻓﲘﻴﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱻﻤﱨﺮﲌﻙﱔ ﺳﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳃﳀ
- Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
ﻭﱺﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺖﱺ ﻓﱁﻌﱦﻠﱁﺘﱧﻚﱔ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺖﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳃﳀ
- "Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺘﱨﻬﱺﺂ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳄﳀ
- Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
ﻓﱁﻔﱁﺮﱺﺭﱹﺕﱻ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺧﲔﻔﱀﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻮﱺﻫﱺﺐﱺ ﻟﲘﻰ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳀ
- "Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.
ﻭﱺﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱆ ﺗﱧﻤﱨﻨﱲﻬﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄ ﺃﱁﻥﱦ ﻋﱺﺒﱱﺪﺕﲄ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳄﳄﳀ
- "Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳀ
- Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺂﲨ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﻮﻗﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳄﳀ
- Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻤﱧﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
- Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺏﲅ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳄﳀ
- Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻞﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻤﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱬ ﳁﳉﳄﳀ
- Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻕﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺏﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺂﲨ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
- Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﴣﲐﻦﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱓﺕﱺ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱼﺎ ﻏﱔﻴﱦﺮﲌﻯ ﵖﱔﵑﱁﺟﱹﻌﱧﻠﱁﻨﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﱻﻮﻧﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
- Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻚﱔ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳂﳅﳀ
- Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
- Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱁﻰﳎ ﻋﱺﺼﱺﺎﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺛﱂﻌﱦﺒﱧﺎﻥﱬ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳄﳅﳀ
- Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
ﻭﱺﻧﱧﺰﱺﻉﱧ ﻳﱧﺪﱺﻩﱨﲵ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻀﱺﺂﺀﱨ ﻟﲘﻠﻨﱱ﮳ﻈﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳅﳀ
- Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻠﱀﻤﱧﵝﱁﵙ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﺴﱺ﮳ﺤﲔﺮﱽ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳅﳀ
- Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱺﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﺭﱹﺿﲔﻜﱕﻢ ﺑﲐﺴﲔﺤﱹﺮﲌﻩﲘﲶ ﻓﱁﻤﱧﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
- "Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺭﱹﺟﲌﻪﱦ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺎﻩﱨ ﻭﱺﭐﺑﱦﻌﱧﺚﱹ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﱺﺁﴢﲐﻦﲌ ﺣﱺ﮳ﺸﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳅﳀ
- Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),
ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻙﱔ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺳﱺﺤﲄﺎﺭﲍ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﲎ ﳁﳉﳅﳀ
- "Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
ﻓﱁﺠﱻﻤﲘﻊﱧ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱨ ﻟﲘﻤﲘﻴﻘﱁ﮳ﺖﲔ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲎ ﳁﳊﳅﳀ
- Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.
ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻫﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺠﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
- Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.
ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻨﱧﺎ ﻧﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱨ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
- "Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﻔﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺃﱁﴢﲐﻦﲄ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﵖﱔﵑﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳀ
- Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻧﱧﻌﱧﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺮﲄﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
- Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱲﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻟﱀﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﻠﱀﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
- Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".
ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺣﲔﺒﱧﺎﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻋﲔﺼﲔﻴﱱﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻌﲘﺰﲄﺓﲘ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
- Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".
ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻋﱺﺼﱺﺎﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺗﱧﻠﱀﻘﱁﻒﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻓﲘﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
- Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
ﻓﱁﺄﱂﻟﱀﻘﲘﻰﱺ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱨ ﺳﱺ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
- Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
- Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
- "Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﺫﱧﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺴﲃﲔﺤﱹﺮﱺ ﻓﱁﻠﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧﲬ ﵖﱔﵑﱂﻗﱁﻄﱝﲔﻌﱧﻦﲄ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﲔﻠﱁ﮳ﻒﲖ ﻭﱺﵖﱔﵑﱂﺻﱺﻠﱊﲘﺒﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
- Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺿﱺﻴﱦﺮﱺﲨ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻣﱨﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
- Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﻄﱓﻤﱧﻊﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﺧﱺﻄﱔ﮳ﻴﱧ﮳ﻨﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻛﱕﻨﱱﺂ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳀ
- "Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".
ﲿ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺳﱹﺮﲌ ﺑﲐﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻯﳒ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢ ﻣﱲﺘﱱﺒﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
- (Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".
ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﱺﻞﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﱺﺁﴢﲐﻦﲌ ﺣﱺ﮳ﺸﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
- (Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻟﱁﺸﲔﺮﱹﺫﲘﻣﱧﺔﱆ ﻗﱁﻠﲘﻴﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳇﳀ
- (Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻟﱁﻐﱧﺂﴢﲐﻈﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
- "Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﺠﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﺣﱺ﮳ﺬﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳇﳀ
- "Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".
ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲎ ﳁﳉﳇﳀ
- Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,
ﻭﱺﻛﱕﻨﱨﻮﺯﲎ ﻭﱺﻣﱧﻘﱁﺎﻡﲎ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲎ ﳁﳊﳇﳀ
- Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺭﱺﺛﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳋﳇﳀ
- Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.
ﻓﱁﺄﱁﺗﱦﺒﱧﻌﱨﻮﻫﱻﻢ ﻣﱲﺸﱓﺮﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
- Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﳍﺀﱧﺍ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻌﱧﺎﻥﲌ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱨﺪﱹﺭﱺﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
- Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﵝﱋﵚﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﻣﱧﻌﲘﻰﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺳﱺﻴﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻦﲌ ﳁﳄﳈﳀ
- Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".
ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺿﱹﺮﲌﺏ ﺑﱰﲐﻌﱧﺼﱺﺎﻙﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱺﲨ ﻓﱁﭑﻧﻔﱁﻠﱁﻖﱺ ﻓﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﻛﱕﻞﱟ ﻓﲘﺮﱹﻕﲎ ﻛﱔﭑﻟﻄﱞﻮﱹﺩﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳅﳈﳀ
- Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻟﱁﻔﱀﻨﱧﺎ ﺛﱁﻢﱱ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳈﳀ
- Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳈﳀ
- Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳈﳀ
- Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
- Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳈﳀ
- Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﭐﺗﱦﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧﺒﱧﺄﱁ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﳁﳋﳈﳀ
- Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻴﻪﲘ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
- Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻ ﺃﱁﺻﱹﻨﱧﺎﻣﱫﺎ ﻓﱁﻨﱧﻈﱔﻞﱟ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻋﱺ﮳ﻜﲔﻔﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
- Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
- Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?
ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﻥﱧ ﳁﳅﳉﳀ
- "Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻞﱓ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺂ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳉﳀ
- Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
- Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -
ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺪﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳉﳀ
- "(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉ ﻟﱊﲘﻰﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺏﲄ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳉﳀ
- "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻨﲘﻰ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻦﲌ ﳁﳊﳉﳀ
- "Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻫﱻﻮﱺ ﻳﱨﻄﱓﻌﲘﻤﱨﻨﲘﻰ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﻘﲘﻴﻦﲌ ﳁﳋﳉﳀ
- "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺮﲌﺿﱹﺖﱻ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻳﱧﺸﱓﻔﲘﻴﻦﲌ ﳁﳂﳊﳀ
- "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻤﲘﻴﺘﱨﻨﲘﻰ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺤﱹﻴﲐﻴﻦﲌ ﳁﳃﳊﳀ
- "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻃﱓﻤﱧﻊﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺ ﻟﲘﻰ ﺧﱺﻄﲔﻴﳒ﮲ﱧﺘﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﳁﳄﳊﳀ
- "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻫﱺﺐﱹ ﻟﲘﻰ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﺤﲔﻘﱀﻨﲘﻰ ﺑﲐﭑﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
- "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
ﻭﱺﭐﺟﱹﻌﱧﻞ ﻟﱊﲘﻰ ﻟﲘﺴﱺﺎﻥﱧ ﺻﲔﺪﱹﻕﲎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
- "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
ﻭﱺﭐﺟﱹﻌﱧﻠﱀﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺛﱁﺔﲘ ﺟﱺﻨﱱﺔﲘ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳇﳊﳀ
- "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
ﻭﱺﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻰﳒ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
- "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﺰﲌﻧﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﺒﱦﻌﱧﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳊﳀ
- "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﻣﱧﺎﻝﱙ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺑﱧﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
- "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺗﱧﻰ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻘﱁﻠﱀﺐﲎ ﺳﱺﻠﲘﻴﻢﲎ ﳁﳋﳊﳀ
- "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
ﻭﱺﺃﱂﺯﱹﻟﲘﻔﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱂ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳀ
- "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
ﻭﱺﺑﱨﺮﲃﲌﺯﱺﺕﲔ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﱨ ﻟﲘﻠﱀﻐﱧﺎﻭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
- "Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳋﳀ
- "Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻭﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻨﺘﱧﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳋﳀ
- ` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '
ﻓﱁﻜﱕﺒﱦﻜﲔﺒﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﻐﱧﺎﻭﱻﲵﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
- "Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
ﻭﱺﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱨ ﺇﲐﺑﱦﻠﲘﻴﺲﱺ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳋﳀ
- "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
- "Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
ﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲍ ﳁﳉﳋﳀ
- " ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱨﺴﱺﻮﲃﲌﻳﻜﱕﻢ ﺑﲐﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳋﳀ
- " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺿﱺﻠﱋﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
- " ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺷﱔ﮳ﻔﲘﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳂﳃﳀ
- " ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺻﱺﺪﲘﻳﻖﲍ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﲎ ﳁﳃﳂﳃﳀ
- " ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
ﻓﱁﻠﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻛﱔﺮﲄﺓﱫ ﻓﱁﻨﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳂﳃﳀ
- " ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳂﳃﳀ
- Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳆﳂﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻧﱨﻮﺡﲡ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳂﳃﳀ
- (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﻧﱨﻮﺡﱽ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳂﳃﳀ
- Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳉﳂﳃﳀ
- "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳊﳂﳃﳀ
- " Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳂﳃﳀ
- "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳃﳃﳀ
- "Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".
