Juz 7 : Al-Maaida 82 hingga Al-An'aam 110
Bacaan Penuh Juz 7 : Al-Maaida 82 hingga
Al-An'aam 110
ﲿ ﻟﱁﺘﱧﺠﲌﺪﱺﻥﱱ ﺃﱁﺷﱔﺪﲄ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻋﱺﺪﱺ﮴ﻭﱺﺓﱫ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﺠﲌﺪﱺﻥﱱ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺑﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻮﱺﺩﱱﺓﱫ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻗﲘﺴﲃﲔﻴﺴﲔﻴﻦﱺ ﻭﱺﺭﱻﻫﱹﺒﱧﺎﻧﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
- Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺳﱺﻤﲘﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﺗﱧﺮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﻔﲘﻴﺾﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺪﲄﻣﱦﻊﲠ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻋﱺﺮﱺﻓﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻓﱁﭑﻛﱓﺘﱨﺒﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
- Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻧﱧﻄﱓﻤﱧﻊﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻠﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
- "Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh"
ﻓﱁﺄﱁﺛﱁ﮳ﺒﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
- Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳊﳀ
- Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻣﱨﻮﺍﲯ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺣﱺﻞﱞ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱦﺘﱧﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
ﻭﱺﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺣﱺﻠﱁ﮳ﵝﱅﵗ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱫﺎﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
- Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱺﺍﺧﲔﺬﱕﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﭑﻟﻠﱋﻐﱦﻮﲌ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﺆﱺﺍﺧﲔﺬﱕﻛﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻘﱋﺪﺗﱲﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺﲨ ﻓﱁﻜﱔﻔﱋ﮳ﺮﱺﺗﱨﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻃﱓﻌﱧﺎﻡﱨ ﻋﱺﺸﱔﺮﱺﺓﲘ ﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻭﱹﺳﱺﻂﲔ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﻄﱓﻌﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﲔﺴﱹﻮﱺﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﺤﱹﺮﲌﻳﺮﱻ ﺭﱺﻗﱁﺒﱧﺔﲚﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺠﲌﺪﱹ ﻓﱁﺼﲔﻴﱧﺎﻡﱨ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻛﱔﻔﱋ﮳ﺮﱺﺓﱨ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻠﱁﻔﱀﺘﱨﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﺣﱹﻔﱁﻈﱕﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳊﳀ
- Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﺨﱺﻤﱦﺮﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺴﲔﺮﱻ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻧﺼﱺﺎﺏﱻ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺯﱹﻟﱁ﮳ﻢﱨ ﺭﲌﺟﱹﺲﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﻤﱧﻞﲌ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌ ﻓﱁﭑﺟﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﻩﱨ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳋﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻮﻗﲘﻊﱧ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺪﱺ﮴ﻭﱺﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻀﱺﺂﺀﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻤﱦﺮﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺴﲔﺮﲌ ﻭﱺﻳﱧﺼﱻﺪﲄﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘﲨ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﻨﺘﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳃﳋﳀ
- Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﻭﱺﭐﺣﱹﺬﱔﺭﱻﻭﺍﲯﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻴﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﭑﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳄﳋﳀ
- Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱿ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻃﱔﻌﲘﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﺍﲯ ﻭﲄﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﺍﲯ ﻭﲄﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﺍﲯ ﻭﲄﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻨﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳋﳀ
- Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻴﱧﺒﱦﻠﱂﻮﱺﻧﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄﻴﱦﺪﲘ ﺗﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﲌﻣﱧﺎﺣﱻﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻋﱹﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻠﱁﻪﱨﲵ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳋﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah terkena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepadaNya semasa ia tidak melihatNya semasa ia tidak dilihat orang. Oleh itu, sesiapa yang melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻴﱦﺪﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺣﱻﺮﱻﻡﱬﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻗﱁﺘﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱲﺘﱧﻌﱧﻤﱰﲘﺪﱾﺍ ﻓﱁﺠﱺﺰﱺﺁﺀﱬ ﻣﱰﲘﺜﱀﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺘﱧﻞﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﻌﱧﻢﲌ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺫﱧﻭﱺﺍ ﻋﱺﺪﱹﻝﲎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻫﱺﺪﱹﻳﱭﺎ ﺑﱧ﮳ﻠﲘﻎﱁ ﭐﻟﱀﻜﱔﻌﱦﺒﱧﺔﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﻔﱋ﮳ﺮﱺﺓﱬ ﻃﱔﻌﱧﺎﻡﱨ ﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﱺ ﺃﱁﻭﱹ ﻋﱺﺪﱹﻝﱕ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺻﲔﻴﱧﺎﻣﱫﺎ ﻟﱊﲘﻴﱧﺬﱕﻭﻕﱺ ﻭﱺﺑﱧﺎﻝﱔ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶﲩ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺳﱺﻠﱁﻒﱺﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﺎﺩﱧ ﻓﱁﻴﱧﻨﺘﱧﻘﲘﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱿ ﺫﱨﻭ ﭐﻧﺘﲘﻘﱁﺎﻡﲍ ﳁﳇﳋﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.
ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺻﱺﻴﱦﺪﱻ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﻭﱺﻃﱔﻌﱧﺎﻣﱨﻪﱨﲵ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻌﱫﺎ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻠﺴﲄﻴﱱﺎﺭﱺﺓﲘﲨ ﻭﱺﺣﱻﺮﲃﲌﻡﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺻﱺﻴﱦﺪﱻ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﻣﱧﺎ ﺩﱨﻣﱦﺘﱨﻢﱦ ﺣﱻﺮﱻﻣﱫﺎﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
- Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.
