Al-Maaida (المائدة)
Bacaan Penuh Al-Maaida
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹﻓﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱨﻘﱂﻮﺩﲘﲬ ﺃﱂﺣﲔﻠﱋﺖﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﱧﻬﲌﻴﻤﱧﺔﱂ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﺤﲔﻠﱊﲘﻰ ﭐﻟﺼﲄﻴﱦﺪﲘ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺣﱻﺮﱻﻡﱪﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﳁﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺤﲔﻠﱌﻮﺍﲯ ﺷﱔﻌﱧﳌﴣﲐﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﺸﱞﻬﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱀﻬﱺﺪﱹﻯﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱀﻘﱁﻠﱁﳌﴣﲐﺪﱺ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺀﱧﺁﻣﱰﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱧ ﻳﱧﺒﱦﺘﱧﻐﱨﻮﻥﱧ ﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻧﱫﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻠﱁﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﭑﺻﱹﻄﱔﺎﺩﱨﻭﺍﲯﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺠﱹﺮﲌﻣﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻨﱧ﮲ﱧﺎﻥﱨ ﻗﱁﻮﱹﻡﲍ ﺃﱁﻥ ﺻﱺﺪﲅﻭﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﺍﲯﲪ ﻭﱺﺗﱧﻌﱧﺎﻭﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﲐﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱧﺎﻭﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱨﺪﱹﻭﱺ﮴ﻥﲌﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳄﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
ﺣﱻﺮﲃﲌﻣﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺘﱧﺔﱂ ﻭﱺﭐﻟﺪﲄﻡﱨ ﻭﱺﻟﱁﺤﱹﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﲔﻨﺰﲌﻳﺮﲌ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻫﲔﻞﱞ ﻟﲘﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱦﺨﱺﻨﲘﻘﱁﺔﱂ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﻗﱂﻮﺫﱧﺓﱨ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﺮﱺﺩﱰﲘﻳﱧﺔﱂ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻄﲔﻴﺤﱺﺔﱂ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻛﱔﻞﱔ ﭐﻟﺴﲄﺒﱨﻊﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺫﱧﻛﱞﻴﱦﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺫﱨﺑﲘﺢﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﺼﱻﺐﲌ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻘﱀﺴﲔﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱁﺯﱹﻟﱁ﮳ﻢﲌﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﺴﱹﻖﱽﲩ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﴣﲐﺲﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺧﱹﺸﱔﻮﱹﻥﲌﲬ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺃﱁﻛﱓﻤﱧﻠﱀﺖﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺩﲘﻳﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺗﱦﻤﱧﻤﱦﺖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻰ ﻭﱺﺭﱺﺿﲔﻴﺖﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵒﺳﱹﻠﱁ﮳ﻢﱧ ﺩﲘﻳﻨﱫﺎﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﺿﱹﻄﱕﺮﲄ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺨﱹﻤﱧﺼﱺﺔﲙ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﺘﱧﺠﱺﺎﻧﲘﻒﲖ ﵖﱝﲔﵒﺛﱀﻢﲎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳅﳀ
- Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻣﱧﺎﺫﱧﺁ ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﱻ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻮﱺﺍﺭﲌﺡﲠ ﻣﱨﻜﱔﻠﱊﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﺗﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻮﻧﱧﻬﱻﻦﲄ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻓﱁﻜﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺂ ﺃﱁﻣﱦﺴﱺﻜﱓﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﺳﱹﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳆﳀ
- Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"
ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﱻﲨ ﻭﱺﻃﱔﻌﱧﺎﻡﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺣﲔﻞﱣ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻃﱔﻌﱧﺎﻣﱨﻜﱕﻢﱦ ﺣﲔﻞﱣ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺼﱺﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺼﱺﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻫﱻﻦﲄ ﻣﱨﺤﱹﺼﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﺴﱺ﮳ﻔﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱨﺘﱱﺨﲔﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﺧﱹﺪﱺﺍﻥﲎﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺣﱺﺒﲐﻂﱔ ﻋﱺﻤﱧﻠﱂﻪﱨﲵ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳀ
- Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱂﻤﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﻓﱁﭑﻏﱓﺴﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱺﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱺﺍﻓﲘﻖﲌ ﻭﱺﭐﻣﱦﺴﱺﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﺮﱻﺀﱨﻭﺳﲔﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔﻌﱦﺒﱧﻴﱦﻦﲌﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺟﱻﻨﱨﺒﱫﺎ ﻓﱁﭑﻃﱞﻬﲄﺮﱻﻭﺍﲯﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱱﺮﱹﺿﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻭﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻔﱁﺮﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺃﱁﺣﱺﺪﱿ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﺂﴢﲐﻂﲔ ﺃﱁﻭﱹ ﻟﱁ﮳ﻤﱧﺴﱹﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺘﱧﻴﱧﻤﱱﻤﱨﻮﺍﲯ ﺻﱺﻌﲘﻴﺪﱾﺍ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱫﺎ ﻓﱁﭑﻣﱦﺴﱺﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻮﱻﺟﱻﻮﻫﲔﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨﲬ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﺮﱺﺝﲢ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﻟﲘﻴﱨﻄﱔﻬﲃﲌﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﺘﲘﻢﱱ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﱧﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻪﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻭﱺﺍﺛﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻃﱔﻌﱦﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳉﳀ
- Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﲄ﮴ﻣﲘﻴﻦﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺠﱹﺮﲌﻣﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻨﱧ﮲ﱧﺎﻥﱨ ﻗﱁﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱦﺪﲘﻟﱂﻮﺍﲯﲬ ﭐﻋﱹﺪﲘﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺏﱻ ﻟﲘﻠﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ﻭﱺﻋﱺﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻭﱺﺃﱁﺟﱹﺮﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳀ
- Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳂﳃﳀ
- Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﻫﱺﻢﱱ ﻗﱁﻮﱹﻡﱪ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺒﱦﺴﱻﻄﱕﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻜﱔﻒﲄ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻭﱺﺑﱧﻌﱧﺜﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﺛﱀﻨﱧﻰﱹ ﻋﱺﺸﱔﺮﱺ ﻧﱧﻘﲘﻴﺒﱫﺎﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦﲨ ﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺃﱁﻗﱁﻤﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﺮﱻﺳﱻﻠﲘﻰ ﻭﱺﻋﱺﺰﲄﺭﱹﺗﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺿﱹﺘﱨﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺮﱹﺿﱼﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎ ﵖﱞﵑﱂﻛﱔﻔﱊﲘﺮﱺﻥﱱ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵑﱂﺩﱦﺧﲔﻠﱁﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺿﱺﻞﱞ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱧ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﳁﳄﳃﳀ
- Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"
ﻓﱁﺒﲐﻤﱧﺎ ﻧﱧﻘﱀﻀﲔﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻨﱱ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁ﮳ﺴﲔﻴﱧﺔﱅﲨ ﻳﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔﻠﲘﻢﱧ ﻋﱺﻦ ﻣﱱﻮﱺﺍﺿﲔﻌﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻧﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﺣﱺﻈﱢﺎ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺰﱺﺍﻝﱕ ﺗﱧﻄﱞﻠﲘﻊﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺧﱺﺂﴢﲐﻨﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﻋﱹﻒﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺻﱹﻔﱁﺢﱹﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
- Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻨﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﺣﱺﻈﱢﺎ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﺄﱁﻏﱓﺮﱺﻳﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺪﱺﺍﻭﱺﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻀﱺﺂﺀﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﻭﱺﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺼﱹﻨﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
- Dan di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻨﱧﺎ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﲎﲬ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻧﱨﻮﺭﱿ ﻭﱺﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳇﳃﳀ
- Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻊﱧ ﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻧﱧﻪﱨﲵ ﺳﱻﺒﱨﻞﱔ ﭐﻟﺴﲄﻠﱁ﮳ﻢﲌ ﻭﱺﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳈﳃﳀ
- Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻤﱦﻠﲘﻚﱕ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻬﱹﻠﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱺ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﺃﱂﻣﱱﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎﲩ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎﲬ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳉﳃﳀ
- Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱨ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﳌﺆﱻﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﺣﲔﺒﱱﳌﺆﱻﻩﱨﲵﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﻠﲘﻢﱧ ﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺑﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻜﱕﻢﲨ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺﲬ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳊﳃﳀ
- Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻨﱧﺎ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻓﱁﺘﱦﺮﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﺸﲔﻴﺮﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﲎﲨ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﺑﱧﺸﲔﻴﺮﱿ ﻭﱺﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳃﳀ
- Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): "Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)". Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻓﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﲲﺒﲐﻴﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻜﱕﻢ ﻣﱲﻠﱂﻮﻛﱘﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﺕﲔ ﺃﱁﺣﱺﺪﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳄﳀ
- Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)".
ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺪﲄﺳﱺﺔﱁ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱔﺘﱧﺐﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺮﱹﺗﱧﺪﲅﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺩﱦﺑﱧﺎﺭﲌﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳄﳀ
- (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﺟﱺﺒﱱﺎﺭﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻦ ﻧﱱﺪﱹﺧﱻﻠﱁﻬﱺﺎ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﺎ ﺩﱧ﮴ﺧﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
- Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺟﱻﵝﱁﵗﻥﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻤﱧﺎ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﺏﱺ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺩﱧﺧﱺﻠﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻏﱔ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳀ
- Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻦ ﻧﱱﺪﱹﺧﱻﻠﱁﻬﱺﺂ ﺃﱁﺑﱧﺪﱾﺍ ﻣﱱﺎ ﺩﱧﺍﻣﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁﭑﺫﱦﻫﱺﺐﱹ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻓﱁﻘﱁ﮳ﺘﲘﵝﱁﵚ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻫﱺ﮳ﻬﱻﻨﱧﺎ ﻗﱁ﮳ﻌﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
- Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﵖﱔﵓ ﺃﱁﻣﱦﻠﲘﻚﱕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻰ ﻭﱺﺃﱁﺧﲔﻰﲨ ﻓﱁﭑﻓﱀﺮﱻﻕﱹ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
- Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﻣﱨﺤﱺﺮﲄﻣﱧﺔﱄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲭ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﺳﱺﻨﱧﺔﱅﲭ ﻳﱧﺘﲘﻴﻬﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺄﱀﺱﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳄﳀ
- Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".