ﲿ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﻟﱁﻚﱔ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺫﱧﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳃﳀ
- Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﲔﻠﱀﻤﲘﻰ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳃﳀ
- Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?
ﺇﲐﻥﱦ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﲨ ﻟﱁﻮﱹ ﺗﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳃﳃﳀ
- "Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺑﲐﻄﱔﺎﺭﲌﺩﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳃﳀ
- "Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).
ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳇﳃﳃﳀ
- "Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻨﺘﱧﻪﲘ ﻳﱧ﮳ﻨﱨﻮﺡﱻ ﻟﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱹﺟﱻﻮﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳃﳀ
- Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻥﱱ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻰ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻥﲌ ﳁﳉﳃﳃﳀ
- Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.
ﻓﱁﭑﻓﱀﺘﱧﺢﱹ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺘﱦﺤﱾﺎ ﻭﱺﻧﱧﺠﲃﲌﻨﲘﻰ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﲘﻰﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳃﳃﳀ
- "Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"
ﻓﱁﺄﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﱧﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺤﱻﻮﻥﲌ ﳁﳋﳃﳃﳀ
- Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱻ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳄﳃﳀ
- Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳃﳀ
- Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳄﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻋﱺﺎﺩﱪ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳃﳀ
- (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﻫﱻﻮﺩﱪ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳃﳀ
- Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳇﳄﳃﳀ
- "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳈﳄﳃﳀ
- "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳃﳀ
- "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﺗﱧﺒﱦﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺭﲌﻳﻊﲡ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﺗﱧﻌﱦﺒﱧﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳃﳀ
- "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻥﱧ ﻣﱧﺼﱺﺎﻧﲘﻊﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺨﱹﻠﱂﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳄﳃﳀ
- "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺑﱧﻄﱔﺸﱓﺘﱨﻢ ﺑﱧﻄﱔﺸﱓﺘﱨﻢﱦ ﺟﱺﺒﱱﺎﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳅﳃﳀ
- "Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳃﳅﳃﳀ
- "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻣﱧﺪﲄﻛﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳃﳀ
- "Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.
ﺃﱁﻣﱧﺪﲄﻛﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲎ ﻭﱺﺑﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳃﳀ
- "Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),
ﻭﱺﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲍ ﳁﳆﳅﳃﳀ
- "Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳇﳅﳃﳀ
- "Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂ ﺃﱁﻭﱺﻋﱺﻈﱓﺖﱺ ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﻋﲔﻈﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳃﳀ
- Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺧﱻﻠﱂﻖﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳃﳀ
- "Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱨﻌﱧﺬﱞﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳃﳀ
- "Dan kami pula tidak akan diseksa".
ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻩﱨ ﻓﱁﺄﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳃﳀ
- Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳂﳆﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳃﳀ
- (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺢﱽ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳃﳀ
- Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳅﳆﳃﳀ
- "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳆﳆﳃﳀ
- "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳃﳀ
- "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﺗﱨﺘﱦﺮﱺﻛﱕﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﻬﱻﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳃﳀ
- "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -
ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲎ ﳁﳉﳆﳃﳀ
- "Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),
ﻭﱺﺯﱻﺭﱻﻭﻉﲢ ﻭﱺﻧﱧﺨﱹﻞﲎ ﻃﱔﻠﱀﻌﱨﻬﱺﺎ ﻫﱺﻀﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳆﳃﳀ
- "Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
ﻭﱺﺗﱧﻨﱦﺤﲔﺘﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﲌ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﱫﺎ ﻓﱁ﮳ﺮﲌﻫﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳃﳀ
- "Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳇﳃﳀ
- "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻄﲔﻴﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻣﱦﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳃﳀ
- "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺼﱹﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳃﳀ
- "Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﺤﲄﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳃﳀ
- Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻨﱧﺎ ﻓﱁﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲙ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳇﳃﳀ
- "Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﻧﱧﺎﻗﱁﺔﱆ ﻟﱋﻬﱺﺎ ﺷﲔﺮﱹﺏﱿ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺷﲔﺮﱹﺏﱻ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲎ ﳁﳇﳇﳃﳀ
- Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱧﺴﲅﻮﻫﱺﺎ ﺑﲐﺴﱻﻮﳒﺀﲚ ﻓﱁﻴﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱔﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳈﳇﳃﳀ
- "Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
ﻓﱁﻌﱧﻘﱁﺮﱻﻭﻫﱺﺎ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﻧﱧ﮳ﺪﲘﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳃﳀ
- Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).
ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳃﳀ
- Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳇﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻟﱂﻮﻁﲕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳈﳃﳀ
- (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﻟﱂﻮﻁﱗ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳃﳀ
- Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳄﳈﳃﳀ
- "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳅﳈﳃﳀ
- "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳈﳃﳀ
- "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﺗﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺬﱟﻛﱓﺮﱺﺍﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳈﳃﳀ
- "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
ﻭﱺﺗﱧﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻜﱕﻢﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱪ ﻋﱺﺎﺩﱨﻭﻥﱧ ﳁﳈﳈﳃﳀ
- "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻨﺘﱧﻪﲘ ﻳﱧ﮳ﻠﱂﻮﻁﱕ ﻟﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﺮﱺﺟﲌﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳃﳀ
- Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﲘﻌﱧﻤﱧﻠﲘﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺎﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳃﳀ
- Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻧﱧﺠﲃﲌﻨﲘﻰ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻰ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳃﳀ
- (Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
ﻓﱁﻨﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳉﳃﳀ
- Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﺠﱻﻮﺯﱾﺍ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳉﳃﳀ
- Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
ﺛﱂﻢﱱ ﺩﱧﻣﱱﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳉﳃﳀ
- Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻄﱔﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱱﻄﱔﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﺴﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﻄﱔﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺬﱔﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳉﳃﳀ
- Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳉﳃﳀ
- Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳇﳉﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﻟﱀ﮲ﱧﻴﱦﻜﱔﺔﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳉﳃﳀ
- (Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺷﱕﻌﱧﻴﱦﺐﱽ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳃﳀ
- Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳊﳉﳃﳀ
- "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳋﳉﳃﳀ
- "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳊﳃﳀ
- "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﲿ ﺃﱁﻭﱹﻓﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﱔﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳊﳃﳀ
- "Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
ﻭﱺﺯﲌﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻄﱔﺎﺱﲜ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲌ ﳁﳄﳊﳃﳀ
- "Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺒﱦﺨﱺﺴﱻﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺃﱁﺷﱓﻴﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺜﱁﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳊﳃﳀ
- "Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﲌﺒﲐﻠﱋﺔﱁ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳊﳃﳀ
- "Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﺤﲄﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳊﳃﳀ
- Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻧﱱﻈﱕﻨﱲﻚﱔ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳃﳀ
- "Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.
ﻓﱁﺄﱁﺳﱹﻘﲘﻂﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻛﲔﺴﱺﻔﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳃﳀ
- Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳃﳀ
- Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".
ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻩﱨ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﻈﱟﻠﱋﺔﲘﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲍ ﳁﳋﳊﳃﳀ
- Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳃﳀ
- Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳃﳋﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﺘﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱕ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳋﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
ﻧﱧﺰﱺﻝﱔ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﺮﲅﻭﺡﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﲘﻴﻦﱻ ﳁﳅﳋﳃﳀ
- Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻚﱔ ﻟﲘﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺬﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳋﳃﳀ
- Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
ﺑﲐﻠﲘﺴﱺﺎﻥﲍ ﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻰﲃﲦ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳇﳋﳃﳀ
- (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺯﱻﺑﱨﺮﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳋﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱃ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱧﻪﱨﲵ ﻋﱻﻠﱁﻤﱧﳌﺆﱻﺍﲯ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳉﳋﳃﳀ
- (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﺰﲄﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲜ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﺠﱺﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳋﳃﳀ
- Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,
ﻓﱁﻘﱁﺮﱺﺃﱁﻩﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳋﳃﳀ
- Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺳﱺﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳂﳄﳀ
- Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺮﱺﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﲘﻴﻢﱧ ﳁﳃﳂﳄﳀ
- Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,
ﻓﱁﻴﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳂﳄﳀ
- Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.
ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱺﻞﱓ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻣﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳂﳄﳀ
- Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"
ﺃﱁﻓﱁﺒﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺑﲐﻨﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳂﳄﳀ
- (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺖﱺ ﺇﲐﻥ ﻣﱱﺘﱱﻌﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺳﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳂﳄﳀ
- Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,
ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳂﳄﳀ
- Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳂﳄﳀ
- (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﱨﻨﺬﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳂﳄﳀ
- Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
ﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳂﳄﳀ
- Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻨﱧﺰﲄﻟﱁﺖﱹ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱻ ﳁﳂﳃﳄﳀ
- Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﲲﺒﱧﻐﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳄﳀ
- Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱦﻊﲠ ﻟﱁﻤﱧﻌﱦﺰﱻﻭﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳄﳀ
- Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺪﱹﻉﱨ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱼﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱺ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱧﺬﱞﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳄﳀ
- Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺬﲘﺭﱹ ﻋﱺﺸﲔﻴﺮﱺﺗﱧﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺮﱺﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳄﳀ
- Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
ﻭﱺﭐﺧﱹﻔﲘﺾﱹ ﺟﱺﻨﱧﺎﺣﱺﻚﱔ ﻟﲘﻤﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳄﳀ
- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﻋﱺﺼﱺﻮﱹﻙﱔ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺑﱧﺮﲌﻯﳒﺀﱬ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳄﳀ
- Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"
ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ ﳁﳉﳃﳄﳀ
- Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺮﱺﯨﻚﱔ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﳁﳊﳃﳄﳀ
- Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
ﻭﱺﺗﱧﻘﱁﻠﱌﺒﱧﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳋﳃﳄﳀ
- Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳂﳄﳄﳀ
- Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻫﱺﻞﱓ ﺃﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﻨﱧﺰﲄﻝﱕ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱻ ﳁﳃﳄﳄﳀ
- Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
ﺗﱧﻨﱧﺰﲄﻝﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺃﱁﻓﱋﺎﻙﲕ ﺃﱁﺛﲘﻴﻢﲎ ﳁﳄﳄﳄﳀ
- Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
ﻳﱨﻠﱀﻘﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﺴﲄﻤﱦﻊﱧ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﺬﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳄﳀ
- Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
ﻭﱺﭐﻟﺸﱟﻌﱧﺮﱺﺁﺀﱨ ﻳﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﺎﻭﱻﲵﻥﱧ ﳁﳆﳄﳄﳀ
- Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻭﱺﺍﺩﲚ ﻳﱧﻬﲌﻴﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳄﳀ
- Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳄﳀ
- Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺫﱧﻛﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﭐﻧﺘﱧﺼﱺﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﻇﱕﻠﲘﻤﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﺳﱺﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻯﲄ ﻣﱨﻨﻘﱁﻠﱁﺐﲎ ﻳﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳄﳀ
- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
ﻃﺲﳔﲬ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﲌ ﻭﱺﻛﲔﺘﱧﺎﺏﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲍ ﳁﳃﳀ
- Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),
ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺑﱨﺸﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳀ
- Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳀ
- Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺯﱺﻳﱱﻨﱱﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺧﱹﺴﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳀ
- Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang palig rugi.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﺘﱨﻠﱁﻘﱋﻰ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻟﱋﺪﱻﻥﱦ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﲍ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﲍ ﳁﳈﳀ
- Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﵖﲔﵑﱁﻫﱹﻠﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻧﱧﺴﱹﺖﱻ ﻧﱧﺎﺭﱾﺍ ﺳﱺ﮲ﱧﺎﺗﲘﻴﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺑﲐﺨﱺﺒﱧﺮﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﺀﱧﺍﺗﲘﻴﻜﱕﻢ ﺑﲐﺸﲔﻬﱺﺎﺏﲎ ﻗﱁﺒﱧﺲﲞ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺼﱹﻄﱔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳀ
- (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: "Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu, atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱺﺎ ﻧﱨﻮﺩﲘﻯﱺ ﺃﱁﻥﲲ ﺑﱨﻮﺭﲌﻙﱔ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
- Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru: "Berkat yang melimpah-limpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada (di daerah) sekelilingnya; dan Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam.
ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻧﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳀ
- "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻖﲌ ﻋﱺﺼﱺﺎﻙﱔﲬ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺀﱧﺍﻫﱺﺎ ﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺰﲅ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱺﺎ ﺟﱺﺂﻥﱶ ﻭﱺﻟﱋﻰﳎ ﻣﱨﺪﱹﺑﲐﺮﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻌﱧﻘﱊﲘﺐﱹﲬ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺨﱺﻒﱹ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱺﺎﻑﱻ ﻟﱁﺪﱺﻯﲄ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
- Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): " Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﻇﱔﻠﱁﻢﱧ ﺛﱂﻢﱱ ﺑﱧﺪﲄﻝﱔ ﺣﱻﺴﱹﻨﱭﺎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺳﱻﻮﳒﺀﲚ ﻓﱁﺈﲐﻧﱰﲘﻰ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳃﳀ
- "Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﺧﲔﻞﱓ ﻳﱧﺪﱺﻙﱔ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻴﱦﺒﲐﻚﱔ ﺗﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱹ ﺑﱧﻴﱦﻀﱺﺂﺀﱧ ﻣﲘﻦﱹ ﻏﱔﻴﱦﺮﲌ ﺳﱻﻮﳒﺀﲚﲨ ﻓﲘﻰ ﺗﲘﺴﱹﻊﲠ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲕ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳃﳀ
- "Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻨﱧﺎ ﻣﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱺﺓﱫ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺳﲔﺤﱹﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳅﳃﳀ
- Maka ketika keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firan dan kaumnya dengan jelas nyata, berkatalah mereka: " ini adalah sihir yang terang nyata!"
ﻭﱺﺟﱺﺤﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻴﱦﻘﱁﻨﱧﺘﱦﻬﱺﺂ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﻇﱕﻠﱀﻤﱫﺎ ﻭﱺﻋﱻﻠﱂﻮﲈﺍﲬ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳆﳃﳀ
- Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﻭﱺﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻋﲔﻠﱀﻤﱫﺎﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﵖﱔﵐ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻓﱁﻀﲄﻠﱁﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳀ
- Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
ﻭﱺﻭﱺﺭﲌﺙﱺ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻋﱻﻠﱊﲘﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﻨﻄﲔﻖﱺ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﻭﱺﺃﱂﻭﺗﲘﻴﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳈﳃﳀ
- Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
ﻭﱺﺣﱻﺸﲔﺮﱺ ﻟﲘﺴﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱨﻩﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺲﲜ ﻭﱺﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻮﺯﱺﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
- Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺗﱧﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺍﺩﲘ ﭐﻟﻨﱱﻤﱦﻞﲌ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﻧﱧﻤﱦﻠﱁﺔﱆ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﻤﱦﻞﱕ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﻄﲔﻤﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻭﱺﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱨﻩﱨﲵ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
- (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
ﻓﱁﺘﱧﺒﱧﺴﲄﻢﱧ ﺿﱺﺎﺣﲔﻜﱘﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻟﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺃﱁﻭﱹﺯﲌﻋﱹﻨﲘﻰﳒ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺷﱓﻜﱕﺮﱺ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﱧﻚﱔ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻤﱦﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻯﲄ ﻭﱺﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﺗﱧﺮﱹﺿﱺﯩﳎﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﺧﲔﻠﱀﻨﲘﻰ ﺑﲐﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻙﱔ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳃﳀ
- Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
ﻭﱺﺗﱧﻔﱁﻘﱋﺪﱺ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﱺ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﻣﱧﺎ ﻟﲘﻰﱺ ﵖﱔﵓ ﺃﱁﺭﱺﻯ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱹﻫﱻﺪﱺ ﺃﱁﻡﱦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﺂﴢﲐﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳂﳄﳀ
- Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
ﵖﱔﵑﱂﻋﱺﺬﱝﲘﺑﱧﻨﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱼﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﵖﱔﵑﱁﺍﲯﺫﱦﺑﱧﺤﱺﻨﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻭﱹ ﻟﱁﻴﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﱰﲘﻰ ﺑﲐﺴﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳃﳄﳀ
- "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".
