Tazkirah

MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA TIDAK TERGOLONG DARI KALANGAN ORANG YANG ZALIM


Firman Allah SWT : إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ [Surat Al-Qasas 37] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya"

MEMOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR SENTIASA BERADA DI JALAN KEBENARAN


Firman Allah SWT : رَبِّي أَنْ يَهْدِيَنِي سَوَاءَ السَّبِيلِ [Surat Al-Qasas 22] ‎Terjemahan : "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,"

SENTIASALAH MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA SYAITAN YANG MENYESATKAN


Firman Allah SWT : إِنَّهُ عَدُوٌّ مُضِلٌّ مُبِينٌ [Surat Al-Qasas 15] ‎Terjemahan : "sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya)"

JADILAH KITA ORANG YANG BENAR BENAR BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ [Surat An-Naml 91] ‎Terjemahan : "dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya)"

MEREKA YANG GEMAR BERBUAT ZALIM, MAKA DIA AKAN DIHINAKAN DENGAN AZAB NERAKA ALLAH


Firman Allah SWT : وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَكُبَّتْ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ هَلْ تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ [Surat An-Naml 90] ‎Terjemahan : "Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya) maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan".

BALASAN YANG LEBIH BAIK BAGI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH


Firman Allah SWT : مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا وَهُمْ مِنْ فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ [Surat An-Naml 89] ‎Terjemahan : "Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu"

HANYA ORANG BERIMAN SAHAJA YANG AKAN MENERIMA KETERANGAN AYAT AYAT AL QURAN


Firman Allah SWT : إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ [Surat An-Naml 81] ‎Terjemahan : "engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas"

BETAPA BANYAK NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN. MAKA JANGANLAH KITA TIDAK MAHU MENSYUKURINYA


Firman Allah SWT : وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ [Surat An-Naml 73] ‎Terjemahan : "Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur"

JANGAN KITA SOMBONG DENGAN TIDAK MAHU MENGINGATI NIKMAT NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN


Firman Allah SWT : قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ [Surat An-Naml 62] ‎Terjemahan : "Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)"

ALLAH YANG MEMPERKENANKAN DOA SERTA MENGELUARKAN HAMBANYA DARIPADA KESUSAHAN


Firman Allah SWT : أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ [Surat An-Naml 62] ‎Terjemahan : "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?"

Page