Juz 3 : Al-Baqara 253 hingga Aal-i-Imraan 92
Bacaan Penuh Juz 3 : Al-Baqara 253 hingga
Aal-i-Imraan 92
ﲿ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕ ﻓﱁﻀﲄﻠﱀﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲪ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻛﱔﻠﱋﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻭﱺﺭﱺﻓﱁﻊﱧ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱻﻢﱦ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺ﮳ﺖﲖﲬ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺃﱁﻳﱱﺪﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﺮﱻﻭﺡﲠ ﭐﻟﱀﻘﱂﺪﱻﺱﲜﲩ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﭐﻗﱀﺘﱧﺘﱧﻞﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﭐﻗﱀﺘﱧﺘﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﳁﳅﳇﳄﳀ
- Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﺑﱧﻴﱦﻊﱬ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱻﻠﱋﺔﱆ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱔﻔﱁ﮳ﻌﱧﺔﱆﲩ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳇﳄﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲅ ﭐﻟﱀﻘﱁﻴﱲﻮﻡﱨﲬ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻩﱨﲵ ﺳﲔﻨﱧﺔﱆ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﻮﱹﻡﱬﲬ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻣﱧﻦ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺸﱓﻔﱁﻊﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶﲬ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱀﻔﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﻴﻄﱕﻮﻥﱧ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻠﱀﻤﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺷﱔﺂﺀﱧﲬ ﻭﱺﺳﲔﻊﱧ ﻛﱕﺮﱹﺳﲔﻴﱲﻪﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧ﮲ﱨﻮﺩﱨﻩﱨﲵ ﺣﲔﻔﱀﻈﱕﻬﱻﻤﱧﺎﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳇﳇﳄﳀ
- Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻛﱓﺮﱺﺍﻩﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌﲨ ﻗﱁﺪ ﺗﱱﺒﱧﻴﱱﻦﱺ ﭐﻟﺮﲅﺷﱓﺪﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻰﲃﲤﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﲐﭑﻟﻄﱞ﮳ﻐﱨﻮﺕﲔ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﲲ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱧﻤﱦﺴﱺﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱨﺮﱹﻭﱺﺓﲘ ﭐﻟﱀﻮﱻﺛﱀﻘﱁﻰﳎ ﵖﱔﵐ ﭐﻧﻔﲘﺼﱺﺎﻡﱧ ﻟﱁﻬﱺﺎﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳈﳇﳄﳀ
- Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﲘﻰﲅ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺅﱻﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻄﱞ﮳ﻐﱨﻮﺕﱻ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻮﻧﱧﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔﲩ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳇﳄﳀ
- Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺣﱺﺂﺝﲄ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱔ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﲘﻴﺖﱻ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺃﱂﺣﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﺃﱂﻣﲘﻴﺖﱻﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﺑﲐﭑﻟﺸﱞﻤﱦﺲﲜ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻕﲌ ﻓﱁﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺏﲌ ﻓﱁﺒﱨﻬﲌﺖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳄﳀ
- Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻣﱧﺮﲄ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻭﱺﻫﲔﻰﱺ ﺧﱺﺎﻭﲌﻳﱧﺔﱄ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﱻﺮﱻﻭﺷﲔﻬﱺﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﺄﱁﻣﱧﺎﺗﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﺎﲯﺋﱧﺔﱁ ﻋﱺﺎﻡﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﺑﱧﻌﱧﺜﱁﻪﱨﲵﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﻢﱦ ﻟﱁﺒﲐﺜﱀﺖﱺﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﺒﲐﺜﱀﺖﱻ ﻳﱧﻮﱹﻣﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻞ ﻟﱋﺒﲐﺜﱀﺖﱺ ﻣﲘﺎﲯﺋﱧﺔﱁ ﻋﱺﺎﻡﲎ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻃﱔﻌﱧﺎﻣﲘﻚﱔ ﻭﱺﺷﱔﺮﱺﺍﺑﲐﻚﱔ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﺴﱺﻨﱱﻪﱦﲨ ﻭﱺﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺣﲔﻤﱧﺎﺭﲌﻙﱔ ﻭﱺﻟﲘﻨﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱁﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜﲨ ﻭﱺﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﲘﻈﱔﺎﻡﲌ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻧﱨﻨﺸﲔﺰﱻﻫﱺﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱧﻜﱓﺴﱻﻮﻫﱺﺎ ﻟﱁﺤﱹﻤﱫﺎﲬ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺗﱧﺒﱧﻴﱱﻦﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳇﳄﳀ
- Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺃﱁﺭﲌﻧﲘﻰ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻦﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻟﱊﲘﻴﱧﻄﱓﻤﱧﴣﲐﻦﲄ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻰﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺨﱻﺬﱓ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﻓﱁﺼﱻﺮﱹﻫﱻﻦﲄ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺟﱹﻌﱧﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺟﱺﺒﱧﻞﲎ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻦﲄ ﺟﱻﺰﱹﺀﱫﺍ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺩﱦﻋﱻﻬﱻﻦﲄ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻨﱧﻚﱔ ﺳﱺﻌﱦﻴﱫﺎﲬ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳂﳈﳄﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻣﱱﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺣﱺﺒﱱﺔﲙ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱧﺖﱹ ﺳﱺﺒﱦﻊﱧ ﺳﱺﻨﱧﺎﺑﲐﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺳﱻﻨﲲﺒﱨﻠﱁﺔﲚ ﻣﱰﲘﺎﲯﺋﱧﺔﱂ ﺣﱺﺒﱱﺔﲚﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﻀﱺ﮳ﻌﲘﻒﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳃﳈﳄﳀ
- Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺘﱦﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﻨﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﺫﱫﻯ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳄﳀ
- Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﲿ ﻗﱁﻮﱹﻝﱙ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻑﱿ ﻭﱺﻣﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱪ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺻﱺﺪﱺﻗﱁﺔﲚ ﻳﱧﺘﱦﺒﱧﻌﱨﻬﱺﺂ ﺃﱁﺫﱫﻯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳈﳄﳀ
- (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺒﱦﻄﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﺻﱺﺪﱺﻗﱁ﮳ﺘﲘﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺫﱧﻯﳎ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻨﻔﲘﻖﱻ ﻣﱧﺎﻟﱁﻪﱨﲵ ﺭﲌﺋﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﲨ ﻓﱁﻤﱧﺜﱁﻠﱂﻪﱨﲵ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺻﱺﻔﱀﻮﱺﺍﻥﲍ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱺﺍﺏﱿ ﻓﱁﺄﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﺍﺑﲐﻞﱙ ﻓﱁﺘﱧﺮﱺﻛﱔﻪﱨﲵ ﺻﱺﻠﱀﺪﱾﺍﲨ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳈﳄﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
ﻭﱺﻣﱧﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﻣﱧﺮﱹﺿﱺﺎﺕﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺗﱧﺜﱀﺒﲐﻴﺘﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺟﱺﻨﱱﺔﲛ ﺑﲐﺮﱺﺑﱦﻮﱺﺓﲙ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﺍﺑﲐﻞﱙ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺗﱧﺖﱹ ﺃﱂﻛﱕﻠﱁﻬﱺﺎ ﺿﲔﻌﱦﻔﱁﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱨﺼﲔﺒﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﺍﺑﲐﻞﱙ ﻓﱁﻄﱔﻞﱣﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱽ ﳁﳇﳈﳄﳀ
- Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
ﺃﱁﻳﱧﻮﱺﺩﱲ ﺃﱁﺣﱺﺪﱻﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺟﱺﻨﱱﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺨﲔﻴﻞﲎ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻨﱧﺎﺏﲎ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻪﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺒﱧﺮﱻ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱆ ﺿﱻﻌﱧﻔﱁﺂﺀﱨ ﻓﱁﺄﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱺﺂ ﺇﲐﻋﱹﺼﱺﺎﺭﱿ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻧﱧﺎﺭﱿ ﻓﱁﭑﺣﱹﺘﱧﺮﱺﻗﱁﺖﱹﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳈﳄﳀ
- Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺂ ﺃﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻴﱧﻤﱱﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﱺ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﻟﱁﺴﱹﺘﱨﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﺧﲔﺬﲘﻳﻪﲘ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻐﱦﻤﲘﻀﱻﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﺣﱺﻤﲘﻴﺪﱽ ﳁﳉﳈﳄﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻳﱧﻌﲘﺪﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁﻘﱀﺮﱺ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻔﱁﺤﱹﺸﱔﺂﺀﲘﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﲘﺪﱻﻛﱕﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳊﳈﳄﳀ
- Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺆﱹﺕﱺ ﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱂﻭﺗﲘﻰﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱻ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳋﳈﳄﳀ
- Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱀﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﻔﱁﻘﱁﺔﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﺬﱔﺭﱹﺗﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺬﱓﺭﲎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﲍ ﳁﳂﳉﳄﳀ
- Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.
ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﺪﱺﻗﱁ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻨﲘﻌﲘﻤﱱﺎ ﻫﲔﻰﱺﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻫﱺﺎ ﻭﱺﺗﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻫﱺﺎ ﭐﻟﱀﻔﱂﻘﱁﺮﱺﺁﺀﱧ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻳﱨﻜﱔﻔﱊﲘﺮﱻ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳃﳉﳄﳀ
- Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ﲿ ﻟﱋﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻫﱻﺪﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﵝﲔﵘﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﺟﱹﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻳﱨﻮﱺﻑﲄ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳄﳀ
- Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
ﻟﲘﻠﱀﻔﱂﻘﱁﺮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﺣﱹﺼﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﺿﱺﺮﱹﺑﱫﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﺎﻫﲔﻞﱕ ﺃﱁﻏﱓﻨﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺘﱱﻌﱧﻔﱌﻒﲔ ﺗﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﺴﲔﻴﻤﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺇﲐﻟﱀﺤﱺﺎﻓﱅﺎﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳅﳉﳄﳀ
- Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﺳﲔﺮﲈﺍ ﻭﱺﻋﱺﵝﱁﵗﻧﲘﻴﱧﺔﱅ ﻓﱁﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳉﳄﳀ
- Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻘﱂﻮﻣﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺘﱧﺨﱺﺒﱱﻄﱕﻪﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺲﲃﲜﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﻊﱨ ﻣﲘﺜﱀﻞﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯﲩ ﻭﱺﺃﱁﺣﱺﻞﱞ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﻊﱧ ﻭﱺﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺟﱺﺂﺀﱧﻩﱨﲵ ﻣﱧﻮﱹﻋﲔﻈﱔﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﻬﱺﻰﳎ ﻓﱁﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﺳﱺﻠﱁﻒﱺ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﺮﱻﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﺎﺩﱧ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳉﳄﳀ
- Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
ﻳﱧﻤﱦﺤﱺﻖﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯ ﻭﱺﻳﱨﺮﱹﺑﲐﻰ ﭐﻟﺼﲄﺪﱺﻗﱁ﮳ﺖﲔﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﻛﱕﻞﱞ ﻛﱔﻔﱋﺎﺭﲍ ﺃﱁﺛﲘﻴﻢﲍ ﳁﳈﳉﳄﳀ
- Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻮﱻﺍﲯ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳄﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺫﱧﺭﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻘﲘﻰﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮ﮵ﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳉﳄﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱀﺫﱧﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺤﱺﺮﱹﺏﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱻﺀﱨﻭﺱﱻ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳄﳀ
- Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱨﻭ ﻋﱻﺴﱹﺮﱺﺓﲚ ﻓﱁﻨﱧﻈﲔﺮﱺﺓﱪ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﻴﱦﺴﱺﺮﱺﺓﲚﲬ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﺼﱺﺪﲄﻗﱂﻮﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳄﳀ
- Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱨﻮﱺﻓﱋﻰﳎ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳊﳄﳀ
- Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱧﺪﱺﺍﻳﱧﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﺪﱺﻳﱦﻦﲍ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﻓﱁﭑﻛﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻩﱨﲬ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﻜﱓﺘﱨﺐ ﺑﱱﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﺎﺗﲘﺐﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺪﱹﻝﲌﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﺏﱺ ﻛﱔﺎﺗﲘﺐﱽ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﺐﱺ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﻜﱓﺘﱨﺐﱹ ﻭﱺﻟﱀﻴﱨﻤﱦﻠﲘﻞﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﺘﱱﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺒﱦﺨﱺﺲﱹ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﺳﱺﻔﲘﻴﻬﱼﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﺿﱺﻌﲘﻴﻔﱃﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻊﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻤﲘﻞﱞ ﻫﱻﻮﱺ ﻓﱁﻠﱀﻴﱨﻤﱦﻠﲘﻞﱓ ﻭﱺﻟﲘﻴﱲﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺪﱹﻝﲌﲬ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﺸﱓﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱺﻳﱦﻦﲌ ﻣﲘﻦ ﺭﲃﲌﺟﱺﺎﻟﲘﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱧﺎ ﺭﱺﺟﱻﻠﱁﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﺮﱺﺟﱻﻞﱙ ﻭﱺﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺗﱧﺎﻥﲌ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﺗﱧﺮﱹﺿﱺﻮﱹﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱟﻬﱺﺪﱺﺁﺀﲘ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻀﲔﻞﱞ ﺇﲐﺣﱹﺪﱺﯨﻬﱻﻤﱧﺎ ﻓﱁﺘﱨﺬﱔﻛﱝﲔﺮﱺ ﺇﲐﺣﱹﺪﱺﯨﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﺏﱺ ﭐﻟﺸﱟﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱨ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﺩﱨﻋﱻﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻩﱨ ﺻﱺﻐﲘﻴﺮﱼﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱼﺍ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻂﱕ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﻮﱺﻡﱨ ﻟﲘﻠﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘ ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰ﮵ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﺮﱹﺗﱧﺎﺑﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﺗﲘﺠﱺ﮳ﺮﱺﺓﱩ ﺣﱺﺎﺿﲔﺮﱺﺓﱫ ﺗﱨﺪﲘﻳﺮﱻﻭﻧﱧﻬﱺﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻠﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱽ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻫﱺﺎﲩ ﻭﱺﺃﱁﺷﱓﻬﲌﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱧﺒﱧﺎﻳﱧﻌﱦﺘﱨﻢﱦﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻀﱺﺂﺭﲄ ﻛﱔﺎﺗﲘﺐﱿ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱿﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻓﱂﺴﱻﻮﻕﲁ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲨ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳊﳄﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻔﱁﺮﲎ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﺎﺗﲘﺒﱫﺎ ﻓﱁﺮﲌﻫﱺ﮳ﻦﱿ ﻣﱱﻘﱀﺒﱨﻮﺿﱺﺔﱆﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﻣﲘﻦﱺ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﻀﱾﺎ ﻓﱁﻠﱀﻴﱨﺆﱺﺩﱰﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﭐﺅﱹﺗﱨﻤﲘﻦﱺ ﺃﱁﻣﱧ﮳ﻨﱧﺘﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﺘﱱﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺀﱧﺍﺛﲘﻢﱬ ﻗﱁﻠﱀﺒﱨﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳊﳄﳀ
- Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻩﱨ ﻳﱨﺤﱺﺎﺳﲔﺒﱦﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻓﱁﻴﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳆﳊﳄﳀ
- Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧﲬ ﻛﱕﻞﱡ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻛﱕﺘﱨﺒﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻕﱻ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲅﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻃﱔﻌﱦﻨﱧﺎﲨ ﻏﱕﻔﱀﺮﱺﺍﻧﱧﻚﱔ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳇﳊﳄﳀ
- Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻒﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻧﱧﻔﱀﺴﱼﺎ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱻﺳﱹﻌﱧﻬﱺﺎﲬ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﭐﻛﱓﺘﱧﺴﱺﺒﱧﺖﱹﲩ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺆﱺﺍﺧﲔﺬﱓﻧﱧﺂ ﺇﲐﻥ ﻧﱱﺴﲔﻴﻨﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺧﱹﻄﱔﺄﱀﻧﱧﺎﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﻤﲘﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﺻﱹﺮﱾﺍ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺣﱺﻤﱧﻠﱀﺘﱧﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻨﱧﺎﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺤﱺﻤﱰﲘﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻃﱔﺎﻗﱁﺔﱁ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﭐﻋﱹﻒﱻ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﻭﱺﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﺭﱹﺣﱺﻤﱦﻨﱧﺂﲬ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﱧﻮﱹﻟﱁﯩﳎﻨﱧﺎ ﻓﱁﭑﻧﺼﱻﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳊﳄﳀ
- Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
ﺍﻟﳓﻢﳒ ﳁﳃﳀ
- Alif, Laam, Miim.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲅ ﭐﻟﱀﻘﱁﻴﱲﻮﻡﱨ ﳁﳄﳀ
- Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
ﻧﱧﺰﲄﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﳁﳅﳀ
- Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﱀﻔﱂﺮﱹﻗﱁﺎﻥﱧﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱿﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱿ ﺫﱨﻭ ﭐﻧﺘﲘﻘﱁﺎﻡﲍ ﳁﳆﳀ
- Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱹﻔﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﳁﳇﳀ
- Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺼﱺﻮﲃﲌﺭﱻﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﲌ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳈﳀ
- Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱿ ﻣﱲﺤﱹﻜﱔﻤﱧ﮳ﺖﱽ ﻫﱻﻦﲄ ﺃﱂﻡﱲ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﺃﱂﺧﱺﺮﱻ ﻣﱨﺘﱧﺸﱔ﮳ﺒﲐﻬﱺ﮳ﺖﱿﲨ ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺯﱺﻳﱦﻎﱆ ﻓﱁﻴﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺸﱔ﮳ﺒﱧﻪﱧ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﱀﻔﲘﺘﱦﻨﱧﺔﲘ ﻭﱺﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﺗﱧﺄﱀﻭﲌﻳﻠﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺗﱧﺄﱀﻭﲌﻳﻠﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄ﮴ﺳﲔﺨﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱕﻞﱣ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱻ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳉﳀ
- Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺰﲌﻍﱀ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱧﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻫﱺﺪﱺﻳﱦﺘﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻫﱺﺐﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻟﱋﺪﱻﻧﻚﱔ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱃﲬ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻫﲄﺎﺏﱻ ﳁﳊﳀ
- (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺟﱺﺎﻣﲘﻊﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲎ ﵖﱞﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱻ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﻌﱧﺎﺩﱧ ﳁﳋﳀ
- "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻦ ﺗﱨﻐﱦﻨﲘﻰﱺ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱂﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁ﮳ﺪﱻﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱂﻮﺩﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳂﳃﳀ
- Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka.
ﻛﱔﺪﱺﺃﱀﺏﲌ ﺀﱧﺍﻝﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳃﳃﳀ
- (Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.
ﻗﱂﻞ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺳﱺﺘﱨﻐﱦﻠﱁﺒﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﲘﻬﱺﺎﺩﱨ ﳁﳄﳃﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan".
ﻗﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻓﲘﻰ ﻓﲘﺌﱧﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﭐﻟﱀﺘﱧﻘﱁﺘﱧﺎﲨ ﻓﲘﺌﱧﺔﱆ ﺗﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻞﱕ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﻛﱔﺎﻓﲘﺮﱺﺓﱬ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﱺﺃﱀﻯﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻴﱦﻦﲌﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺆﱺﻳﱰﲐﺪﱻ ﺑﲐﻨﱧﺼﱹﺮﲌﻩﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻌﲘﺒﱦﺮﱺﺓﱫ ﵖﱝﲔﵑﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﲌ ﳁﳅﳃﳀ
- Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
ﺯﱻﻳﱰﲐﻦﱺ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺣﱻﺐﲅ ﭐﻟﺸﱞﻬﱺﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻨﱧ﮳ﻄﲔﻴﺮﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﻨﻄﱔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺬﱞﻫﱺﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﲘﻀﲄﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﻮﲄﻣﱧﺔﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱹﺙﲔﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﺣﱻﺴﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧ﮲ﱧﺎﺏﲌ ﳁﳆﳃﳀ
- Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
ﲿ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺅﱻﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺨﱺﻴﱦﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦﲨ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﱿ ﻣﱲﻄﱔﻬﲄﺮﱺﺓﱬ ﻭﱺﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻥﱬ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳇﳃﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻓﱁﭑﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻗﲘﻨﱧﺎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳈﳃﳀ
- (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";
ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁ﮳ﻨﲘﺘﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺤﱺﺎﺭﲌ ﳁﳉﳃﳀ
- (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
ﺷﱔﻬﲌﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱭﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔﲬ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳃﳀ
- Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﵖﱓﵒﺳﱹﻠﱁ﮳ﻢﱨﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻒﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱨ ﺑﱧﻐﱦﻴﱭﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳋﳃﳀ
- Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺣﱺﺂﺟﲅﻮﻙﱔ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱦﺖﱻ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻰﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﻦﲌﲩ ﻭﱺﻗﱂﻞ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱰﲘﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺀﱧﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱦﺘﱨﻢﱦﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﻫﱹﺘﱧﺪﱺﻭﺍﲯﲨ ﻭﲄﺇﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳂﳄﳀ
- Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﱺﻖﲃﲎ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻓﱁﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱹﻫﱻﻢ ﺑﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲍ ﳁﳃﳄﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺣﱺﺒﲐﻄﱔﺖﱹ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳄﳀ
- Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﻧﱧﺼﲔﻴﺒﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻳﱨﺪﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻴﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱧ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
- Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻦ ﺗﱧﻤﱧﺴﲄﻨﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻳﱱﺎﻣﱫﺎ ﻣﱱﻌﱦﺪﱻﻭﺩﱧ﮴ﺕﲖﲨ ﻭﱺﻏﱔﺮﲄﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺩﲘﻳﻨﲘﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
- Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.
ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﻤﱧﻌﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲎ ﵖﱞﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﻭﱻﻓﱊﲘﻴﱧﺖﱹ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
- Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.