ﻓﱁﻤﱧﻜﱔﺚﱺ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﲚ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺣﱺﻄﺖﱻ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱨﺤﲔﻂﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺳﱺﺒﱧﺈﲓ ﺑﲐﻨﱧﺒﱧﺈﲒ ﻳﱧﻘﲘﻴﻦﲍ ﳁﳄﳄﳀ
- Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻭﱺﺟﱺﺪﺕﲅ ﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺓﱫ ﺗﱧﻤﱦﻠﲘﻜﱕﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱂﻭﺗﲘﻴﱧﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻟﱁﻬﱺﺎ ﻋﱺﺮﱹﺵﱗ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳅﳄﳀ
- "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.
ﻭﱺﺟﱺﺪﺗﱲﻬﱺﺎ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻬﱺﺎ ﻳﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻﻭﻥﱧ ﻟﲘﻠﺸﱞﻤﱦﺲﲜ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺯﱺﻳﱱﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺼﱺﺪﲄﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
- "Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -
ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﺨﱺﺐﱹﺀﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻌﱦﻠﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
- "(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﲹ ﳁﳈﳄﳀ
- "Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".
ﲿ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺳﱺﻨﱧﻨﻈﱕﺮﱻ ﺃﱁﺻﱺﺪﱺﻗﱀﺖﱺ ﺃﱁﻡﱦ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳀ
- Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
ﭐﺫﱦﻫﱺﺐ ﺑﱰﲐﻜﲔﺘﱧ﮳ﺒﲐﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﲘﻪﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﻮﱺﻝﱞ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﻣﱧﺎﺫﱧﺍ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
- "Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".
ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﺆﱻﺍﲯ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﻟﱀﻘﲘﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱿ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﱪ ﳁﳋﳄﳀ
- (Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ ﳁﳂﳅﳀ
- "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `
ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄ ﻭﱺﺃﱀﺗﱨﻮﻧﲘﻰ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
- " `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ' "
ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﺆﱻﺍﲯ ﺃﱁﻓﱀﺘﱨﻮﻧﲘﻰ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻯ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱻ ﻗﱁﺎﻃﲔﻌﱧﺔﱃ ﺃﱁﻣﱦﺮﱼﺍ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳄﳅﳀ
- Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﻗﱂﻮﲄﺓﲚ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﺄﱀﺱﲞ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﲚ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱻ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﲔ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﲌﻯ ﻣﱧﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳅﳀ
- Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱂﻮﻙﱔ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺩﱧﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﱃ ﺃﱁﻓﱀﺴﱺﺪﱻﻭﻫﱺﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻋﲔﺰﲄﺓﱧ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻬﱺﺂ ﺃﱁﺫﲘﻟﱋﺔﱅﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳅﳀ
- Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱨﺮﱹﺳﲔﻠﱁﺔﱄ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﻬﱺﺪﲘﻳﱱﺔﲚ ﻓﱁﻨﱧﺎﻇﲔﺮﱺﺓﱮ ﺑﲐﻢﱧ ﻳﱧﺮﱹﺟﳩﻊﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
- "Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita"
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺗﱨﻤﲘﺪﲅﻭﻧﱧﻦﲌ ﺑﲐﻤﱧﺎﻝﲎ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻦﲌﲶﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﲐﻬﱺﺪﲘﻳﱱﺘﲘﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻔﱀﺮﱺﺣﱻﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
- Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
ﭐﺭﱹﺟﲌﻊﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻠﱁﻨﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﱱﻬﱻﻢ ﺑﲐﺠﱻﻨﱨﻮﺩﲚ ﵖﱞﵐ ﻗﲘﺒﱧﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁﻨﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱺﻨﱱﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺂ ﺃﱁﺫﲘﻟﱋﺔﱅ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﻐﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
- "Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan."
