Ash-Shura (الشورى)
Bacaan Penuh Ash-Shura
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﺣﻢﳒ ﳁﳃﳀ
- Haa, Miim.
ﻋﳒﺴﳒﻖﳒ ﳁﳄﳀ
- Ain, Siin, Qaaf.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﻮﺣﲔﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳅﳀ
- Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain - diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳆﳀ
- Dia lah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Dia lah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
ﺗﱧﻜﱔﺎﺩﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﱻ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻄﱞﺮﱹﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﲌﻦﲄﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱂﻮﺭﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳇﳀ
- Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺣﱺﻔﲘﻴﻆﱗ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﻮﱺﻛﲔﻴﻞﲎ ﳁﳈﳀ
- Dan (sebaliknya) orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung (yang disembah dan diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka (serta akan membalasnya); dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka.
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱩﺎ ﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻴﱵﺎ ﻟﱊﲘﺘﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﺃﱂﻡﱱ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﺗﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻊﲠ ﵖﱔﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﻭﱺﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻌﲘﻴﺮﲌ ﳁﳉﳀ
- Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻞﱕ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﲍ ﳁﳊﳀ
- Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
ﺃﱁﻡﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﲨ ﻓﱁﭑﴦﴥﴤﱨ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻟﲘﻰﲅ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳀ
- Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja) kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan (ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﺤﱻﻜﱓﻤﱨﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱀﺖﱻ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱂﻧﲘﻴﺐﱻ ﳁﳂﳃﳀ
- Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)".
ﻓﱁﺎﻃﲔﺮﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻳﱧﺬﱓﺭﱺﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻛﱔﻤﲘﺜﱀﻠﲘﻪﲘﲶ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳃﳃﳀ
- Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻘﱁﺎﻟﲘﻴﺪﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻳﱧﺒﱦﺴﱻﻂﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﱺ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳃﳀ
- Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﲿ ﺷﱔﺮﱺﻉﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﺻﲄﻰﳎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻧﱨﻮﺣﱾﺎ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻭﱺﺻﲄﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰ﮵ﲨ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻛﱔﺒﱨﺮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺠﱹﺘﱧﺒﲐﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﻨﲘﻴﺐﱻ ﳁﳅﳃﳀ
- Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱨ ﺑﱧﻐﱦﻴﱭﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱆ ﺳﱺﺒﱧﻘﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﻟﱋﻘﱂﻀﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺭﲌﺛﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺷﱔﻚﱝﲖ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻣﱨﺮﲌﻳﺐﲎ ﳁﳆﳃﳀ
- Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.
ﻓﱁﻠﲘﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﭑﺩﱦﻉﱨﲨ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻘﲘﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱺﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱦ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻗﱂﻞﱓ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺖﱻ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎﲨ ﻭﱺﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱻ ﵖﲔﵑﱁﻋﱹﺪﲘﻝﱔ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱨﲨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦﲨ ﻟﱁﻨﱧﺂ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻜﱕﻢﱦﲨ ﵖﱔﵐ ﺣﱻﺠﲄﺔﱁ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱨﲨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺠﱹﻤﱧﻊﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳇﳃﳀ
- Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱨﺠﲌﻴﺐﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺣﱻﺠﲄﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﺩﱧﺍﺣﲔﻀﱺﺔﱄ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻏﱔﻀﱺﺐﱿ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱽ ﳁﳈﳃﳀ
- Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﲘﻴﺰﱺﺍﻥﱧﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﺪﱹﺭﲌﻳﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻞﱞ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱁ ﻗﱁﺮﲌﻳﺐﱿ ﳁﳉﳃﳀ
- Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻞﱕ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻤﱧﺎﺭﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲏ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﲙ ﳁﳊﳃﳀ
- Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻄﲔﻴﻒﲁ ﺑﲐﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻳﱧﺮﱹﺯﱻﻕﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﲌﻯﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﳁﳋﳃﳀ
- Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺣﱺﺮﱹﺙﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻧﱧﺰﲌﺩﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﺣﱺﺮﱹﺛﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺣﱺﺮﱹﺙﱺ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻧﱨﺆﱹﺗﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﺼﲔﻴﺐﲍ ﳁﳂﳄﳀ
- Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﳌﺆﱻﺍﲯ ﺷﱔﺮﱺﻋﱻﻮﺍﲯ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﺫﱧﻥﲲ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻔﱁﺼﱹﻞﲌ ﻟﱁﻘﱂﻀﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳄﳀ
- Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻭﱺﺍﻗﲘﻊﱮ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﻭﱹﺿﱺﺎﺕﲔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺎﺕﲔﲨ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﻭﻥﱧ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳄﳄﳀ
- (Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﻩﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔﲩ ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵓ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱺﺩﱱﺓﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻘﱀﺘﱧﺮﲌﻑﱹ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱅ ﻧﱱﺰﲌﺩﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺣﱻﺴﱹﻨﱩﺎﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺷﱔﻜﱕﻮﺭﱽ ﳁﳅﳄﳀ
- (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱫﺎﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻳﱧﺸﱔﺈﲐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺨﱹﺘﲘﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻚﱔﲩ ﻭﱺﻳﱧﻤﱦﺢﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﱔ ﻭﱺﻳﱨﺤﲔﻖﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﺑﲐﻜﱔﻠﲘﻤﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳆﳄﳀ
- (Orang-orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka mengatakan: "Ia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah" (Sebenarnya tidak patut mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa - jika Ia menghendaki - menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian, bahkan Ia memberi kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan adalah benar belaka). Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyuNya dan keputusanNya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻘﱀﺒﱧﻞﱕ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺑﱧﺔﱁ ﻋﱺﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
- Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺐﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻳﱧﺰﲌﻳﺪﱻﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱿ ﳁﳈﳄﳀ
- Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺑﱧﺴﱺﻂﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﱺ ﻟﲘﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻟﱁﺒﱧﻐﱧﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﺑﲐﻘﱁﺪﱺﺭﲎ ﻣﱱﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳉﳄﳀ
- Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺚﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﻨﱧﻄﱕﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻨﺸﱕﺮﱻ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻟﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺪﱻ ﳁﳊﳄﳀ
- Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﺧﱺﻠﱀﻖﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﺚﲄ ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺩﱧﺁﺑﱱﺔﲚﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺟﱺﻤﱦﻌﲘﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳄﳀ
- Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱲﺼﲔﻴﺒﱧﺔﲚ ﻓﱁﺒﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﲎ ﳁﳂﳅﳀ
- Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﲐﻤﱨﻌﱦﺠﲌﺰﲌﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﲎ ﳁﳃﳅﳀ
- Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘ ﭐﻟﱀﺠﱺﻮﱺﺍﺭﲌ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﻛﱔﭑﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁ﮳ﻢﲌ ﳁﳄﳅﳀ
- Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.
ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺸﱔﺄﱀ ﻳﱨﺴﱹﻜﲔﻦﲌ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﺢﱺ ﻓﱁﻴﱧﻈﱓﻠﱁﻠﱀﻦﱺ ﺭﱺﻭﱺﺍﻛﲔﺪﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻇﱔﻬﱹﺮﲌﻩﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺻﱺﺒﱱﺎﺭﲎ ﺷﱔﻜﱕﻮﺭﲍ ﳁﳅﳅﳀ
- Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.
ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﻮﺑﲐﻘﱀﻬﱻﻦﲄ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻒﱻ ﻋﱺﻦ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﲎ ﳁﳆﳅﳀ
- Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.
ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﺤﲔﻴﺺﲞ ﳁﳇﳅﳀ
- (Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).
ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻴﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﻤﱧﺘﱧ﮳ﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﻘﱁﻰﳎ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
- Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺠﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﻛﱔﺒﱧﳌﴣﲐﺮﱺ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱺ﮴ﺣﲔﺶﱔ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﻏﱔﻀﲔﺒﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
- Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺷﱕﻮﺭﱺﻯﳎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
- Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻰﱻ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﺘﱧﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
- Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
ﻭﱺﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﺍﲯ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﲚ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺢﱺ ﻓﱁﺄﱁﺟﱹﺮﱻﻩﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
- Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻧﺘﱧﺼﱺﺮﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻇﱕﻠﱀﻤﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲍ ﳁﳃﳆﳀ
- Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻭﱺﻳﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳆﳀ
- Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱧﻦ ﺻﱺﺒﱧﺮﱺ ﻭﱺﻏﱔﻔﱁﺮﱺ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻤﲘﻦﱹ ﻋﱺﺰﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳅﳆﳀ
- Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶﲩ ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺃﱁﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻫﱺﻞﱓ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺮﱺﺩﱰﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲎ ﳁﳆﳆﳀ
- Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: "Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?"
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻌﱦﺮﱺﺿﱻﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺬﱟﻝﱝﲌ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻃﱔﺮﱹﻑﲕ ﺧﱺﻔﲘﻰﲃﲦﲩ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﺴﲔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲎ ﻣﱲﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳇﳆﳀ
- Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal".
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻭﻧﱧﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲍ ﳁﳈﳆﳀ
- Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong - yang lain dari Allah - yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk).
ﭐﺳﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺒﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﻣﱧﺮﱺﺩﱱ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻠﱀﺠﱺﺈﲒ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﻜﲔﻴﺮﲎ ﳁﳉﳆﳀ
- Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﻋﱹﺮﱺﺿﱻﻮﺍﲯ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺣﱺﻔﲘﻴﻈﱖﺎﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂﲩ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺫﱧﻗﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻣﲘﻨﱱﺎ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻓﱁﺮﲌﺡﱺ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺼﲔﺒﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱈ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻛﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﳁﳊﳆﳀ
- Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.
ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻳﱧﻬﱺﺐﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺇﲐﻧﱧ﮳ﺜﱅﺎ ﻭﱺﻳﱧﻬﱺﺐﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﭐﻟﺬﱟﻛﱕﻮﺭﱺ ﳁﳋﳆﳀ
- Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﺰﱺﻭﲃﲌﺟﱻﻬﱻﻢﱦ ﺫﱨﻛﱓﺮﱺﺍﻧﱫﺎ ﻭﱺﺇﲐﻧﱧ﮳ﺜﱅﺎﲨ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻋﱺﻘﲘﻴﻤﱩﺎﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳂﳇﳀ
- Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﺒﱧﺸﱔﺮﲍ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻤﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﺣﱹﻴﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺁﴠﲤ ﺣﲔﺠﱺﺎﺏﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱔ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐ ﻓﱁﻴﱨﻮﺣﲔﻰﱺ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﲘﻰﲇ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳇﳀ
- Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺭﱻﻭﺣﱾﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻧﱧﺎﲬ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﺗﱧﺪﱹﺭﲌﻯ ﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱻ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻧﱨﻮﺭﱾﺍ ﻧﱱﻬﱹﺪﲘﻯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻧﱱﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻧﱧﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﺘﱧﻬﱹﺪﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳄﳇﳀ
- Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﱻ ﳁﳅﳇﳀ
- Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.