ﲿ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔﻌﱦﺒﱧﺔﱁ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱧ ﻗﲘﻴﱧ﮳ﻤﱫﺎ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻬﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻬﱺﺪﱹﻯﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻠﱁﳌﴣﲐﺪﱺﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﲘﺘﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳉﳋﳀ
- Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳋﳀ
- Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).
ﻣﱱﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
- Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﱻ ﻭﱺﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺐﱻ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﺒﱧﻚﱔ ﻛﱔﺜﱀﺮﱺﺓﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﲔﲬ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﳌﺄﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳃﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﺷﱓﻴﱧﺂﺀﱧ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺪﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺴﱻﺆﱹﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﻳﱨﻨﱧﺰﲄﻝﱕ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱨ ﺗﱨﺒﱦﺪﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱽ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳂﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
ﻗﱁﺪﱹ ﺳﱺﺄﱁﻟﱁﻬﱺﺎ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳂﳃﳀ
- Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada Nabi mereka) oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya).
ﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﺤﲔﻴﺮﱺﺓﲚ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺳﱺﺂﴢﲐﺒﱧﺔﲚ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻭﱺﺻﲔﻴﻠﱁﺔﲚ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺣﱺﺎﻡﲎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﲘﺏﱺﲨ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳂﳃﳀ
- Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻮﱹﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﱺﺴﱹﺒﱨﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺂﲬ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳂﳃﳀ
- Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦﲨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻛﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﺿﱺﻞﱞ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﻫﱹﺘﱧﺪﱺﻳﱦﺘﱨﻢﱦﲬ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻓﱁﻴﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳂﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻀﱺﺮﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﱺﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱻ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﺻﲔﻴﱱﺔﲘ ﭐﺛﱀﻨﱧﺎﻥﲌ ﺫﱧﻭﱺﺍ ﻋﱺﺪﱹﻝﲎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱺﺍﻥﲌ ﻣﲘﻦﱹ ﻏﱔﻴﱦﺮﲌﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺿﱺﺮﱺﺑﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﺄﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﺘﱦﻜﱕﻢ ﻣﱲﺼﲔﻴﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲬ ﺗﱧﺤﱹﺒﲐﺴﱻﻮﻧﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﻓﱁﻴﱨﻘﱀﺴﲔﻤﱧﺎﻥﲌ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﺭﱹﺗﱧﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻧﱧﺸﱓﺘﱧﺮﲌﻯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧﺍ ﻗﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﻜﱓﺘﱨﻢﱨ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻤﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﺛﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳂﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa".
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﻋﱻﺜﲘﺮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﺤﱺﻘﱋﺂ ﺇﲐﺛﱀﻤﱫﺎ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺧﱺﺮﱺﺍﻥﲌ ﻳﱧﻘﱂﻮﻣﱧﺎﻥﲌ ﻣﱧﻘﱁﺎﻣﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﺤﱺﻖﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﱹﻟﱁﻴﱧ﮳ﻦﲌ ﻓﱁﻴﱨﻘﱀﺴﲔﻤﱧﺎﻥﲌ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﺸﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺗﱨﻨﱧﺂ ﺃﱁﺣﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺗﲘﻬﲌﻤﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻋﱹﺘﱧﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳂﳃﳀ
- Kemudian jika didapati bahawa kedua saksi itu (sesudah bersumpah) ada melakukan dosa (kerana berdusta atau mengkhianati dalam perkara yang mereka menjadi saksi itu), maka hendaklah dua orang yang lain menggantikan tempat mereka dari waris-waris si mati lebih dekat, yang lebih berhak (menuntut dan memberi keterangan yang sebenarnya), kemudian mereka bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata): "Demi sesungguhnya, persaksian kami lebih berhak diterima daripada persaksian kedua saksi itu (yang telah nyata berdusta), dan kami tidak melampaui batas, (kerana jika kami berbuat demikian) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻬﱺﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺮﱺﺩﱱ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻦﲁ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﺳﱹﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳂﳃﳀ
- (Hukum-hukum dan peraturan menjadi saksi) yang tersebut itu adalah jalan yang lebih dekat untuk mereka memberi keterangan persaksian menurut cara yang sebenarnya, atau untuk mereka merasa takut akan ditolak sumpah mereka (kepada waris-waris si mati) sesudah mereka bersumpah (yang akan mendedahkan kecurangan mereka). Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, dan dengarlah dengan patuh (segala perintahNya), dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
ﲿ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﺠﱹﻤﱧﻊﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱔ ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻣﱧﺎﺫﱧﺁ ﺃﱂﺟﲌﺒﱦﺘﱨﻢﱦﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻋﲔﻠﱀﻢﱧ ﻟﱁﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱋ﮳ﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱨﻴﱨﻮﺏﲌ ﳁﳋﳂﳃﳀ
- (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib"
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱹ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﺗﲘﻚﱔ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻳﱱﺪﺗﱲﻚﱔ ﺑﲐﺮﱻﻭﺡﲠ ﭐﻟﱀﻘﱂﺪﱻﺱﲜ ﺗﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﻬﱹﺪﲘ ﻭﱺﻛﱔﻬﱹﵝﱅﵗﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻋﱺﻠﱋﻤﱦﺘﱨﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱝﲔﻴﻦﲌ ﻛﱔﻬﱺﻴﱦ﮲ﱧﺔﲘ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻰ ﻓﱁﺘﱧﻨﻔﱂﺦﱻ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻃﱔﻴﱦﺮﲀﺍ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻰﲨ ﻭﱺﺗﱨﺒﱦﺮﲌﺉﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻛﱓﻤﱧﻪﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺮﱺﺹﱺ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻰﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺗﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻰﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻛﱔﻔﱁﻔﱀﺖﱻ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻋﱺﻨﻚﱔ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﲌﺌﱦﺘﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺳﲔﺤﱹﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳂﳃﳃﳀ
