Luqman (لقمان)
Bacaan Penuh Luqman
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﺍﻟﳓﻢﳒ ﳁﳃﳀ
- Alif, Laam, Miim.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﲌ ﳁﳄﳀ
- Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳀ
- Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
- Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳀ
- Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﲌﻯ ﻟﱁﻬﱹﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲔ ﻟﲘﻴﱨﻀﲔﻞﱞ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﻭﱺﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔﻫﱺﺎ ﻫﱻﺰﱻﻭﱼﺍﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻬﲌﻴﻦﱿ ﳁﳈﳀ
- Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﱋﻰﳎ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱾﺍ ﻛﱔﺄﱁﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱦﻬﱺﺎ ﻛﱔﺄﱁﻥﱱ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﺫﱨﻧﱧﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﻗﱀﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱹﻩﱨ ﺑﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲍ ﳁﳉﳀ
- Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳊﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,
ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻘﱏﺎﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳀ
- kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﱺﻤﱧﺪﲚ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻰﳎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺭﱺﻭﱺ﮴ﺳﲔﻰﱺ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻤﲘﻴﺪﱺ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺑﱧﺚﲄ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺩﱧﺁﺑﱱﺔﲚﲬ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺯﱺﻭﱹﺝﲢ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲍ ﳁﳂﳃﳀ
- Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺧﱺﻠﱀﻖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺄﱁﺭﱻﻭﻧﲘﻰ ﻣﱧﺎﺫﱧﺍ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﲬ ﺑﱧﻞﲌ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳃﳃﳀ
- Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻟﱂﻘﱀﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺷﱓﻜﱕﺮﱹ ﴦﲘﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱹ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻ ﻟﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﺣﱺﻤﲘﻴﺪﱿ ﳁﳄﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱂﻘﱀﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﵖﲔﵔﺑﱦﻨﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱧﻌﲘﻈﱕﻪﱨﲵ ﻳﱧ﮳ﺒﱨﻨﱧﻰﲄ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱓ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺸﱝﲔﺮﱹﻙﱔ ﻟﱁﻈﱕﻠﱀﻢﱪ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳅﳃﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
ﻭﱺﻭﱺﺻﲄﻴﱦﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﺑﲐﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﺣﱺﻤﱧﻠﱁﺘﱦﻪﱨ ﺃﱂﻣﱲﻪﱨﲵ ﻭﱺﻫﱹﻨﱩﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﻫﱹﻦﲎ ﻭﱺﻓﲘﺼﱺ﮳ﻠﱂﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﻋﱺﺎﻣﱧﻴﱦﻦﲌ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺷﱓﻜﱕﺮﱹ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻟﲘﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻳﱦﻚﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳆﳃﳀ
- Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺟﱺ﮳ﻬﱺﺪﱺﺍﻙﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱔ ﺑﲐﻰ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻚﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﻄﲔﻌﱦﻬﱻﻤﱧﺎﲨ ﻭﱺﺻﱺﺎﺣﲔﺒﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻣﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻓﱅﺎﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﲘﻊﱦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱔ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻧﱧﺎﺏﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
- Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
ﻳﱧ﮳ﺒﱨﻨﱧﻰﲄ ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺂ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﻚﱕ ﻣﲘﺜﱀﻘﱁﺎﻝﱔ ﺣﱺﺒﱱﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﺮﱹﺩﱧﻝﲎ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻦ ﻓﲘﻰ ﺻﱺﺨﱹﺮﱺﺓﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﺃﱁﻭﱹ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻄﲔﻴﻒﱽ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳈﳃﳀ
- (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
ﻳﱧ﮳ﺒﱨﻨﱧﻰﲄ ﺃﱁﻗﲘﻢﲌ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺃﱀﻣﱨﺮﱹ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﭐﻧﱦﻪﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌ ﻭﱺﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻚﱔﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺰﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳉﳃﳀ
- "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺼﱺﻌﱰﲘﺮﱹ ﺧﱺﺪﲄﻙﱔ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱦﺶﲜ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱧﺮﱺﺣﱼﺎﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﻛﱕﻞﱞ ﻣﱨﺨﱹﺘﱧﺎﻝﲎ ﻓﱁﺨﱻﻮﺭﲎ ﳁﳊﳃﳀ
- "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
ﻭﱺﭐﻗﱀﺼﲔﺪﱹ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺸﱓﻴﲐﻚﱔ ﻭﱺﭐﻏﱓﻀﱻﺾﱹ ﻣﲘﻦ ﺻﱺﻮﱹﺗﲘﻚﱔﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﻧﻜﱔﺮﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺻﱹﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻟﱁﺼﱺﻮﱹﺕﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺮﲌ ﳁﳋﳃﳀ
- "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺃﱁﺳﱹﺒﱧﻎﱁ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻧﲘﻌﱧﻤﱧﻪﱨﲵ ﻇﱔ﮳ﻬﲌﺮﱺﺓﱫ ﻭﱺﺑﱧﺎﻃﲔﻨﱧﺔﱅﲩ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻝﱕ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻣﱲﻨﲘﻴﺮﲎ ﳁﳂﳄﳀ
- Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱨ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺂﲬ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﻟﺴﲄﻌﲘﻴﺮﲌ ﳁﳃﳄﳀ
- Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺴﱹﻠﲘﻢﱦ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺤﱹﺴﲔﻦﱿ ﻓﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱧﻤﱦﺴﱺﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱨﺮﱹﻭﱺﺓﲘ ﭐﻟﱀﻮﱻﺛﱀﻘﱁﻰﳎﲩ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳄﳄﳀ
- Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﻚﱔ ﻛﱕﻔﱀﺮﱻﻩﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻨﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳅﳄﳀ
- Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
ﻧﱨﻤﱧﺘﱰﲘﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱧﻀﱹﻄﱔﺮﲅﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲍ ﻏﱔﻠﲘﻴﻆﲖ ﳁﳆﳄﳀ
- Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
- Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻨﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺪﱻ ﳁﳈﳄﳀ
- Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﺠﱺﺮﱺﺓﲙ ﺃﱁﻗﱀﻠﱁ﮳ﻢﱬ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱻ ﻳﱧﻤﱨﺪﲅﻩﱨﲵ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﺳﱺﺒﱦﻌﱧﺔﱂ ﺃﱁﺑﱦﺤﱻﺮﲎ ﻣﱱﺎ ﻧﱧﻔﲘﺪﱺﺕﱹ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳉﳄﳀ
- Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻣﱱﺎ ﺧﱺﻠﱀﻘﱂﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺑﱧﻌﱦﺜﱂﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﻨﱧﻔﱀﺲﲞ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﲙﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱮ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱽ ﳁﳊﳄﳀ
- (Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﻳﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻳﱧﺠﱹﺮﲌﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳋﳄﳀ
- Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘ ﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﱕ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳂﳅﳀ
- Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﱔ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻴﱨﺮﲌﻳﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺻﱺﺒﱱﺎﺭﲎ ﺷﱔﻜﱕﻮﺭﲎ ﳁﳃﳅﳀ
- Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻏﱔﺸﲔﻴﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻮﱹﺝﱿ ﻛﱔﭑﻟﻈﱟﻠﱁﻞﲌ ﺩﱧﻋﱺﻮﱻﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﲔﻴﻦﱺ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻧﱧﺠﲄﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺼﲔﺪﱿﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱕﻞﱟ ﺧﱺﺘﱱﺎﺭﲎ ﻛﱔﻔﱂﻮﺭﲎ ﳁﳄﳅﳀ
- Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﺧﱹﺸﱔﻮﱹﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﻭﱺﺍﻟﲘﺪﱽ ﻋﱺﻦ ﻭﱺﻟﱁﺪﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﻮﱹﻟﱂﻮﺩﱪ ﻫﱻﻮﱺ ﺟﱺﺎﺯﲍ ﻋﱺﻦ ﻭﱺﺍﻟﲘﺪﲘﻩﲘﲶ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻖﲉﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻐﱨﺮﲄﻧﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻐﱨﺮﲄﻧﱱﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻐﱧﺮﱻﻭﺭﱻ ﳁﳅﳅﳀ
- Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻋﲔﻠﱀﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﻭﱺﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺚﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﲌﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﱹﺭﲌﻯ ﻧﱧﻔﱀﺲﱿ ﻣﱱﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﻜﱓﺴﲔﺐﱻ ﻏﱔﺪﱾﺍﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﱹﺭﲌﻯ ﻧﱧﻔﱀﺲﲁ ﺑﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺃﱁﺭﱹﺽﲞ ﺗﱧﻤﱨﻮﺕﱻﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﳁﳆﳅﳀ
- Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.