Tarikh Penting

Awal Ramadhan

1 Ramadan 1443 Hijrah /3 April 2022

Nuzul Al-Quran

17 Ramadan 1443 Hijrah/ 19 April 2022

Hari Raya Puasa Aidilfitri

1 Syawal 1443 Hijrah/ 3 Mei 2022

Cadangan Amalan Sepanjang 10 Hari Akhir Ramadan

Pengertian Puasa

Puasa (Rukun Islam Ke-3) bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga serta meninggalkan perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari

Hukum Puasa

Wajib

Syarat wajib berpuasa

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Berkeupayaan
  5. Bersih daripada haid dan nifas

Rukun Puasa

  1. Niat
  2. Meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa

Lafaz Niat Puasa

Niat Harian

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Maksudnya: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aka berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Adab dan Sunnah Ketika Berpuasa

  1. Bersegera ketika berbuka
  2. Bersahur
  3. Melewatkan sahur
  4. Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan serta perkataan yang memberahikan
  5. Mandi janabah (mandi wajib) sebelum terbit fajar
  6. Meninggalkan perbuatan berbekam
  7. Meninggalkan perbuatan merasa makanan atau mengunyahnya
  8. Berdoa ketika berbuka
  9. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
  10. Memperbanyakkan sedekah, membaca Al-Quran, dan beri’tikaf di masjid

Perkara Membatalkan Puasa

  1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Keluar darah haid dan Nifas walaupun di penghujung waktu puasa adalah dikira membatalkan puasa dan wajib diganti
  4. Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana ber— cumbuan atau memeluk isteri, atau dengan tangan maka la membatalkan puasa dan wajib diganti
  5. Jimak (bersetubuh)
  6. Murtad
  7. Gila
  8. Menukar niat untuk tidak berpuasa

Hukum Solat Sunat Tarawih

Sunat Muakkad

Waktu Solat Sunat Tarawih

Selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba’diah (Solat sunat selepas Isyak) dua rakaat.

Rakaat Solat Sunat Tarawih

20 rakaat atau 8 rakaat sahaja dan ia dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 x 2 rakaat) dengan setiap 2 rakaat 1 salam.

Kedudukan Saf Solat Jemaah

Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih

Niat Solat Tarawih sebagai Makmum

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku niat solat sunah tarawih dua rakaat dengan menghadap kiblat,sebagai makmum karena Allah Ta'ala.

Niat Solat Tarawih sebagai Imam

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku niat solat sunah tarawih dua rakaat dengan menghadap kiblat, sebagai imam karena Allah Ta'ala.

Niat Solat Tarawih Sendirian

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku niat solat sunah tarawih dua rakaat dengan menghadap kiblat, karena Allah Ta'ala.

Rukun Solat Sunat Tarawih

Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun solat fardu.

Bacaan Surah

  1. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah atTakathur hingga surah al-Lahab dan pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-lkhlas
  2. Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah at-Takathur hingga kepada surah al-Lahab.

Susunan surah - surah adalah seperti berikut:

Fadhilat Solat Sunat Tarawih

Fadhilat Solat Sunat Tarawih dari Malam 1 – 30 Bersumber dari sabda Nabi muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Tholib.