- (Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata"
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﺖﱻ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻮﱺﺍﺭﲌﻳﱰﲐﳑﻦﱺ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻰ ﻭﱺﺑﲐﺮﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻰ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻭﱺﭐﺷﱓﻬﱺﺪﱹ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻨﱧﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳃﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)"
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﻮﱺﺍﺭﲌﻳﱲﻮﻥﱧ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻊﱨ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﺂﴢﲐﺪﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳃﳃﳀ
- Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺄﱀﻛﱕﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﺗﱧﻄﱓﻤﱧﴣﲐﻦﲄ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻨﱧﺎ ﻭﱺﻧﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺪﱹ ﺻﱺﺪﱺﻗﱀﺘﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻧﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳃﳃﳀ
- Mereka berkata: "Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﭐﻟﻠﱋﻬﱻﻢﱱ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﲌﻝﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﺂﴢﲐﺪﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻋﲔﻴﺪﱾﺍ ﵖﱝﲔﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﺧﲔﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﻚﱔﲨ ﻭﱺﭐﺭﱹﺯﱻﻗﱀﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺯﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳃﳀ
- Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻟﱂﻬﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﱧﻌﱦﺪﱻ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﻋﱺﺬﱝﲘﺑﱨﻪﱨﲵ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﵖﱞﵓ ﺃﱂﻋﱺﺬﱝﲘﺑﱨﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺣﱺﺪﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳃﳀ
- Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﺀﱧﺃﱁﻧﺖﱺ ﻗﱂﻠﱀﺖﱺ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﭐﺗﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻧﲘﻰ ﻭﱺﺃﱂﻣﱰﲘﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱺﻴﱦﻦﲌ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﲘﻰﳒ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻗﱂﻮﻝﱔ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﲘﻰ ﺑﲐﺤﱺﻖﲃﲍﲬ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱻ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻪﱨﲵ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﺘﱧﻪﱨﲵﲬ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻰ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻚﱔﲬ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱋ﮳ﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱨﻴﱨﻮﺏﲌ ﳁﳈﳃﳃﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
ﻣﱧﺎ ﻗﱂﻠﱀﺖﱻ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻣﱧﺮﱹﺗﱧﻨﲘﻰ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱕﻨﺖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱾﺍ ﻣﱱﺎ ﺩﱨﻣﱦﺖﱻ ﻓﲘﻴﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺗﱧﻮﱺﻓﱋﻴﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﺮﲄﻗﲘﻴﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱽ ﳁﳉﳃﳃﳀ
- "Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.
ﺇﲐﻥ ﺗﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺑﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱨﻙﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳃﳃﳀ
- "Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﺻﲔﺪﱹﻗﱂﻬﱻﻢﱦﲬ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﺑﱧﺪﱾﺍﲨ ﺭﲄﺿﲔﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺿﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳃﳃﳀ
- Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".
ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﲌﻦﲄﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﲁ ﳁﳂﳄﳃﳀ
- Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﻨﱲﻮﺭﱺﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳀ
- Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻃﲔﻴﻦﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱁﻀﱺﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﵝﱅﵗﲨ ﻭﱺﺃﱁﺟﱺﻞﱙ ﻣﱲﺴﱺﻤﱳﻰ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻤﱦﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳀ
- Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺳﲔﺮﲄﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻬﱹﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳀ
- Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳀ
- Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka (yang kafir) dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﳌﺆﱻﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳇﳀ
- Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﻛﱔﻢﱦ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻥﲎ ﻣﱱﻜﱞﻨﱱ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻧﱨﻤﱧﻜﱝﲔﻦ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﺪﱹﺭﱺﺍﺭﱾﺍ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱺ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱀﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦ ﻗﱁﺮﱹﻧﱩﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳀ
- Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﺰﲄﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱫﺎ ﻓﲘﻰ ﻗﲘﺮﱹﻃﱔﺎﺱﲞ ﻓﱁﻠﱁﻤﱧﺴﱻﻮﻩﱨ ﺑﲐﺄﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺳﲔﺤﱹﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳉﳀ
- Dan kalau Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka, nescaya orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain, hanyalah sihir yang terang nyata".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﻠﱁﻚﱙﲨ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱘﺎ ﻟﱋﻘﱂﻀﲔﻰﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱻ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳀ
- Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya? " padahal kalau Kami turunkan malaikat nescaya selesailah perkara itu (kerana mereka tetap berdegil dan tidak akan beriman), kemudian mereka tidak diberi tempoh (lalu dibinasakan dengan bala bencana secara mengejut).
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﱧﻠﱁﻜﱘﺎ ﻟﱋﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺭﱺﺟﱻﵝﱅﵗ ﻭﱺﻟﱁﻠﱁﺒﱧﺴﱹﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻳﱧﻠﱀﺒﲐﺴﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳀ
- Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat, tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki (supaya mereka dapat melihatnya), dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱨﻬﱹﺰﲌﺉﱺ ﺑﲐﺮﱻﺳﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻓﱁﺤﱺﺎﻕﱺ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺳﱺﺨﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
- Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.
ﻗﱂﻞﱓ ﺳﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﻧﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳃﳃﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."