ﻗﱂﻞﲌ ﭐﻟﻠﱋﻬﱻﻢﱱ ﻣﱧ﮳ﻠﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﲔ ﺗﱨﺆﱹﺗﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱔ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺗﱧﻨﺰﲌﻉﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱔ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺗﱨﻌﲘﺰﲅ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺗﱨﺬﲘﻝﱟ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘﻙﱔ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱻﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳈﳄﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﺗﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﺗﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌﲨ ﻭﱺﺗﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱰﲐﺖﲔ ﻭﱺﺗﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱰﲐﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲃﲤﲨ ﻭﱺﺗﱧﺮﱹﺯﱻﻕﱻ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﲔﺴﱺﺎﺏﲎ ﳁﳉﳄﳀ
- "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱓ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻠﱁﻴﱦﺲﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﲘﻰ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺗﱨﻘﱁﯩﳎﺔﱅﲩ ﻭﱺﻳﱨﺤﱺﺬﱝﲘﺭﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻧﱧﻔﱀﺴﱺﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳊﳄﳀ
- Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﻩﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱦﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳄﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻣﱲﺤﱹﻀﱺﺮﱾﺍ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻮﳒﺀﲚ ﺗﱧﻮﱺﺩﱲ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻣﱧﺪﲀﺍ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﱾﺍﲩ ﻭﱺﻳﱨﺤﱺﺬﱝﲘﺭﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻧﱧﻔﱀﺴﱺﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺀﱨﻭﻑﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳂﳅﳀ
- (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﭑﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻧﲘﻰ ﻳﱨﺤﱹﺒﲐﺒﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳅﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳅﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
ﲿ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﻭﱺﻧﱨﻮﺣﱾﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﻝﱔ ﻋﲔﻤﱦﺮﱺ﮴ﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳀ
- Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).
ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱇ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳆﳅﳀ
- (Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺕﱻ ﻋﲔﻤﱦﺮﱺ﮴ﻥﱧ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻧﱧﺬﱔﺭﱹﺕﱻ ﻟﱁﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺑﱧﻄﱓﻨﲘﻰ ﻣﱨﺤﱺﺮﲄﺭﱾﺍ ﻓﱁﺘﱧﻘﱁﺒﱱﻞﱓ ﻣﲘﻨﱰﲘﻰﳒﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳇﳅﳀ
- (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻭﱺﺿﱺﻌﱧﺘﱦﻬﱺﺎ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻭﱺﺿﱺﻌﱦﺘﱨﻬﱺﺂ ﺃﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻭﱺﺿﱺﻌﱧﺖﱹ ﻭﱺﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﭐﻟﺬﱞﻛﱔﺮﱻ ﻛﱔﭑﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺳﱺﻤﱱﻴﱦﺘﱨﻬﱺﺎ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﻋﲔﻴﺬﱕﻫﱺﺎ ﺑﲐﻚﱔ ﻭﱺﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﱧﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺟﲌﻴﻢﲌ ﳁﳈﳅﳀ
- Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".
ﻓﱁﺘﱧﻘﱁﺒﱱﻠﱁﻬﱺﺎ ﺭﱺﺑﱲﻬﱺﺎ ﺑﲐﻘﱁﺒﱨﻮﻝﲍ ﺣﱺﺴﱺﻦﲎ ﻭﱺﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱧﻬﱺﺎ ﻧﱧﺒﱧﺎﺗﱩﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎ ﻭﱺﻛﱔﻔﱋﻠﱁﻬﱺﺎ ﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺎﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﺩﱧﺧﱺﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺎ ﭐﻟﱀﻤﲘﺤﱹﺮﱺﺍﺏﱺ ﻭﱺﺟﱺﺪﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱺﺎ ﺭﲌﺯﱹﻗﱅﺎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻤﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱨ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻟﱁﻚﲔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍﲨ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺮﱹﺯﱻﻕﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﲔﺴﱺﺎﺏﲍ ﳁﳉﳅﳀ
- Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".
ﻫﱻﻨﱧﺎﻟﲘﻚﱔ ﺩﱧﻋﱺﺎ ﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻫﱺﺐﱹ ﻟﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﻟﱋﺪﱻﻧﻚﱔ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱅ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧﺔﱃﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﺪﲅﻋﱺﺂﺀﲘ ﳁﳊﳅﳀ
- Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
ﻓﱁﻨﱧﺎﺩﱧﺗﱦﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻗﱁﺂﴢﲐﻢﱬ ﻳﱨﺼﱺﻠﱊﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﲘﺤﱹﺮﱺﺍﺏﲌ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱻﻙﱔ ﺑﲐﻴﱧﺤﱹﻴﱧﻰﳎ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱇﺎ ﺑﲐﻜﱔﻠﲘﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺳﱺﻴﱰﲐﺪﱾﺍ ﻭﱺﺣﱺﺼﱻﻮﺭﱾﺍ ﻭﱺﻧﱧﺒﲐﻴﱵﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳀ
- Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﲘﻰ ﻏﱕﻠﱁ﮳ﻢﱬ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﻠﱁﻐﱧﻨﲘﻰﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺒﱧﺮﱻ ﻭﱺﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺗﲘﻰ ﻋﱺﺎﻗﲘﺮﱿﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﳁﳂﳆﳀ
- Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﺟﱹﻌﱧﻞ ﻟﱊﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧﺘﱨﻚﱔ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻢﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﱁ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﻣﱦﺰﱾﺍﲩ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮ ﺭﲄﺑﱱﻚﱔ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﺳﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺸﲔﻰﲃﲤ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﺑﱦﻜﱔ﮳ﺮﲌ ﳁﳃﳆﳀ
- Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻳﱧ﮳ﻤﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﯩﳎﻚﲔ ﻭﱺﻃﱔﻬﲄﺮﱺﻙﲔ ﻭﱺﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﯩﳎﻚﲔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
- Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).