ﲿ ﻭﱺﭐﺗﱦﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧﺒﱧﺄﱁ ﭐﺑﱦﻨﱧﻰﱹ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺮﲄﺑﱧﺎ ﻗﱂﺮﱹﺑﱧﺎﻧﱫﺎ ﻓﱁﺘﱨﻘﱂﺒﱰﲐﻞﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺣﱺﺪﲘﻫﲔﻤﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺘﱧﻘﱁﺒﱱﻞﱓ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﱔﵑﱁﻗﱀﺘﱨﻠﱁﻨﱱﻚﱔﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺘﱧﻘﱁﺒﱱﻞﱕ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳀ
- Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
ﻟﱁﴣﲐﻦﲲ ﺑﱧﺴﱺﻄﺖﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻳﱧﺪﱺﻙﱔ ﻟﲘﺘﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱁﻨﲘﻰ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺑﲐﺒﱧﺎﺳﲔﻂﲖ ﻳﱧﺪﲘﻯﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﵖﲔﵑﱁﻗﱀﺘﱨﻠﱁﻚﱔﲨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺏﲄ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳄﳀ
- "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﺭﲌﻳﺪﱻ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺒﱨﻮﳒﺃﱁ ﺑﲐﺈﲐﺛﱀﻤﲘﻰ ﻭﱺﺇﲐﺛﱀﻤﲘﻚﱔ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲬ ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﺍﲯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
- "Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".
ﻓﱁﻄﱔﻮﲄﻋﱺﺖﱹ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻧﱧﻔﱀﺴﱻﻪﱨﲵ ﻗﱁﺘﱦﻞﱔ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﻓﱁﻘﱁﺘﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺢﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳅﳀ
- Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
ﻓﱁﺒﱧﻌﱧﺚﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱕﺮﱺﺍﺑﱫﺎ ﻳﱧﺒﱦﺤﱺﺚﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻟﲘﻴﱨﺮﲌﻳﱧﻪﱨﲵ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱨﻮﱺ﮴ﺭﲌﻯ ﺳﱺﻮﱹﺀﱧﺓﱧ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﺘﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱺﺠﱺﺰﱹﺕﱻ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻛﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﺜﱀﻞﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻐﱨﺮﱺﺍﺏﲌ ﻓﱁﺄﱂﻭﱺ﮴ﺭﲌﻯﱺ ﺳﱺﻮﱹﺀﱧﺓﱧ ﺃﱁﺧﲔﻰﲨ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺢﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱ﮳ﺪﲘﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
- Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.
ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﻞﲌ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻛﱔﺘﱧﺒﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻗﱁﺘﱧﻞﱔ ﻧﱧﻔﱀﺴﲀﺎ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻧﱧﻔﱀﺲﲝ ﺃﱁﻭﱹ ﻓﱁﺴﱺﺎﺩﲚ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻜﱔﺄﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻗﱁﺘﱧﻞﱔ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺎﻫﱺﺎ ﻓﱁﻜﱔﺄﱁﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻟﱁﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
- Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺤﱺﺎﺭﲌﺑﱨﻮﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﻌﱧﻮﱹﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﺴﱺﺎﺩﱩﺍ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻘﱁﺘﱱﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﺼﱺﻠﱋﺒﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱨﻘﱁﻄﱞﻊﱧ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﱂﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﲔﻠﱁ﮳ﻒﲕ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﻨﻔﱁﻮﱹﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺧﲔﺰﱹﻯﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳅﳅﳀ
- Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳆﳅﳀ
- Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﺑﱦﺘﱧﻐﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻮﱺﺳﲔﻴﻠﱁﺔﱁ ﻭﱺﺟﱺ﮳ﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﻟﲘﻴﱧﻔﱀﺘﱧﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﻘﱂﺒﱰﲐﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳈﳅﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﺨﱺ﮳ﺮﲌﺟﲌﻴﻦﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳉﳅﳀ
- Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.
ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺎﺭﲌﻕﱻ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺎﺭﲌﻗﱁﺔﱂ ﻓﱁﭑﻗﱀﻄﱔﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱭ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺎ ﻧﱧﻜﱔ﮳ﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳅﳀ
- Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﺎﺏﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻇﱕﻠﱀﻤﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺢﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱪ ﳁﳋﳅﳀ
- Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳂﳆﳀ
- Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﲿ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﺄﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻦ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦﲭ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯﲭ ﺳﱺﻤﱱ﮳ﻌﱨﻮﻥﱧ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔﺬﲘﺏﲌ ﺳﱺﻤﱱ﮳ﻌﱨﻮﻥﱧ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲍ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻙﱔﲨ ﻳﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔﻠﲘﻢﱧ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﻮﱺﺍﺿﲔﻌﲘﻪﲘﲶﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱂﻭﺗﲘﻴﺘﱨﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﺨﱻﺬﱕﻭﻩﱨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱨﺆﱹﺗﱧﻮﱹﻩﱨ ﻓﱁﭑﺣﱹﺬﱔﺭﱻﻭﺍﲯﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺮﲌﺩﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺘﱧﻪﱨﲵ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﺗﱧﻤﱦﻠﲘﻚﱔ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺮﲌﺩﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻄﱔﻬﲃﲌﺮﱺ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺧﲔﺰﱹﻯﱿﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳆﳀ
- Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
ﺳﱺﻤﱱ﮳ﻌﱨﻮﻥﱧ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔﺬﲘﺏﲌ ﺃﱁﻛﱞ﮳ﻠﱂﻮﻥﱧ ﻟﲘﻠﺴﲅﺤﱹﺖﲔﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻙﱔ ﻓﱁﭑﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﻌﱦﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﻙﱔ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺣﱺﻜﱔﻤﱦﺖﱺ ﻓﱁﭑﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱀﺴﲔﻄﲔﻴﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
- Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
ﻭﱺﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱨﺤﱺﻜﱝﲔﻤﱨﻮﻧﱧﻚﱔ ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱂ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺣﱻﻜﱓﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﻥﱧ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲬ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
- Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﻧﱨﻮﺭﱿﲬ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱲﻮﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺑﱱ﮳ﻨﲘﻴﱲﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺒﱧﺎﺭﱻ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱨﺤﱹﻔﲘﻈﱕﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧﲬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱻﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻭﱺﭐﺧﱹﺸﱔﻮﱹﻥﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
- Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
ﻭﱺﻛﱔﺘﱧﺒﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﻨﱱﻔﱀﺲﱺ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﻔﱀﺲﲜ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧﻴﱦﻦﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﻴﱦﻦﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻧﻒﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱁﻧﻒﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﺫﱨﻥﱧ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱂﺫﱨﻥﲌ ﻭﱺﭐﻟﺴﲃﲔﻦﲄ ﺑﲐﭑﻟﺴﲃﲔﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﱻﺮﱻﻭﺡﱺ ﻗﲘﺼﱺﺎﺹﱿﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﺼﱺﺪﲄﻕﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻛﱔﻔﱋﺎﺭﱺﺓﱬ ﻟﱋﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
- Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﻗﱁﻔﱋﻴﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺛﱁ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢ ﺑﲐﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﲌ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘﲨ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﻧﱨﻮﺭﱿ ﻭﱺﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﻣﱧﻮﱹﻋﲔﻈﱔﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
- Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﲌ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
- Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻣﱨﻬﱺﻴﱦﻤﲘﻨﱩﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲨ ﻓﱁﭑﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱦ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺷﲔﺮﱹﻋﱺﺔﱅ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎﺟﱾﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻟﱊﲘﻴﱧﺒﱦﻠﱂﻮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺒﲐﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔﲬ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻓﱁﻴﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺗﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
- Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
ﻭﱺﺃﱁﻥﲌ ﭐﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱦ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺣﱹﺬﱔﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻔﱀﺘﲘﻨﱨﻮﻙﱔ ﻋﱺﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺾﲜ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﭑﻋﱹﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺼﲔﻴﺒﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲜ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
- Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
ﺃﱁﻓﱁﺤﱻﻜﱓﻢﱧ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﲘﻴﱱﺔﲘ ﻳﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻥﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
- Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
ﲿ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱧ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﲪ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱨ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
ﻓﱁﺘﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱺﺽﱿ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻧﱧﺨﱹﺸﱔﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺼﲔﻴﺒﱧﻨﱧﺎ ﺩﱧﺁﴢﲐﺮﱺﺓﱬﲬ ﻓﱁﻌﱧﺴﱺﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﻔﱁﺘﱦﺢﲠ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘﻩﲘﲶ ﻓﱁﻴﱨﺼﱹﺒﲐﺤﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱺﺮﲅﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧ﮳ﺪﲘﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳀ
- Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺟﱺﻬﱹﺪﱺ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻤﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﺣﱺﺒﲐﻄﱔﺖﱹ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
- Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺮﱹﺗﱧﺪﲄ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺩﲘﻳﻨﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻧﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺫﲘﻟﱋﺔﲙ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺃﱁﻋﲔﺰﲄﺓﲙ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﻬﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﻟﱁﻮﱹﻣﱧﺔﱁ ﵖﱔﵓﴢﲐﻢﲎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻀﱹﻞﱕ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳆﳇﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻭﱺﻟﲘﻴﱲﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﺭﱺ﮴ﻛﲔﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
- Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻝﱞ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﺣﲔﺰﱹﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳇﳀ
- Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﺩﲘﻳﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻫﱻﺰﱻﻭﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﻌﲘﺒﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱋﺎﺭﱺ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻧﱧﺎﺩﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﻫﱺﺎ ﻫﱻﺰﱻﻭﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﻌﲘﺒﱫﺎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
- Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻫﱺﻞﱓ ﺗﱧﻨﻘﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱱﺂ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang orang yang fasik".
ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺﻞﱓ ﺃﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺸﱔﺮﲃﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺜﱂﻮﺑﱧﺔﱃ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻣﱧﻦ ﻟﱋﻌﱧﻨﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻏﱔﻀﲔﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﲘﺮﱺﺩﱧﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺨﱺﻨﱧﺎﺯﲌﻳﺮﱺ ﻭﱺﻋﱺﺒﱧﺪﱺ ﭐﻟﻄﱞ﮳ﻐﱨﻮﺕﱺﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺷﱔﺮﲉ ﻣﱱﻜﱔﺎﻧﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﺿﱺﻞﱟ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﳁﳂﳈﳀ
- Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻛﱕﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻭﱺﻗﱁﺪ ﺩﱱﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﺮﱺﺟﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
- Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata: "Kami telah beriman". Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar (dari sisi kamu) dengan kekufurannya juga; dan (hendaklah mereka ingat), Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯﳎ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱨﺪﱹﻭﱺ﮴ﻥﲌ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﻠﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺴﲅﺤﱹﺖﱺﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
- Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﱦﻬﱺﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄﺑﱱ﮳ﻨﲘﻴﱲﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺒﱧﺎﺭﱻ ﻋﱺﻦ ﻗﱁﻮﱹﻟﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﱧ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﻠﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺴﲅﺤﱹﺖﱺﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺼﱹﻨﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
- Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱨ ﻳﱧﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﻐﱦﻠﱂﻮﻟﱁﺔﱄﲬ ﻏﱕﻠﱋﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱂﻌﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯﲪ ﺑﱧﻞﱓ ﻳﱧﺪﱺﺍﻩﱨ ﻣﱧﺒﱦﺴﱻﻮﻃﱔﺘﱧﺎﻥﲌ ﻳﱨﻨﻔﲘﻖﱻ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﻟﱁﻴﱧﺰﲌﻳﺪﱺﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻃﱕﻐﱦﻴﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﻛﱕﻔﱀﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺪﱺ﮴ﻭﱺﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻀﱺﺂﺀﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹﻗﱁﺪﱻﻭﺍﲯ ﻧﱧﺎﺭﱾﺍ ﻟﱊﲘﻠﱀﺤﱺﺮﱹﺏﲌ ﺃﱁﻃﱓﻔﱁﺄﱁﻫﱺﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﻌﱧﻮﱹﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﺴﱺﺎﺩﱫﺍﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳆﳈﳀ
- Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﺃﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﻟﱁﻜﱔﻔﱋﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵑﱁﺩﱦﺧﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳇﳈﳀ
- Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵑﱁﻛﱔﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺖﲔ ﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﲘﻬﲌﻢﲬ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺼﲔﺪﱺﺓﱬﲨ ﻭﱺﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
- Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.
ﲿ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﺑﱧﻠﱊﲘﻎﱀ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱓ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺑﱧﻠﱋﻐﱦﺖﱺ ﺭﲌﺳﱺﺎﻟﱁﺘﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﺼﲔﻤﱨﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
- Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﺴﱹﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﻟﱁﻴﱧﺰﲌﻳﺪﱺﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻃﱕﻐﱦﻴﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﻛﱕﻔﱀﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺄﱀﺱﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳈﳀ
- Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐ﮲ﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻣﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﵝﱅﵗﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱛ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻬﱹﻮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
- Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.
ﻭﱺﺣﱺﺴﲔﺒﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱆ ﻓﱁﻌﱧﻤﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺻﱺﻤﱲﻮﺍﲯ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﺎﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻋﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺻﱺﻤﱲﻮﺍﲯ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
- Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana, lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱓ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻪﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﲎ ﳁﳄﳉﳀ
- Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺛﱁﺎﻟﲘﺚﱻ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﲚﲪ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻨﺘﱧﻬﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻟﱁﻴﱧﻤﱧﺴﲄﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱪ ﳁﳅﳉﳀ
- Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺘﱨﻮﺑﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻧﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳆﳉﳀ
- Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻣﱱﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻪﲘ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕ ﻭﱺﺃﱂﻣﱲﻪﱨﲵ ﺻﲔﺪﲃﲘﻳﻘﱁﺔﱆﲨ ﻛﱔﺎﻧﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﵝﱁﵗﻥﲌ ﭐﻟﻄﱞﻌﱧﺎﻡﱧﲩ ﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻧﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱨﺆﱹﻓﱁﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
- Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻤﱦﻠﲘﻚﱕ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺿﱺﺮﲈﺍ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﻔﱀﻌﱫﺎﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳈﳉﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻐﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺩﲘﻳﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻗﱁﺪﱹ ﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﺃﱁﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﳁﳉﳉﳀ
- Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"
ﻟﱂﻌﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻟﲘﺴﱺﺎﻥﲌ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﲌ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﺼﱺﻮﺍﲯ ﻭﲄﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳉﳀ
- Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺘﱧﻨﱧﺎﻫﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﻣﱲﻨﻜﱔﺮﲎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱂﻮﻩﱨﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
- Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
ﺗﱧﺮﱺﻯﳎ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺳﱺﺨﲔﻂﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻫﱻﻢﱦ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
- Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﺎ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳊﳀ
- Sekirany mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.