ﻗﱂﻞ ﻟﱊﲘﻤﱧﻦ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻗﱂﻞ ﴦﱰﲘﴥﴤﲘﲬ ﻛﱔﺘﱧﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧﺔﱁﲬ ﻟﱁﻴﱧﺠﱹﻤﱧﻌﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﵖﱔﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﺴﲔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
- Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﺳﱺﻜﱔﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳅﳃﳀ
- Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﺗﱱﺨﲔﺬﱕ ﻭﱺﻟﲘﻴﱵﺎ ﻓﱁﺎﻃﲔﺮﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱨﻄﱓﻌﲘﻢﱨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻄﱓﻌﱧﻢﱨﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱻ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻛﱕﻮﻥﱧ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻢﱧﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﺇﲐﻥﱦ ﻋﱺﺼﱺﻴﱦﺖﱻ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳇﳃﳀ
- Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)".
ﻣﱱﻦ ﻳﱨﺼﱹﺮﱺﻑﱹ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺﺣﲔﻤﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳈﳃﳀ
- Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻚﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻀﱻﺮﲃﲎ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻛﱔﺎﺷﲔﻒﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻚﱔ ﺑﲐﺨﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳉﳃﳀ
- Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺎﻫﲔﺮﱻ ﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳊﳃﳀ
- Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻯﲅ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﱫﲨ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﲁ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﺃﱂﻭﺣﲔﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱨ ﵖﲔﵑﱂﻧﺬﲘﺭﱺﻛﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻣﱧﻦﲲ ﺑﱧﻠﱁﻎﱁﲬ ﺃﱁﴢﲐﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺘﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻥﱱ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱃ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎﲬ ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵓ ﺃﱁﺷﱓﻬﱺﺪﱻﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻨﲘﻰ ﺑﱧﺮﲌﻯﳒﺀﱬ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
- Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨﲪ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﺴﲔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
- Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻤﱱﻦﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻔﱀﻠﲘﺢﱻ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
- Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻧﱧﺤﱹﺸﱕﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺰﱹﻋﱻﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
- Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?"
ﺛﱂﻢﱱ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻣﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳀ
- Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
ﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺬﱔﺑﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﺿﱺﻞﱞ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
- Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu.
ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻊﱨ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲨ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻛﲔﻨﱱﺔﱃ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻔﱀﻘﱁﻬﱻﻮﻩﱨ ﻭﱺﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺫﱧﺍﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱀﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﻛﱕﻞﱞ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲚ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻙﱔ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﺳﱺ﮳ﻄﲔﻴﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
- Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".
ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﱦﻬﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻳﱧﻨﱦ﮲ﱧﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱨﻬﱹﻠﲘﻜﱕﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
- Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺗﱧﺮﱺﻯ﮵ ﺇﲐﺫﱦ ﻭﱻﻗﲘﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻓﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻠﱁﻴﱦﺘﱧﻨﱧﺎ ﻧﱨﺮﱺﺩﱲ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺏﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻭﱺﻧﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳀ
- Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: "Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman".
ﺑﱧﻞﱓ ﺑﱧﺪﱺﺍ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺭﱻﺩﱲﻭﺍﲯ ﻟﱁﻌﱧﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻟﲘﻤﱧﺎ ﻧﱨﻬﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
- (Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya; dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﲔﻰﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺣﱺﻴﱧﺎﺗﱨﻨﱧﺎ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱧﺒﱦﻌﱨﻮﺛﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
- Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺗﱧﺮﱺﻯ﮵ ﺇﲐﺫﱦ ﻭﱻﻗﲘﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺬﱕﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
- Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka, lalu Allah berfirman: "Bukankah hari kiamat ini suatu perkara yang benar? Mereka menjawab: "Benar, demi Tuhan kami!" Allah berfirman lagi: "Oleh itu, rasalah azab seksa neraka dengan sebab kamu telah kufur ingkar".
ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﺴﲔﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻠﲘﻘﱁﺂﺀﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﺤﱺﺴﱹﺮﱺﺗﱧﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﺮﲄﻃﱓﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﻤﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻭﱹﺯﱺﺍﺭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻫﲔﻢﱦﲬ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺳﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺰﲌﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
- Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﱁﻌﲘﺐﱿ ﻭﱺﻟﱁﻬﱹﻮﱿﲨ ﻭﱺﻟﱁﻠﺪﲄﺍﺭﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱨ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
- Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
ﻗﱁﺪﱹ ﻧﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻴﱧﺤﱹﺰﱻﻧﱨﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧﲨ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻧﱧﻚﱔ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
- Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱕﺬﱝﲘﺑﱧﺖﱹ ﺭﱻﺳﱻﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻓﱁﺼﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﺬﱝﲘﺑﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺃﱂﻭﺫﱨﻭﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺃﱁﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﺼﱹﺮﱻﻧﱧﺎﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱨﺒﱧﺪﲃﲘﻝﱔ ﻟﲘﻜﱔﻠﲘﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﺒﱧﺈﲐﻯﳖ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
- Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻛﱔﺒﱨﺮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺇﲐﻋﱹﺮﱺﺍﺿﱻﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻥﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﻄﱔﻌﱦﺖﱺ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺒﱦﺘﱧﻐﲘﻰﱺ ﻧﱧﻔﱁﻘﱅﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻭﱹ ﺳﱻﻠﱋﻤﱫﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻓﱁﺘﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﺠﱺﻤﱧﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎﲬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳅﳀ
- Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.
