Tazkirah

SYAITAN ADALAH MUSUH YANG NYATA BAGI KITA. MAKA MOHONLAH PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ [Surat Fatir 6] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka."

HADAPKANLAH WAJAHMU KEPADA AGAMA YANG BENAR SEBELUM DATANGNYA KIAMAT


Firman Allah SWT : فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ ۖ يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ [Surat Ar-Rum 43] ‎Terjemahan : "maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah ugama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: hari yang tak dapat ditolak; pada hari itu manusia akan berpecah."

JANGAN KITA DARI KALANGAN MEREKA YANG BERBUAT KEROSAKAN DIATAS BUMI ALLAH INI


Firman Allah SWT : ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاس [Surat Ar-Rum 41] ‎Terjemahan : "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia."

ALLAH YANG MEMBERI REZEKI, MAKA HANYA KEPADANYALAH SELAYAKNYA KITA BERGANTUNG HARAP


Firman Allah SWT : اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ [Surat Ar-Rum 40] ‎Terjemahan : "Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu"

KHABAR GEMBIRA DAN PERINGATAN, ITULAH TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS KEPADA KITA


Firman Allah SWT : وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ [Surat Saba' 28] ‎Terjemahan : "Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)."

MEWAH ATAU SEMPITNYA REZEKI YANG KITA PEROLEHI, IA ADALAH UJIAN DARIPADA ALLAH


Firman Allah SWT : أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ [Surat Ar-Rum 37] ‎Terjemahan : "dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."

JANGAN KITA MENGINGKARI NIKMAT NIKMAT YANG ALLAH BERI


Firman Allah SWT : لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ ۚ فَتَمَتَّعُوا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ [Surat Ar-Rum 34] ‎Terjemahan : "Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)".

JANGAN DIRIMU JADI SEPERTI MEREKA YANG MELUPAKAN BUDI ALLAH


Firman Allah SWT : وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُمْ مُنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُمْ مِنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ [Surat Ar-Rum 33] ‎Terjemahan : "Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya."

ORANG YANG TIDAK BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT, DIA BERADA DALAM KESESATAN DAN AKAN BEROLEH AZAB


Firman Allah SWT : بَلِ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ فِي الْعَذَابِ وَالضَّلَالِ الْبَعِيدِ [Surat Saba' 8] ‎Terjemahan : "bahkan orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat tetap beroleh (di sana) azab seksa yang seburuk-buruknya dan (di sini) tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong."

SENTIASALAH KEMBALI KEPADA ALLAH DENGAN AMAL SOLEH DAN SOLAT YANG BETUL SEMPURNA


Firman Allah SWT : مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ [Surat Ar-Rum 31] ‎Terjemahan : "Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik"

Page