ﻳﱧ﮳ﻤﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱨ ﭐﻗﱀﻨﱨﺘﲘﻰ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻚﲔ ﻭﱺﭐﺳﱹﺠﱻﺪﲘﻯ ﻭﱺﭐﺭﱹﻛﱔﻌﲘﻰ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﻛﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
- "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺂﺀﲘ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻧﱨﻮﺣﲔﻴﻪﲘ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱨﻠﱀﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻗﱀﻠﱁ﮳ﻤﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﻞﱕ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
- Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻳﱧ﮳ﻤﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱻﻙﲔ ﺑﲐﻜﱔﻠﲘﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﺳﱹﻤﱨﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﺟﲌﻴﻬﱾﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺮﲄﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
- (Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
ﻭﱺﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﻬﱹﺪﲘ ﻭﱺﻛﱔﻬﱹﵝﱅﵗ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
- "Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh."
ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻨﲘﻰ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﲔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﻀﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻣﱦﺮﱾﺍ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱕﻦ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﳁﳉﳆﳀ
- Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."
ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻪﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﳁﳊﳆﳀ
- Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.
ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱖﵐ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱹﻠﱂﻖﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱝﲔﻴﻦﲌ ﻛﱔﻬﱺﻴﱦ﮲ﱧﺔﲘ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﻓﱁﺄﱁﻧﻔﱂﺦﱻ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻃﱔﻴﱦﺮﲀﺍ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﺃﱂﺑﱦﺮﲌﺉﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻛﱓﻤﱧﻪﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺮﱺﺹﱺ ﻭﱺﺃﱂﺣﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﺃﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﲄﺧﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﲘﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
- Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.
ﻭﱺﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻯﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘ ﻭﱺﵖﲔﵑﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺣﱻﺮﲃﲌﻡﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳇﳀ
- "Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻩﱨﲬ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﱙ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳇﳀ
- "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".
ﲿ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺣﱺﺲﲄ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﱺ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﲌﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﻮﱺﺍﺭﲌﻳﱲﻮﻥﱧ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﺷﱓﻬﱺﺪﱹ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
- Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﺖﱺ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﻓﱁﭑﻛﱓﺘﱨﺒﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
- "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".
ﻭﱺﻣﱧﻜﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﻜﱔﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳇﳀ
- Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﻴﺴﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱨﺘﱧﻮﱺﻓﱊﲘﻴﻚﱔ ﻭﱺﺭﱺﺍﻓﲘﻌﱨﻚﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻭﱺﻣﱨﻄﱔﻬﲃﲌﺮﱻﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺟﱺﺎﻋﲔﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﻙﱔ ﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺗﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
- (Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﺄﱂﻋﱺﺬﱝﲘﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱾﺍ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
- Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻴﱨﻮﱺﻓﱊﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻫﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
- Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻩﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﲌ ﳁﳊﳇﳀ
- Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).
ﺇﲐﻥﱱ ﻣﱧﺜﱁﻞﱔ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧﲨ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﺗﱨﺮﱺﺍﺏﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱕﻦ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﳁﳋﳇﳀ
- Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.
ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻤﱦﺘﱧﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
- Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.
ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺣﱺﺂﺟﲄﻚﱔ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺗﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻮﱹﺍﲯ ﻧﱧﺪﱹﻉﱨ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻭﱺﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱧﺒﱦﺘﱧﻬﲌﻞﱓ ﻓﱁﻨﱧﺠﱹﻌﱧﻞ ﻟﱋﻌﱦﻨﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳃﳈﳀ
- Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺼﱺﺺﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳈﳀ
- Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳈﳀ
- Kemudian kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺗﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻮﱹﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﲚ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲛ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻧﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱼﺎ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﺎﺑﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺷﱓﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱂ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶﳒﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
- Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?
ﻫﱺﳌﺄﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺣﱺ﮳ﺠﱺﺠﱹﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬ ﻓﱁﻠﲘﻢﱧ ﺗﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
- Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﻳﱧﻬﱻﻮﺩﲘﻳﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﱹﺮﱺﺍﻧﲘﻴﱵﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﱺﻨﲘﻴﻔﱅﺎ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱫﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
- Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.
ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﺈﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻟﱁﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﻩﱨ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﺩﱱﺕ ﻃﱞﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻮﱹ ﻳﱨﻀﲔﻠﱌﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻀﲔﻠﱌﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
- Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
- Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﻠﱀﺒﲐﺴﱻﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻭﱺﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
- Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖ ﻃﱞﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺟﱹﻪﱧ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﭐﻛﱓﻔﱂﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﺧﲔﺮﱺﻩﱨﲵ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
- Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula".
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﺗﱧﺒﲘﻊﱧ ﺩﲘﻳﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﻫﱻﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺆﱹﺗﱧﻰ﮵ ﺃﱁﺣﱺﺪﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻞﱔ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻴﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻛﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﱔ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳉﳀ
- Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺺﲅ ﺑﲐﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳆﳉﳀ
- Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
ﲿ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﱧﻦﱹ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺄﱀﻣﱧﻨﱦﻪﱨ ﺑﲐﻘﲘﻨﻄﱔﺎﺭﲎ ﻳﱨﺆﱺﺩﱰﲘﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺄﱀﻣﱧﻨﱦﻪﱨ ﺑﲐﺪﲘﻳﻨﱧﺎﺭﲎ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱺﺩﱰﲘﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺩﱨﻣﱦﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱫﺎﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱰﲘﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱙ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﲘﺏﱺ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
- Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
ﺑﱧﻠﱁﻰﳎﲬ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻭﱹﻓﱁﻰﳎ ﺑﲐﻌﱧﻬﱹﺪﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱁﻰﳎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳉﳀ
- Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﻌﱧﻬﱹﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﵖﱔﵐ ﺧﱺﻠﱁ﮳ﻖﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻤﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺰﱺﻛﱝﲔﻴﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳉﳉﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻔﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻳﱧﻠﱀﻮﱻﲵﻥﱧ ﺃﱁﻟﱀﺴﲔﻨﱧﺘﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﺘﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻮﻩﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﲘﺏﱺ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳉﳀ
- Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﺒﱧﺸﱔﺮﲍ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱻﻜﱓﻢﱧ ﻭﱺﭐﻟﻨﱲﺒﱨﻮﲄﺓﱧ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱫﺍ ﻟﱊﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱ﮳ﻨﲘﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺪﱹﺭﱻﺳﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
- Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﺎﺑﱩﺎﲩ ﺃﱁﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
- Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﻟﱁﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻭﱺﺣﲔﻜﱓﻤﱧﺔﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻣﱲﺼﱺﺪﲃﲘﻕﱿ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺘﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻦﲄ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻧﱱﻪﱨﲵﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺀﱧﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺭﱹﺗﱨﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱓﺗﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺻﱹﺮﲌﻯﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺭﱹﻧﱧﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﭑﺷﱓﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳃﳊﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."
ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
- Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
ﺃﱁﻓﱁﻐﱧﻴﱦﺮﱺ ﺩﲘﻳﻦﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻢﱧ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻃﱔﻮﱹﻋﱾﺎ ﻭﱺﻛﱔﺮﱹﻫﱾﺎ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳊﳀ
- Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.
ﻗﱂﻞﱓ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺒﱧﺎﻁﲔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻰﱺ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱲﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻕﱻ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳊﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺒﱦﺘﱧﻎﲠ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﵖﱓﵒﺳﱹﻠﱁ﮳ﻢﲌ ﺩﲘﻳﻨﱫﺎ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱨﻘﱀﺒﱧﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
- Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺷﱔﻬﲌﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﺣﱺﻖﲉ ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
- Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺅﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻌﱦﻨﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
- Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman).
ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱺﻔﱋﻒﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
- Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian;
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺤﱻﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱪ ﳁﳋﳊﳀ
- Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺯﱹﺩﱧﺍﺩﱨﻭﺍﲯ ﻛﱕﻔﱀﺮﱾﺍ ﻟﱋﻦ ﺗﱨﻘﱀﺒﱧﻞﱔ ﺗﱧﻮﱹﺑﱧﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱌﻮﻥﱧ ﳁﳂﳋﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻛﱕﻔﱋﺎﺭﱿ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱨﻘﱀﺒﱧﻞﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺣﱺﺪﲘﻫﲔﻢ ﻣﱰﲘﻞﱓﺀﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺫﱧﻫﱺﺒﱫﺎ ﻭﱺﻟﱁﻮﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒﲩ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. JUZUK KEEMPAT
ﻟﱁﻦ ﺗﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺒﲐﺮﲄ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳋﳀ
- Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.