Tazkirah
SUCIKAN HATIMU KETIKA MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
إِذْ جَاءَ رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
[Surat As-Saaffat 84]
Terjemahan :
"Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni."
JANGAN KITA DARI KALANGAN MEREKA YANG BERPALING INGKAR DARIPADA AYAT AYAT ALLAH
Firman Allah SWT :
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا ۖ فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
[Surat Luqman 7]
Terjemahan :
"Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya."
PEMIMPIN YANG ZALIM DAN PENGIKUT YANG ZALIM AKAN DIAZAB BERSAMA SAMA DI DALAM NERAKA
Firman Allah SWT :
فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ
[Surat As-Saaffat 33]
Terjemahan :
"Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama."
MOGA KITA BUKAN DARI KALANGAN MEREKA YANG TIDAK MAHU MENDENGAR PERINGATAN
Firman Allah SWT :
وَإِذَا ذُكِّرُوا لَا يَذْكُرُونَ
[Surat As-Saaffat 13]
Terjemahan :
"Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu."
ALLAH SEBAIK BAIK HAKIM, MAKA IKUTILAH SEGALA UNDANG UNDANGNYA
Firman Allah SWT :
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
[Surat Al-A'raf 89]
Terjemahan :
"Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"
JAUHKANLAH DIRI DARIPADA MEMPERMAINKAN AGAMA ALLAH
Firman Allah SWT :
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
[Surat Luqman 6]
Terjemahan :
"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan"
MENIPU ADALAH SALAH SATU DARIPADA KEJAHATAN LIDAH. BERUSAHALAH UNTUK MENJAUHINYA!
Firman Allah SWT :
إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَاذِبُونَ
[Surat An-Nahl 105]
Terjemahan :
"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang berdusta"
ORANG YANG BERIMAN ADALAH MEREKA YANG MENDAPAT HIDAYAH DAN MEREKALAH ORANG YANG BERJAYA
Firman Allah SWT :
أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
[Surat Luqman 5]
Terjemahan :
"Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya."
AL QURAN SEBAGAI PETUNJUK
Firman Allah SWT :
هُدًى وَرَحْمَةً لِلْمُحْسِنِينَ
[Surat Luqman 3]
Terjemahan :
"Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik"
GUNAKAN AL QURAN SEBAGAI PANDUAN KERANA PADANYA BANYAK HIKMAH DAN KEBENARAN
Firman Allah SWT :
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ
[Surat Luqman 2]
Terjemahan :
"Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh"