Al-Hashr (الحشر)
Bacaan Penuh Al-Hashr
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﺳﱺﺒﱱﺢﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳃﳀ
- Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﺧﱹﺮﱺﳪﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﵖﲔﵑﱁﻭﲄﻝﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﺸﱓﺮﲌﲬ ﻣﱧﺎ ﻇﱔﻨﱧﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﻇﱔﻨﱲﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎﻧﲘﻌﱧﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﺣﱻﺼﱻﻮﻧﱨﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺄﱁﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺘﱧﺴﲔﺒﱨﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﻗﱁﺬﱔﻑﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺮﲅﻋﱹﺐﱺﲬ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺑﱨﻮﻥﱧ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﺄﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻓﱁﭑﻋﱹﺘﱧﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﲌ ﳁﳄﳀ
- Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥ ﻛﱔﺘﱧﺐﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﵝﱁﵚﺀﱧ ﻟﱁﻌﱧﺬﱞﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳅﳀ
- Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﺂﻗﱌﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺸﱔﺂﻕﲃﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳆﳀ
- (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.
ﻣﱧﺎ ﻗﱁﻄﱔﻌﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻟﱊﲘﻴﻨﱧﺔﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﺮﱺﻛﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱺﺎ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱧﺔﱃ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱂﺻﱻﻮﻟﳨﻬﱺﺎ ﻓﱁﺒﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﺨﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳀ
- Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻓﱁﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹﺟﱺﻔﱀﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﻞﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺭﲌﻛﱔﺎﺏﲎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺴﱺﻠﱊﲘﻂﱕ ﺭﱻﺳﱻﻠﱁﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳈﳀ
- Dan apajua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻣﱱﺂ ﺃﱁﻓﱁﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯﳎ ﻓﱁﻠﲘﻠﱋﻪﲘ ﻭﱺﻟﲘﻠﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﻭﱺﻟﲘﺬﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﲌ ﻭﱺﭐﺑﱦﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﻛﱔﻰﱹ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﺩﱨﻭﻟﱁﺔﱇ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻏﱓﻨﲘﻴﱧﺂﺀﲘ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﻓﱁﺨﱻﺬﱕﻭﻩﱨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﻬﱺﯩﳎﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﻬﱻﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳉﳀ
- Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
ﻟﲘﻠﱀﻔﱂﻘﱁﺮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﻬﱺ﮳ﺠﲌﺮﲌﻳﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﺒﱦﺘﱧﻐﱨﻮﻥﱧ ﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻧﱫﺎ ﻭﱺﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵﳒﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳀ
- (Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺒﱧﻮﲄﺀﱨﻭ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﻣﱧﻦﱹ ﻫﱺﺎﺟﱺﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺠﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﺣﱺﺎﺟﱺﺔﱅ ﻣﱰﲘﻤﱱﺂ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﺛﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺧﱺﺼﱺﺎﺻﱺﺔﱆﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻮﻕﱺ ﺷﱕﺢﲄ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳀ
- Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﵖﲔﵒﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻨﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺳﱺﺒﱧﻘﱂﻮﻧﱧﺎ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱓ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻨﱧﺎ ﻏﲔﵝﱏﵗ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺭﱺﺀﱨﻭﻑﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱪ ﳁﳂﳃﳀ
- Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
ﲿ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻧﱧﺎﻓﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﵖﲔﵒﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱹﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻨﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱺﻦﲄ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱨﻄﲔﻴﻊﱨ ﻓﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺣﱺﺪﱼﺍ ﺃﱁﺑﱧﺪﱾﺍ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻗﱂﻮﺗﲘﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻨﱧﻨﺼﱻﺮﱺﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
- Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.
ﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱻﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﻥﱧ ﻣﱧﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻗﱂﻮﺗﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻭﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻧﱱﺼﱺﺮﱻﻭﻫﱻﻢﱦ ﻟﱁﻴﱨﻮﱺﻟﱌﻦﲄ ﭐﵖﱓﵑﱁﺩﱦﺑﱧ﮳ﺮﱺ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
- Demi sesungguhnya! Jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya; dan demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya; dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya - Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan, -
ﵖﱔﵑﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﺷﱔﺪﲅ ﺭﱺﻫﱹﺒﱧﺔﱅ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻫﲔﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻔﱀﻘﱁﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳅﳃﳀ
- (Kerana) sesungguhnya kamu - dalam hati mereka, - sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱩﺎ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﺮﱾﻯ ﻣﱲﺤﱺﺼﲄﻨﱧﺔﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﲘ ﺟﱻﺪﱻﺭﲏﲬ ﺑﱧﺄﱀﺳﱻﻬﱻﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱿﲬ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﺘﱱﻰﳎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
- (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).
ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻗﱁﺮﲌﻳﺒﱫﺎﲨ ﺫﱧﺍﻗﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﺑﱧﺎﻝﱔ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳃﳀ
- (Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).
ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﵝﱀﵙﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﭐﻛﱓﻔﱂﺮﱹ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺑﱧﺮﲌﻯﳒﺀﱬ ﻣﱰﲘﻨﻚﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺏﲄ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
- (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"
ﻓﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺘﱧﻬﱻﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱺﻳﱦﻦﲌ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﺍﲯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳃﳀ
- Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﻟﱀﺘﱧﻨﻈﱕﺮﱹ ﻧﱧﻔﱀﺲﱿ ﻣﱱﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﻟﲘﻐﱧﺪﲚﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻧﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﺄﱁﻧﺴﱺﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
- Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯﳒ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘﲬ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁﺂﴢﲐﺰﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
- Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).
ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺟﱺﺒﱧﻞﲎ ﻟﱋﺮﱺﺃﱁﻳﱦﺘﱧﻪﱨﲵ ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﱫﺎ ﻣﱲﺘﱧﺼﱺﺪﲃﲘﻋﱾﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﺸﱓﻴﱧﺔﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺜﱁ﮳ﻞﱕ ﻧﱧﻀﱹﺮﲌﺑﱨﻬﱺﺎ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
- Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲨ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘﲨ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳄﳀ
- Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﲘﻚﱕ ﭐﻟﱀﻘﱂﺪﲅﻭﺱﱻ ﭐﻟﺴﲄﻠﱁ﮳ﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﻬﱺﻴﱦﻤﲘﻦﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﺒﱱﺎﺭﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻜﱔﺒﱰﲐﺮﱻﲬ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
- Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﻠﲘﻖﱻ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﺭﲌﺉﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﱺﻮﲃﲌﺭﱻﲨ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﻤﱧﺂﺀﱨ ﭐﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰﳎﲬ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲘﺢﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳆﳄﳀ
- Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.