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﺆﱻﺍﲯ ﺃﱁﻳﱲﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻨﲘﻰ ﺑﲐﻌﱧﺮﱹﺷﲔﻬﱺﺎ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻧﲘﻰ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳀ
- Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻋﲔﻔﱀﺮﲌﻳﺖﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺀﱧﺍﺗﲘﻴﻚﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱧ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﻘﱁﺎﻣﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻟﱁﻘﱁﻮﲌﻯﲇ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳋﳅﳀ
- Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺀﱧﺍﺗﲘﻴﻚﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺮﱹﺗﱧﺪﲄ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻃﱔﺮﱹﻓﱂﻚﱔﲬ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺀﱧﺍﻩﱨ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻘﲘﺮﲆﺍ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻞﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻟﲘﻴﱧﺒﱦﻠﱂﻮﱺﻧﲘﻰﳒ ﺀﱧﺃﱁﺷﱓﻜﱕﺮﱻ ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﻛﱓﻔﱂﺮﱻﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺷﱔﻜﱔﺮﱺ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻ ﻟﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻏﱔﻨﲘﻰﲉ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﱬ ﳁﳂﳆﳀ
- Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻧﱧﻜﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻋﱺﺮﱹﺷﱔﻬﱺﺎ ﻧﱧﻨﻈﱕﺮﱹ ﺃﱁﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺪﲘﻯﳒ ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
- Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺕﱹ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﺃﱁﻫﱺ﮳ﻜﱔﺬﱔﺍ ﻋﱺﺮﱹﺷﱕﻚﲔﲨ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺﲬ ﻭﱺﺃﱂﻭﺗﲘﻴﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱧ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
- Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)".
ﻭﱺﺻﱺﺪﲄﻫﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖ ﺗﱱﻌﱦﺒﱨﺪﱻ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
- Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.
ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﲘﻰ ﭐﻟﺼﲄﺮﱹﺡﱺﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺃﱁﺗﱦﻪﱨ ﺣﱺﺴﲔﺒﱧﺘﱦﻪﱨ ﻟﱂﺠﲄﺔﱅ ﻭﱺﻛﱔﺸﱔﻔﱁﺖﱹ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺎﻗﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺻﱺﺮﱹﺡﱿ ﻣﱲﻤﱧﺮﲄﺩﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﻮﱺﺍﺭﲌﻳﺮﱺﲩ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻇﱔﻠﱁﻤﱦﺖﱻ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻰ ﻭﱺﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱦﺖﱻ ﻣﱧﻊﱧ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳆﳀ
- (Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧ ﺃﱁﺧﱺﺎﻫﱻﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱼﺎ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱁﺎﻥﲌ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
- Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): "Sembahlah kamu akan Allah!" Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﺴﲄﻴﱰﲐﺌﱧﺔﲘ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﺴﱺﻨﱧﺔﲘﲨ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺣﱺﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
- Nabi Soleh berkata (kepada puak kafir): "Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu, (tidak) mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat."
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻃﱞﻴﱱﺮﱹﻧﱧﺎ ﺑﲐﻚﱔ ﻭﱺﺑﲐﻤﱧﻦ ﻣﱱﻌﱧﻚﱔﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻃﱔﳌﴣﲐﺮﱻﻛﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﺗﱨﻔﱀﺘﱧﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
- Mereka menjawab: "Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu, dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu!" Nabi Soleh berkata: Perkara yang menyebabkan baik dan malang kamu adalah di sisi Allah (dan Dia lah yang menentukannya, bukannya aku), sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu)".
ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﲘﻳﻨﱧﺔﲘ ﺗﲘﺴﱹﻌﱧﺔﱂ ﺭﱺﻫﱹﻂﲖ ﻳﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺼﱹﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
- Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺗﱧﻘﱁﺎﺳﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻨﱨﺒﱧﻴﱰﲐﺘﱧﻨﱱﻪﱨﲵ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﺛﱂﻢﱱ ﻟﱁﻨﱧﻘﱂﻮﻟﱁﻦﲄ ﻟﲘﻮﱺﻟﲘﻴﱰﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﺷﱔﻬﲌﺪﱹﻧﱧﺎ ﻣﱧﻬﱹﻠﲘﻚﱔ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﺼﱺ﮳ﺪﲘﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
- Mereka berkata (sesama sendiri): "Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: ` Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya, dan sesungguhnya kami adalah berkata benar '. "
ﻭﱺﻣﱧﻜﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﻜﱓﺮﱾﺍ ﻭﱺﻣﱧﻜﱔﺮﱹﻧﱧﺎ ﻣﱧﻜﱓﺮﱾﺍ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
- Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.
ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﻣﱧﻜﱓﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﺩﱧﻣﱱﺮﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳀ
- Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.
ﻓﱁﺘﲘﻠﱀﻚﱔ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺﺎﻭﲌﻳﱧﺔﱇ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
- Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya).
ﻭﱺﺃﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
- Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa.
ﻭﱺﻟﱂﻮﻃﱖﺎ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺗﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﱁ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳇﳀ
- Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
ﺃﱁﴢﲐﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺘﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺮﲃﲌﺟﱺﺎﻝﱔ ﺷﱔﻬﱹﻮﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﺗﱧﺠﱹﻬﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
- "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".