Tazkirah

BERSABARLAH DAN TERUS MEMBERI PERINGATAN


Firman Allah SWT : فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ [Surat Ar-Rum 60] ‎Terjemahan : "Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah."

MOGA KITA BUKAN DARI KALANGAN MEREKA YANG ALLAH TUTUP HATINYA DARI KEBENARAN


Firman Allah SWT : كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ [Surat Ar-Rum 59] ‎Terjemahan : "Demikianlah Allah meteraikan hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran)."

TERUSLAH MEMBERI PERINGATAN, KERANA IA BERGUNA KEPADA ORANG YANG BERIMAN


Firman Allah SWT : إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ [Surat Ar-Rum 53] ‎Terjemahan : "engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang menurut perintah"

KITA TERUSLAH BERI PERINGATAN LALU SERAHKAN SELEBIHNYA KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : فَإِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ [Surat Ar-Rum 52] ‎Terjemahan : "kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya)"

ALLAH PASTI AKAN MENOLONG ORANG ORANG YANG BERIMAN


Firman Allah SWT : وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ [Surat Ar-Rum 47] ‎Terjemahan : "dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman."

ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG YANG KUFUR INGKAR


Firman Allah SWT : إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ [Surat Ar-Rum 45] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang kufur ingkar"

ALLAH LIMPAHKAN KURNIAANNYA KEPADA ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH


Firman Allah SWT : لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْ فَضْلِهِ [Surat Ar-Rum 45] ‎Terjemahan : "Kerana Allah akan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari limpah kurniaNya"

MEMOHONLAH SEGALA HAJAT HANYA KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ [Surat Fatir 15] ‎Terjemahan : "(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."

SESIAPA YANG BERAMAL SOLEH, AKAN MEMPEROLEHI KESENANGAN


Firman Allah SWT : وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ [Surat Ar-Rum 44] ‎Terjemahan : "dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing"

SESIAPA YANG KUFUR, DIA SENDIRI AKAN MENANGGUNG BENCANA KEKUFURANNYA


Firman Allah SWT : مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُه [Surat Ar-Rum 44] ‎Terjemahan : "Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu,"

Page