Dosa-dosa orang mukmin akan dikeluarkan sebagaimana ia baru keluar dari perut ibunya.
Allah akan mengampuni dosa-dosa orang mukmin yang melaksanakan solat tarawih dan dosa kedua orangtuanya selama orang tua orang tersebut adalah orang mukmin atau beriman kepada Allah SWT.
Para malaikat akan memanggil dari bawah Arasy dan memanjatkan doa agar Allah mengampuni dosanya di masa lalu.
Orang mukmin yang melaksanakan tarawih akan mendapatkan pahala seperti membaca kita Zabur, Taurat, Injil maupun Al-Quran.
Orang mukmin akan diberi pahala seperti orang yang solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa’.
Allah akan memberikan pahala kepada orang mukmin yang bertarawih seperti orang yang melakukan tawaf di Baitul Makmur. Para batu dan pasir juga akan memohonkan ampun baginya.
Fadhilah yang didapat dinilai sama seperti saat Nabi Musa AS bertemu Allah SWT dan kemudian Allah menolongnya dari kejahatan Fir’aun dan Haman.
Allah memberikan keutamaan pada orang yang beribadah seperti yang Ia berikan pada Nabi Ibrahim AS.
Fadhilah yang didapat sama dengan ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
orang mukmin akan dicukupi rezekinya baik di dunia maupun diakhirat.
Allah akan mengeluarkan dirinya dari dunia kelak seperti keluar dari perut ibunya dan bersih dari dosa.
Orang mukmin yang solat tarawih akan datang di hari kiamat dengan wajah yang bersinar cerah seperti sinar bulan.
Orang mukmin akan datang di hari kiamat dengan keadaan bersih dan diselamatkan dari segala macam keburukan.
Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahwa ia telah melakukan solat tarawih, maka Allah membebaskannya dari dihisab pada hari kiamat.
Malaikat yang menanggung Arasy akan memohonkan rahmat bagi orang mukmin yang melaksanakan solat tarawih.
Allah akan menjamin orang mukmin segala keselamatan dari api neraka dan Allah akan menjamin surga baginya.
Allah berikan padanya pahala seperti pahala para Nabi.
Allah akan memanggil para malaikat dan menyatakan bahwa Allah telah redha atas orang mukmin dan kedua ibubapanya.
Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam Surga Firdaus.
Allah memberikannya pahala para Syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan solihin (orang-orang yang solih).
Allah membangunkan untuknya sebuah gedung dari cahaya di syurga.
Ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari setiap kesedihan dan kesusahan.
Allah membangunkan untuknya sebuah kota di dalam surga.
Ia memperoleh 24 doa yang dikabulkan.
Allah Ta’ala membebaskannya dari azab kubur.
Allah mengangkat pahalanya selama 40 tahun.
Ia dapat melalui titian sirat pada hari kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.
Allah mengangkat baginya 1000 (seribu) darjat dalam surga.
Allah memberinya pahala 1000 (seribu) haji yang diterima.
Allah berfirman : “Hai hamba-Ku, makanlah buah-buahan surga, mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hamba-Ku.”

Hukum Solat Sunat Witir

Sunat Muakkad

Waktu Solat Sunat Witir

Sebenarnya, solat sunat witir adalah solat penutup. Ia bukan sahaja boleh dilakukan selepas solat sunat terawih di bulan Ramadhan, tetapi ia juga boleh dilakukan pada hari-hari biasa sebelum tidur, atau selepas seseorang bangun solat di tengah malam untuk Qiamullail.

Rakaat Solat Sunat Witir

Sesuai dengan maksud al-Witir itu sendiri iaitu ‘ganjil’, jumlah rakaat bagi solat sunat witir boleh dilakukan sebanyak 1, 3, 5, 7, 9, atau 11 rakaat.

Cara solatnya sama seperti solat sunat 2 rakaat 1 salam yang biasa. Cuma ada tambahan 1 rakaat 1 salam pada akhirnya.

Lafaz Niat Solat Sunat Witir

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat Solat Sunat Sitir Satu Rakaat

اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً ِللهِ تَعَالَ

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.

Rukun Solat Sunat Witir

Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun solat fardu yang lain.

Bacaan Surah

Pada rakaat pertama, digalakkan membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-A’la. Boleh juga membaca apa-apa surah lazim yang dihafal.

Pada rakaat kedua pula, digalakkan membaca Surah Al- Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Boleh juga membaca apa-apa surah lazim yang dihafal.

Pada rakaat ketiga pula, setelah membaca Surah al-Fatihah, bacakan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan Surah An-Nas. Boleh juga membaca apa-apa surah yang dihafal.