ﲿ ﻟﱁﺘﱧﺠﲌﺪﱺﻥﱱ ﺃﱁﺷﱔﺪﲄ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻋﱺﺪﱺ﮴ﻭﱺﺓﱫ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﺠﲌﺪﱺﻥﱱ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺑﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻮﱺﺩﱱﺓﱫ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻗﲘﺴﲃﲔﻴﺴﲔﻴﻦﱺ ﻭﱺﺭﱻﻫﱹﺒﱧﺎﻧﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
- Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺳﱺﻤﲘﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﺗﱧﺮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﻔﲘﻴﺾﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺪﲄﻣﱦﻊﲠ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻋﱺﺮﱺﻓﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻓﱁﭑﻛﱓﺘﱨﺒﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
- Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻧﱧﻄﱓﻤﱧﻊﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻠﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
- "Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh"
ﻓﱁﺄﱁﺛﱁ﮳ﺒﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
- Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳊﳀ
- Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻣﱨﻮﺍﲯ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺣﱺﻞﱞ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱦﺘﱧﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
ﻭﱺﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺣﱺﻠﱁ﮳ﵝﱅﵗ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱫﺎﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
- Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱺﺍﺧﲔﺬﱕﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﭑﻟﻠﱋﻐﱦﻮﲌ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﺆﱺﺍﺧﲔﺬﱕﻛﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻘﱋﺪﺗﱲﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺﲨ ﻓﱁﻜﱔﻔﱋ﮳ﺮﱺﺗﱨﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻃﱓﻌﱧﺎﻡﱨ ﻋﱺﺸﱔﺮﱺﺓﲘ ﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻭﱹﺳﱺﻂﲔ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﻄﱓﻌﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﲔﺴﱹﻮﱺﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﺤﱹﺮﲌﻳﺮﱻ ﺭﱺﻗﱁﺒﱧﺔﲚﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺠﲌﺪﱹ ﻓﱁﺼﲔﻴﱧﺎﻡﱨ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻛﱔﻔﱋ﮳ﺮﱺﺓﱨ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻠﱁﻔﱀﺘﱨﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﺣﱹﻔﱁﻈﱕﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳊﳀ
- Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﺨﱺﻤﱦﺮﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺴﲔﺮﱻ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻧﺼﱺﺎﺏﱻ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺯﱹﻟﱁ﮳ﻢﱨ ﺭﲌﺟﱹﺲﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﻤﱧﻞﲌ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌ ﻓﱁﭑﺟﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﻩﱨ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳋﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻮﻗﲘﻊﱧ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺪﱺ﮴ﻭﱺﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻀﱺﺂﺀﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻤﱦﺮﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺴﲔﺮﲌ ﻭﱺﻳﱧﺼﱻﺪﲄﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘﲨ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﻨﺘﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳃﳋﳀ
- Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﻭﱺﭐﺣﱹﺬﱔﺭﱻﻭﺍﲯﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻴﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﭑﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳄﳋﳀ
- Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱿ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻃﱔﻌﲘﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﺍﲯ ﻭﲄﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﺍﲯ ﻭﲄﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﺍﲯ ﻭﲄﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻨﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳋﳀ
- Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻴﱧﺒﱦﻠﱂﻮﱺﻧﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄﻴﱦﺪﲘ ﺗﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﲌﻣﱧﺎﺣﱻﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻋﱹﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻠﱁﻪﱨﲵ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳋﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah terkena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepadaNya semasa ia tidak melihatNya semasa ia tidak dilihat orang. Oleh itu, sesiapa yang melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻴﱦﺪﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺣﱻﺮﱻﻡﱬﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻗﱁﺘﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱲﺘﱧﻌﱧﻤﱰﲘﺪﱾﺍ ﻓﱁﺠﱺﺰﱺﺁﺀﱬ ﻣﱰﲘﺜﱀﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺘﱧﻞﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﻌﱧﻢﲌ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺫﱧﻭﱺﺍ ﻋﱺﺪﱹﻝﲎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻫﱺﺪﱹﻳﱭﺎ ﺑﱧ﮳ﻠﲘﻎﱁ ﭐﻟﱀﻜﱔﻌﱦﺒﱧﺔﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﻔﱋ﮳ﺮﱺﺓﱬ ﻃﱔﻌﱧﺎﻡﱨ ﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﱺ ﺃﱁﻭﱹ ﻋﱺﺪﱹﻝﱕ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺻﲔﻴﱧﺎﻣﱫﺎ ﻟﱊﲘﻴﱧﺬﱕﻭﻕﱺ ﻭﱺﺑﱧﺎﻝﱔ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶﲩ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺳﱺﻠﱁﻒﱺﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﺎﺩﱧ ﻓﱁﻴﱧﻨﺘﱧﻘﲘﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱿ ﺫﱨﻭ ﭐﻧﺘﲘﻘﱁﺎﻡﲍ ﳁﳇﳋﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.
ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺻﱺﻴﱦﺪﱻ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﻭﱺﻃﱔﻌﱧﺎﻣﱨﻪﱨﲵ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻌﱫﺎ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻠﺴﲄﻴﱱﺎﺭﱺﺓﲘﲨ ﻭﱺﺣﱻﺮﲃﲌﻡﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺻﱺﻴﱦﺪﱻ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲃﲌ ﻣﱧﺎ ﺩﱨﻣﱦﺘﱨﻢﱦ ﺣﱻﺮﱻﻣﱫﺎﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
- Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.
ﲿ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔﻌﱦﺒﱧﺔﱁ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱧ ﻗﲘﻴﱧ﮳ﻤﱫﺎ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻬﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻬﱺﺪﱹﻯﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻠﱁﳌﴣﲐﺪﱺﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﲘﺘﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳉﳋﳀ
- Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳋﳀ
- Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).
ﻣﱱﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
- Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﱻ ﻭﱺﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺐﱻ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﺒﱧﻚﱔ ﻛﱔﺜﱀﺮﱺﺓﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﲔﲬ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﳌﺄﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳃﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﺷﱓﻴﱧﺂﺀﱧ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺪﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺴﱻﺆﱹﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﻳﱨﻨﱧﺰﲄﻝﱕ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱨ ﺗﱨﺒﱦﺪﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱽ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳂﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
ﻗﱁﺪﱹ ﺳﱺﺄﱁﻟﱁﻬﱺﺎ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳂﳃﳀ
- Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada Nabi mereka) oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya).
ﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﺤﲔﻴﺮﱺﺓﲚ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺳﱺﺂﴢﲐﺒﱧﺔﲚ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻭﱺﺻﲔﻴﻠﱁﺔﲚ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺣﱺﺎﻡﲎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﲘﺏﱺﲨ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳂﳃﳀ
- Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻮﱹﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﱺﺴﱹﺒﱨﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺂﲬ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳂﳃﳀ
- Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦﲨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻛﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﺿﱺﻞﱞ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﻫﱹﺘﱧﺪﱺﻳﱦﺘﱨﻢﱦﲬ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻓﱁﻴﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳂﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻀﱺﺮﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﱺﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱻ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﺻﲔﻴﱱﺔﲘ ﭐﺛﱀﻨﱧﺎﻥﲌ ﺫﱧﻭﱺﺍ ﻋﱺﺪﱹﻝﲎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱺﺍﻥﲌ ﻣﲘﻦﱹ ﻏﱔﻴﱦﺮﲌﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺿﱺﺮﱺﺑﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﺄﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﺘﱦﻜﱕﻢ ﻣﱲﺼﲔﻴﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲬ ﺗﱧﺤﱹﺒﲐﺴﱻﻮﻧﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﻓﱁﻴﱨﻘﱀﺴﲔﻤﱧﺎﻥﲌ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﺭﱹﺗﱧﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻧﱧﺸﱓﺘﱧﺮﲌﻯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧﺍ ﻗﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﻜﱓﺘﱨﻢﱨ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻤﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﺛﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳂﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa".
