Tazkirah

ORANG YANG KUFUR TERHADAP NIKMAT NIKMAT ALLAH TIDAK AKAN BERJAYA


Firman Allah SWT : وَيْكَأَنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ [Surat Al-Qasas 82] ‎Terjemahan : "Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"

ALLAH BERKUASA MEMEWAHKAN DAN MENYEMPITKAN REZEKI BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA


Firman Allah SWT : وَيْكَأَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ [Surat Al-Qasas 82] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya"

RAHMAT PEMBERIAN ALLAH, SYUKURILAH


Firman Allah SWT : وَمِنْ رَحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ [Surat Al-Qasas 73] ‎Terjemahan : "Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur"

MOGA MOGA ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH AKAN BEROLEH KEJAYAAN


Firman Allah SWT : فَأَمَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَعَسَىٰ أَنْ يَكُونَ مِنَ الْمُفْلِحِينَ [Surat Al-Qasas 67] ‎Terjemahan : "adapun orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka semoga akan menjadilah ia dari orang-orang yang berjaya"

AHLI NERAKA YANG PENUH PENYESALAN


Firman Allah SWT : وَرَأَوُا الْعَذَابَ ۚ لَوْ أَنَّهُمْ كَانُوا يَهْتَدُونَ [Surat Al-Qasas 64] ‎Terjemahan : "dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk"

KEJARLAH KURNIAAN YANG ADA DISISI ALLAH KERANA IA LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL


Firman Allah SWT : وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ۚ [Surat Al-Qasas 60] ‎Terjemahan : "dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal"

SEDEKAHKANLAH SEBAHAGIAN REZEKI YANG ENGKAU PEROLEHI


Firman Allah SWT : وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ [Surat Al-Qasas 54] ‎Terjemahan : "dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka"

ORANG YANG ZALIM TIDAK AKAN DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH


Firman Allah SWT : إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ [Surat Al-Qasas 50] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya)"

APABILA AMALAN YANG DILAKUKAN BUKAN KERANA ALLAH, MAKA IA AKAN MENJADI SIA SIA


Firman Allah SWT : وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا [Surat Al-Furqan 23] ‎Terjemahan : "Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan"

BALASAN BAGI ORANG ORANG YANG GEMAR MELAKUKAN KEZALIMAN


Firman Allah SWT : وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُمْ مِنَ الْمَقْبُوحِينَ [Surat Al-Qasas 42] ‎Terjemahan : "Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya"

Page