Bacaan Doa Qunut

Pada malam 16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah dengan lafaz Qunut solat Subuh.

Tadarus Al-Quran

Tadarus bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Cara Khatam Al-Quran Bersendirian

Untuk Khatam 1 kali

Cuma perlu baca 20 muka surat sehari

  1. Subuh = 4 muka surat
  2. Zohor = 4 muka surat
  3. Asar = 4 muka surat
  4. Maghrib = 4 muka surat
  5. Isyak = 4 muka surat

Untuk Khatam 2 kali

Cuma perlu baca 45 muka surat sehari

  1. Subuh = 9 muka surat
  2. Zohor = 9 muka surat
  3. Asar = 9 muka surat
  4. Maghrib = 9 muka surat
  5. Isyak = 9 muka surat

Untuk Khatam 3 kali

Cuma perlu baca 60 muka surat sehari

  1. Subuh = 12 muka surat
  2. Zohor = 12 muka surat
  3. Asar = 12 muka surat
  4. Maghrib = 12 muka surat
  5. Isyak = 12 muka surat

Cara Tadarus

  1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.
  2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf.
  3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.
  4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.
  5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Adab Membaca Al-Quran

  1. Suci daripada hadas besar dan kecil
  2. Berwudhuk
  3. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf
  4. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat
  5. Membaca secara tartil
  6. Membaca dengan melihat mashaf lebih afdhal

Pengertian

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Hukum Zakat Fitrah

Wajib

Syarat wajib zakat fitrah

  1. Islam dan merdeka.
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu membayar zakat fitrah

Waktu Wajib

Selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. (Malam Raya)

Waktu Afdhal / Sunat

Selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.

Waktu Harus

Bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

Waktu Mahkruh

Selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

Waktu Haram

Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Kadar bayaran zakat fitrah

  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.
  2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.
  3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Lafaz Akad

Lafaz untuk diri sendiri

Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan

Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz bagi pihak

Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili "Nama Penuh Pihak" pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Golongan wajib zakat fitrah

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Hukum Solat Sunat Raya

Sunat Muakkad

Waktu Solat Sunat Raya

Dilakukan antara waktu terbitnya matahari sehingga sebelum tergelincir matahari (sebelum masuk waktu Zohor ) pada 1 Syawal.

Rakaat Solat Sunat Hari Raya

2 rakaat

Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir. .

Adab dan Sunat Sebelum Solat Sunat Raya

  1. Mandi Sunat raya
  2. Berhias dan memakai pakaian baru dan terbaik
  3. Menjama makanan sebelum keluar
  4. Bertakbir ketika keluar
  5. Menyuruh wanita dan anak kecil untuk ikut bersama solat
  6. Menggunakan jalan yang berlainan ketika ergi dan pulang
  7. Berjalan kaki ke tempat solat

Lafaz Niat Solat Sunat Raya

Niat Solat Sunat Hari Raya Sendirian

أُصَلِّى سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً للهِ تَعَالى

Maksud: Sahajaku sembahyang sunat hari raya Aidilfitri, dua rakaat kerana Allah Taala

Niat Solat Sunat Hari Raya Berjemaah

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud: Sahajaku sembahyang sunat hari raya Aidilfitri, dua rakaat mengikut imam, kerana Allah Taala

Bacaan Tasbih

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maksud:Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong

Rukun Solat Sunat Hari Raya

Rakaat Pertama

  1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah
  3. Lafaz takbir tujuh kali di selang selikan dengan bacaan tasbih.
  4. Membaca surah al- Fatihah.
  5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa).
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat(takbir permulaan rakaat kedua).
  2. Lafaz takbir lima kali di selang selikan dengan bacaan tasbih.
  3. Membaca surah al- Fatihah.
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al- Ghaasyiyah).
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat ke-dua.

Khutbah Raya

Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.