ﲿ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺐﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧﲪ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﻳﱧﺒﱦﻌﱧﺜﱂﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
- Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada hari kiamat kelak), kemudian mereka dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻧﱨﺰﲃﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺎﺩﲘﺭﱽ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
- Dan mereka (golongan kafir musyrik) berkata: "Alangkah eloknya kalau diturunkan kepada Muhammad satu mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah berkuasa menurunkan mukjizat", akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (balasan yang akan menimpa mereka kalau mereka enggan beriman).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺩﱧﺁﺑﱱﺔﲚ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻃﱔﳌﴣﲐﺮﲎ ﻳﱧﻄﲔﻴﺮﱻ ﺑﲐﺠﱺﻨﱧﺎﺣﱺﻴﱦﻪﲘ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱂﻣﱧﻢﱪ ﺃﱁﻣﱦﺜﱁﺎﻟﱂﻜﱕﻢﲬ ﻣﱱﺎ ﻓﱁﺮﲄﻃﱓﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
- Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﺻﱻﻢﱶ ﻭﱺﺑﱨﻜﱓﻢﱬ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔﲩ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺈﲐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻠﱀﻪﱨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺄﱀ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱀﻪﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳋﳅﳀ
- Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli, di dalam gelap-gelita. Sesiapa yang Allah kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya), dan sesiapa yang Ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus.
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺭﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺗﱧﺘﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﺃﱁﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?"
ﺑﱧﻞﱓ ﺇﲐﻳﱱﺎﻩﱨ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﱁﻴﱧﻜﱓﺸﲔﻒﱻ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺇﲐﻥ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﻭﱺﺗﱧﻨﺴﱺﻮﱹﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
- Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱂﻣﱧﻢﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﺄﱀﺳﱺﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﻀﲄﺮﲄﺁﺀﲘ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻀﱺﺮﲄﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
- Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).
ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﺑﱧﺄﱀﺳﱻﻨﱧﺎ ﺗﱧﻀﱺﺮﲄﻋﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻗﱁﺴﱺﺖﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺯﱺﻳﱱﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
- Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻧﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﺘﱧﺤﱹﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺏﱺ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱁﺮﲌﺣﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢ ﻣﱲﺒﱦﻠﲘﺴﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
- Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
ﻓﱁﻘﱂﻄﲔﻊﱧ ﺩﱧﺍﺑﲐﺮﱻ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
- Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam".
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺭﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﱦﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺧﱺﺘﱧﻢﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱪ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲩ ﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻧﱨﺼﱺﺮﲃﲌﻑﱻ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺼﱹﺪﲘﻓﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺭﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱃ ﺃﱁﻭﱹ ﺟﱺﻬﱹﺮﱺﺓﱩ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱨﻬﱹﻠﱁﻚﱕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
- Katakanlah:" Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba, atau dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya), siapakah yang akan binasa, selain dari kaum yang zalim?".
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﻣﱨﻨﺬﲘﺭﲌﻳﻦﱺﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺢﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
- Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱧﻤﱧﺴﲅﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺴﱻﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
- Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik.
ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵓ ﺃﱁﻗﱂﻮﻝﱕ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﲘﻯ ﺧﱺﺰﱺﺁﴢﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﱺ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻗﱂﻮﻝﱕ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﻠﱁﻚﱗﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺗﱱﺒﲘﻊﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻤﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺼﲔﻴﺮﱻﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"
ﻭﱺﺃﱁﻧﺬﲘﺭﱹ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﲘﻰﲉ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱔﻔﲘﻴﻊﱬ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳇﳀ
- Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻄﱓﺮﱻﺩﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﺪﱺﻭﳎﺓﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧﺸﲔﻰﲃﲤ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻪﱨﲵﲨ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﲐﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﺘﱧﻄﱓﺮﱻﺩﱧﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳀ
- Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata. Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﺘﱧﻨﱱﺎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱻﻢ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲞ ﻟﱊﲘﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻣﱧﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻨﱧﺂﲩ ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺄﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱧ ﺑﲐﭑﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
- Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman): "Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? " (Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur?"
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲨ ﻛﱔﺘﱧﺐﱺ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧﺔﱁ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱭﺍ ﺑﲐﺠﱺﻬﱺ﮳ﻠﱁﺔﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﺎﺏﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺢﱺ ﻓﱁﺄﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳆﳇﳀ
- Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﻔﱁﺼﲃﲔﻞﱕ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﺴﱹﺘﱧﺒﲐﻴﻦﱺ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳇﳀ
- Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻧﱨﻬﲌﻴﺖﱻ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻋﱹﺒﱨﺪﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵓ ﺃﱁﺗﱱﺒﲘﻊﱨ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻗﱁﺪﱹ ﺿﱺﻠﱁﻠﱀﺖﱻ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻬﱹﺘﱧﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱦﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻣﱧﺎ ﻋﲔﻨﺪﲘﻯ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﻟﱀﺤﱻﻜﱓﻢﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﴦﲘﴥﴤﲘﲨ ﻳﱧﻘﱂﺺﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺼﲔﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
- Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan".
ﻗﱂﻞ ﻟﱋﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻋﲔﻨﺪﲘﻯ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻟﱁﻘﱂﻀﲔﻰﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱻ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﭑﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳀ
- Katakanlah: "Kalau ada padaku (kuasa menurunkan) azab seksa yang kamu minta disegerakan kedatangannya itu, nescaya selesailah perkara (yang sedang berbangkit) antaraku dengan kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim".