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﻋﱻﺜﲘﺮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﺤﱺﻘﱋﺂ ﺇﲐﺛﱀﻤﱫﺎ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺧﱺﺮﱺﺍﻥﲌ ﻳﱧﻘﱂﻮﻣﱧﺎﻥﲌ ﻣﱧﻘﱁﺎﻣﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﺤﱺﻖﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﱹﻟﱁﻴﱧ﮳ﻦﲌ ﻓﱁﻴﱨﻘﱀﺴﲔﻤﱧﺎﻥﲌ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﺸﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺗﱨﻨﱧﺂ ﺃﱁﺣﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺗﲘﻬﲌﻤﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻋﱹﺘﱧﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳂﳃﳀ
- Kemudian jika didapati bahawa kedua saksi itu (sesudah bersumpah) ada melakukan dosa (kerana berdusta atau mengkhianati dalam perkara yang mereka menjadi saksi itu), maka hendaklah dua orang yang lain menggantikan tempat mereka dari waris-waris si mati lebih dekat, yang lebih berhak (menuntut dan memberi keterangan yang sebenarnya), kemudian mereka bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata): "Demi sesungguhnya, persaksian kami lebih berhak diterima daripada persaksian kedua saksi itu (yang telah nyata berdusta), dan kami tidak melampaui batas, (kerana jika kami berbuat demikian) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻬﱺﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺮﱺﺩﱱ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻦﲁ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﺳﱹﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳂﳃﳀ
- (Hukum-hukum dan peraturan menjadi saksi) yang tersebut itu adalah jalan yang lebih dekat untuk mereka memberi keterangan persaksian menurut cara yang sebenarnya, atau untuk mereka merasa takut akan ditolak sumpah mereka (kepada waris-waris si mati) sesudah mereka bersumpah (yang akan mendedahkan kecurangan mereka). Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, dan dengarlah dengan patuh (segala perintahNya), dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
ﲿ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﺠﱹﻤﱧﻊﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱔ ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻣﱧﺎﺫﱧﺁ ﺃﱂﺟﲌﺒﱦﺘﱨﻢﱦﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻋﲔﻠﱀﻢﱧ ﻟﱁﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱋ﮳ﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱨﻴﱨﻮﺏﲌ ﳁﳋﳂﳃﳀ
- (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib"
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱹ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﺗﲘﻚﱔ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻳﱱﺪﺗﱲﻚﱔ ﺑﲐﺮﱻﻭﺡﲠ ﭐﻟﱀﻘﱂﺪﱻﺱﲜ ﺗﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﻬﱹﺪﲘ ﻭﱺﻛﱔﻬﱹﵝﱅﵗﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻋﱺﻠﱋﻤﱦﺘﱨﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱝﲔﻴﻦﲌ ﻛﱔﻬﱺﻴﱦ﮲ﱧﺔﲘ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻰ ﻓﱁﺘﱧﻨﻔﱂﺦﱻ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻃﱔﻴﱦﺮﲀﺍ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻰﲨ ﻭﱺﺗﱨﺒﱦﺮﲌﺉﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻛﱓﻤﱧﻪﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺮﱺﺹﱺ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻰﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺗﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻰﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻛﱔﻔﱁﻔﱀﺖﱻ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻋﱺﻨﻚﱔ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﲌﺌﱦﺘﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺳﲔﺤﱹﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳂﳃﳃﳀ
- (Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata"
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﺖﱻ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻮﱺﺍﺭﲌﻳﱰﲐﳑﻦﱺ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻰ ﻭﱺﺑﲐﺮﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻰ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻭﱺﭐﺷﱓﻬﱺﺪﱹ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻨﱧﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳃﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)"
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﻮﱺﺍﺭﲌﻳﱲﻮﻥﱧ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻊﱨ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﺂﴢﲐﺪﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳃﳃﳀ
- Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺄﱀﻛﱕﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﺗﱧﻄﱓﻤﱧﴣﲐﻦﲄ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻨﱧﺎ ﻭﱺﻧﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺪﱹ ﺻﱺﺪﱺﻗﱀﺘﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻧﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳃﳃﳀ
- Mereka berkata: "Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﭐﻟﻠﱋﻬﱻﻢﱱ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﲌﻝﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﺂﴢﲐﺪﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻋﲔﻴﺪﱾﺍ ﵖﱝﲔﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﺧﲔﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﻚﱔﲨ ﻭﱺﭐﺭﱹﺯﱻﻗﱀﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺯﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳃﳀ
- Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻟﱂﻬﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﱧﻌﱦﺪﱻ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﻋﱺﺬﱝﲘﺑﱨﻪﱨﲵ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﵖﱞﵓ ﺃﱂﻋﱺﺬﱝﲘﺑﱨﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺣﱺﺪﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳃﳀ
- Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﺀﱧﺃﱁﻧﺖﱺ ﻗﱂﻠﱀﺖﱺ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﭐﺗﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻧﲘﻰ ﻭﱺﺃﱂﻣﱰﲘﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱺﻴﱦﻦﲌ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﲘﻰﳒ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻗﱂﻮﻝﱔ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﲘﻰ ﺑﲐﺤﱺﻖﲃﲍﲬ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱻ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻪﱨﲵ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﺘﱧﻪﱨﲵﲬ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻰ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻚﱔﲬ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱋ﮳ﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱨﻴﱨﻮﺏﲌ ﳁﳈﳃﳃﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
ﻣﱧﺎ ﻗﱂﻠﱀﺖﱻ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻣﱧﺮﱹﺗﱧﻨﲘﻰ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱕﻨﺖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱾﺍ ﻣﱱﺎ ﺩﱨﻣﱦﺖﱻ ﻓﲘﻴﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺗﱧﻮﱺﻓﱋﻴﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﺮﲄﻗﲘﻴﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱽ ﳁﳉﳃﳃﳀ
- "Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.
ﺇﲐﻥ ﺗﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺑﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱨﻙﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳃﳃﳀ
- "Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﺻﲔﺪﱹﻗﱂﻬﱻﻢﱦﲬ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﺑﱧﺪﱾﺍﲨ ﺭﲄﺿﲔﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺿﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳃﳃﳀ
- Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".
ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﲌﻦﲄﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﲁ ﳁﳂﳄﳃﳀ
- Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.