ﲿ ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻣﱧﻔﱁﺎﺗﲘﺢﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲬ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺴﱹﻘﱂﻂﱕ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﻗﱁﺔﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻬﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺣﱺﺒﱱﺔﲚ ﻓﲘﻰ ﻇﱕﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺭﱺﻃﱓﺐﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺎﺑﲐﺲﲝ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳋﳇﳀ
- Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻓﱋﯩﳎﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺮﱺﺣﱹﺘﱨﻢ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﺒﱦﻌﱧﺜﱂﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻟﲘﻴﱨﻘﱀﻀﱺﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﱙ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳈﳀ
- Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺎﻫﲔﺮﱻ ﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶﲨ ﻭﱺﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺣﱺﻔﱁﻈﱔﺔﱃ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺃﱁﺣﱺﺪﱺﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱻ ﺗﱧﻮﱺﻓﱋﺘﱦﻪﱨ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻨﱧﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻃﱕﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
- Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).
ﺛﱂﻢﱱ ﺭﱻﺩﱲﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﻮﱹﻟﱁﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﱻﻜﱓﻢﱨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﺳﱹﺮﱺﻉﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺ﮳ﺴﲔﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳄﳈﳀ
- Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira - Penghitung.
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﻨﱧﺠﲃﲌﻴﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻇﱕﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﺗﱧﻀﱺﺮﲅﻋﱾﺎ ﻭﱺﺧﱻﻔﱀﻴﱧﺔﱅ ﻟﱋﴣﲐﻦﱹ ﺃﱁﻧﺠﱺﯩﳎﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﻟﱁﻨﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳈﳀ
- Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur".
ﻗﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﻨﱧﺠﲃﲌﻴﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻛﱔﺮﱹﺏﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
- Katakanlah: "Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)".
ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺎﺩﲘﺭﱻ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺒﱦﻌﱧﺚﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺖﲔ ﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻠﱀﺒﲐﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﺷﲔﻴﱧﻌﱫﺎ ﻭﱺﻳﱨﺬﲘﻳﻖﱺ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻜﱕﻢ ﺑﱧﺄﱀﺱﱺ ﺑﱧﻌﱦﺾﲝﲩ ﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻧﱨﺼﱺﺮﲃﲌﻑﱻ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻔﱀﻘﱁﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
- Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻗﱁﻮﱹﻣﱨﻚﱔ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲬ ﻗﱂﻞ ﻟﱋﺴﱹﺖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﺑﲐﻮﱺﻛﲔﻴﻞﲎ ﳁﳈﳈﳀ
- Dan kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran), padahal ia adalah benar. Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul yang menyampaikan perintah-perintah Allah kepada kamu)".
ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﻧﱧﺒﱧﺈﲒ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲉﲬ ﻭﱺﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
- Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺃﱁﻳﱦﺖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱻﻮﺿﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﺄﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺨﱻﻮﺿﱻﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺣﱺﺪﲘﻳﺚﲕ ﻏﱔﻴﱦﺮﲌﻩﲘﲶﲬ ﻭﱺﺇﲐﻣﱱﺎ ﻳﱨﻨﺴﲔﻴﱧﻨﱱﻚﱔ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻘﱀﻌﱨﺪﱹ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳀ
- Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
- Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa.
ﻭﱺﺫﱧﺭﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﺩﲘﻳﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻌﲘﺒﱫﺎ ﻭﱺﻟﱁﻬﱹﻮﱾﺍ ﻭﱺﻏﱔﺮﲄﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲬ ﻭﱺﺫﱧﻛﱝﲔﺮﱹ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺒﱦﺴﱺﻞﱔ ﻧﱧﻔﱀﺲﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﲘﻰﲉ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱔﻔﲘﻴﻊﱬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﻌﱦﺪﲘﻝﱓ ﻛﱕﻞﱞ ﻋﱺﺪﱹﻝﲎ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱹﺧﱺﺬﱓ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺂﲩ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﺑﱦﺴﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲨ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﺮﱺﺍﺏﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﲎ ﻭﱺﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
- Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻧﱧﺪﱹﻋﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻨﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻧﱧﺎ ﻭﱺﻧﱨﺮﱺﺩﱲ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻘﱁﺎﺑﲐﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻫﱺﺪﱺﯨﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﭐﺳﱹﺘﱧﻬﱹﻮﱺﺗﱦﻪﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺣﱺﻴﱦﺮﱺﺍﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱿ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯ ﭐﺋﱦﺘﲘﻨﱧﺎﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱻﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎﲨ ﻭﱺﺃﱂﻣﲘﺮﱹﻧﱧﺎ ﻟﲘﻨﱨﺴﱹﻠﲘﻢﱧ ﻟﲘﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
- Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
ﻭﱺﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﻩﱨﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
- Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲨ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻛﱕﻦ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨﲬ ﻗﱁﻮﱹﻟﱂﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲬ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱕ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﻨﻔﱁﺦﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺼﲅﻮﺭﲌﲬ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳅﳉﳀ
- Dan Dia lah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: "Jadilah", lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar. Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Ia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻴﻪﲘ ﺀﱧﺍﺯﱺﺭﱺ ﺃﱁﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕ ﺃﱁﺻﱹﻨﱧﺎﻣﱩﺎ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱃ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺭﱺﯨﻚﱔ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳆﳉﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﺮﲌﻯﳒ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻣﱧﻠﱁﻜﱕﻮﺕﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻮﻗﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳀ
- Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﻦﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱕ ﺭﱺﺀﱧﺍ ﻛﱔﻮﱹﻛﱔﺒﱫﺎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﻓﱁﻞﱔ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﱔﵓ ﺃﱂﺣﲔﺐﲅ ﭐﵖﱓﵕﻓﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳉﳀ
- Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺀﱧﺍ ﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺ ﺑﱧﺎﺯﲌﻏﱘﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﻓﱁﻞﱔ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻧﲘﻰ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﵖﱔﵑﱁﻛﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳉﳀ
- Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺀﱧﺍ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﺑﱧﺎﺯﲌﻏﱔﺔﱅ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﻓﱁﻠﱁﺖﱹ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺑﱧﺮﲌﻯﳒﺀﱬ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳊﳉﳀ
- Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻭﱺﺟﲄﻬﱹﺖﱻ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻰﱺ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻯ ﻓﱁﻄﱔﺮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺣﱺﻨﲘﻴﻔﱅﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳉﳀ
- "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
ﻭﱺﺣﱺﺂﺟﲄﻪﱨﲵ ﻗﱁﻮﱹﻣﱨﻪﱨﲵﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺗﱨﺤﱺﳌﺠﲅﻮﳒﻧﱰﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻫﱺﺪﱺﯨﻦﲌﲬ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲬ ﻭﱺﺳﲔﻊﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﲔﻠﱀﻤﱩﺎﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
- Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?
ﻭﱺﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱓﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱓﺘﱨﻢ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻨﱫﺎﲬ ﻓﱁﺄﱁﻯﲅ ﭐﻟﱀﻔﱁﺮﲌﻳﻘﱁﻴﱦﻦﲌ ﺃﱁﺣﱺﻖﲅ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱁﻣﱦﻦﲌﲨ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳊﳀ
- "Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻠﱀﺒﲐﺴﱻﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﻈﱕﻠﱀﻢﲍ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﻦﱻ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱲﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
- Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
ﻭﱺﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺣﱻﺠﲄﺘﱨﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱺﺂ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﲬ ﻧﱧﺮﱹﻓﱁﻊﱨ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺ﮳ﺖﲖ ﻣﱱﻦ ﻧﱱﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳊﳀ
- Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
ﻭﱺﻭﱺﻫﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺﲬ ﻛﱕﵝﱍﵗ ﻫﱺﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺎﲬ ﻭﱺﻧﱨﻮﺣﱼﺎ ﻫﱺﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﲘﻪﲘﲶ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﻭﱺﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻭﱺﺃﱁﻳﱲﻮﺏﱺ ﻭﱺﻳﱨﻮﺳﱻﻒﱺ ﻭﱺﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
- Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.
ﻭﱺﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺎ ﻭﱺﻳﱧﺤﱹﻴﱧﻰﳎ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻭﱺﺇﲐﻟﱀﻴﱧﺎﺱﱺﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
- Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﺴﱺﻊﱧ ﻭﱺﻳﱨﻮﻧﱨﺲﱺ ﻭﱺﻟﱂﻮﻃﱘﺎﲬ ﻭﱺﻛﱕﵝﱏﵗ ﻓﱁﻀﲄﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
- Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱ﮳ﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﺟﱹﺘﱧﺒﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱺﺪﱺﻳﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳉﳊﳀ
- Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯ ﻟﱁﺤﱺﺒﲐﻂﱔ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
- Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱻﻜﱓﻢﱧ ﻭﱺﭐﻟﻨﱲﺒﱨﻮﲄﺓﱧﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻭﱺﻛﱞﻠﱀﻨﱧﺎ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻟﱋﻴﱦﺴﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﺑﲐﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳊﳀ
- Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepadanya Kitab Suci, dan Hikmah (ilmu pengetahuan), serta pangkat kenabian. Oleh itu, jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum (lain) yang tidak akan mengingkarinya.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻓﱁﺒﲐﻬﱻﺪﱺﯨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻗﱀﺘﱧﺪﲘﻩﱦﲩ ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵓ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﺟﱹﺮﱼﺍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳀ
- Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻗﱁﺪﱺﺭﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺣﱺﻖﲄ ﻗﱁﺪﱹﺭﲌﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﺸﱔﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻧﱨﻮﺭﱾﺍ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜﲨ ﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻗﱁﺮﱺﺍﻃﲔﻴﺲﱺ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﻧﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻥﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍﲨ ﻭﱺﻋﱻﻠﱊﲘﻤﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦﲨ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺫﱧﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﻮﱹﺿﲔﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻠﱀﻌﱧﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳋﳀ
- Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya ketika mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia". Bertanyalah (kepada kaum Yahudi yang ingkar itu): "Siapakah yang menurunkan Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya) dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedang kamu pula diajarkan (dengan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya), yang tidak diketahui oleh kamu (sebelum itu) dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?" Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)", kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya.
ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱽ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﱨﺒﱧﺎﺭﱺﻙﱙ ﻣﱲﺼﱺﺪﲃﲘﻕﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﻟﲘﺘﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﺃﱂﻡﱱ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺻﱺﵝﱁﵗﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱨﺤﱺﺎﻓﲘﻈﱕﻮﻥﱧ ﳁﳄﳋﳀ
- Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.
ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻤﱱﻦﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱂﻭﺣﲔﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻮﺡﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺳﱺﺄﱂﻧﺰﲌﻝﱕ ﻣﲘﺜﱀﻞﱔ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺗﱧﺮﱺﻯ﮵ ﺇﲐﺫﲘ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﻏﱔﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﺑﱧﺎﺳﲔﻄﱕﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﺧﱹﺮﲌﺟﱻﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱨﲨ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱨﺠﱹﺰﱺﻭﱹﻥﱧ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﻬﱻﻮﻥﲌ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳋﳀ
- Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻧﱧﺎ ﻓﱂﺮﱺ﮴ﺩﱧﻯﳎ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﻣﱧﺮﲄﺓﲚ ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻛﱓﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﺧﱺﻮﲄﻟﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﱧ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻛﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺮﱺﻯﳎ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﺷﱕﻔﱁﻌﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺯﱺﻋﱺﻤﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﳌﺆﱻﺍﲯﲬ ﻟﱁﻘﱁﺪ ﺗﱱﻘﱁﻄﱞﻊﱧ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺿﱺﻞﱞ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺰﱹﻋﱻﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
- Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).
ﲿ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﺎﻟﲘﻖﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﺐﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻮﱺﻯﳎﲨ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱰﲐﺖﲔ ﻭﱺﻣﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱰﲐﺖﲔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲃﲤﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻓﱁﺄﱁﻧﱱﻰﳎ ﺗﱨﺆﱹﻓﱁﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳋﳀ
- Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?
ﻓﱁﺎﻟﲘﻖﱻ ﭐﵖﱓﵒﺻﱹﺒﱧﺎﺡﲠ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﺳﱺﻜﱔﻨﱫﺎ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺ ﺣﱻﺴﱹﺒﱧﺎﻧﱫﺎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺗﱧﻘﱀﺪﲘﻳﺮﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﲌ ﳁﳈﳋﳀ
- Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻨﱲﺠﱻﻮﻡﱧ ﻟﲘﺘﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻓﲘﻰ ﻇﱕﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌﲩ ﻗﱁﺪﱹ ﻓﱁﺼﲄﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳋﳀ
- Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱁﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﻔﱀﺲﲞ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﲚ ﻓﱁﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲉ ﻭﱺﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻮﱹﺩﱧﻉﱬﲩ ﻗﱁﺪﱹ ﻓﱁﺼﲄﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻔﱀﻘﱁﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳊﳋﳀ
- Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻧﱧﺒﱧﺎﺕﱺ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺧﱺﻀﲔﺮﱾﺍ ﻧﱲﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺣﱺﺒﱵﺎ ﻣﱲﺘﱧﺮﱺﺍﻛﲔﺒﱫﺎ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺨﱹﻞﲌ ﻣﲘﻦ ﻃﱔﻠﱀﻌﲘﻬﱺﺎ ﻗﲘﻨﱦﻮﱺﺍﻥﱬ ﺩﱧﺍﻧﲘﻴﱧﺔﱆ ﻭﱺﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻋﱹﻨﱧﺎﺏﲎ ﻭﱺﭐﻟﺰﲄﻳﱦﺘﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﺮﲅﻣﱱﺎﻥﱧ ﻣﱨﺸﱓﺘﱧﺒﲐﻬﱾﺎ ﻭﱺﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﺘﱧﺸﱔ﮳ﺒﲐﻪﲙﲩ ﭐﻧﻈﱕﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺛﱁﻤﱧﺮﲌﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺛﱀﻤﱧﺮﱺ ﻭﱺﻳﱧﻨﱦﻌﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
- Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱧ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲄ ﻭﱺﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﺧﱺﺮﱺﻗﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺑﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧ﮳ﺖﲗ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎﲬ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﺗﱧﻌﱧ﮳ﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳃﳀ
- Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu; dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Ia dari apa yang mereka sifatkan!
ﺑﱧﺪﲘﻳﻊﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﺻﱺ﮳ﺤﲔﺒﱧﺔﱆﲨ ﻭﱺﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳂﳃﳀ
- (Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦﲨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲨ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﻖﱻ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻩﱨﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻛﲔﻴﻞﱙ ﳁﳄﳂﳃﳀ
- Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.
ﵖﱞﵐ ﺗﱨﺪﱹﺭﲌﻛﱕﻪﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱨﺪﱹﺭﲌﻙﱕ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱺﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﻠﱋﻄﲔﻴﻒﱻ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳅﳂﳃﳀ
- Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﺑﱧﺼﱺﺂﴢﲐﺮﱻ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺﺮﱺ ﻓﱁﻠﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﻤﲘﻰﱺ ﻓﱁﻌﱧﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﺑﲐﺤﱺﻔﲘﻴﻆﲖ ﳁﳆﳂﳃﳀ
- (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﺼﱺﺮﲃﲌﻑﱻ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺩﱧﺭﱺﺳﱹﺖﱺ ﻭﱺﻟﲘﻨﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧﻪﱨﲵ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳂﳃﳀ
- Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: "Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) ", dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.
ﭐﺗﱱﺒﲘﻊﱦ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﺣﲔﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔﲨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲨ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳂﳃﳀ
- Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺣﱺﻔﲘﻴﻈﱘﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﻮﱺﻛﲔﻴﻞﲎ ﳁﳉﳂﳃﳀ
- Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata).
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱻﺒﱲﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻴﱧﺴﱻﺒﱲﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺪﱹﻭﲀﺍ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺯﱺﻳﱱﻨﱱﺎ ﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺃﱂﻣﱱﺔﲙ ﻋﱺﻤﱧﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻴﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳂﳃﳀ
- Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺟﱺﻬﱹﺪﱺ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻟﱋﻴﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻦﲄ ﺑﲐﻬﱺﺎﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﺸﱓﻌﲘﺮﱻﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻬﱺﺂ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧﺕﱹ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳂﳃﳀ
- Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman.
ﻭﱺﻧﱨﻘﱁﻠﱊﲘﺐﱻ ﺃﱁﻓﱀ﮲ﲘﺪﱺﺗﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﻣﱧﺮﲄﺓﲚ ﻭﱺﻧﱧﺬﱔﺭﱻﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻃﱕﻐﱦﻴﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳃﳀ
- Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung.