Tazkirah
JANGANLAH KITA DARI KALANGAN ORANG YANG TIDAK MAHU BERSYUKUR
Firman Allah SWT :
وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
[Surat An-Naml 40]
Terjemahan :
"dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah"
SESIAPA YANG BERSYUKUR, MAKA DIA AKAN MENERIMA FAEDAH KESYUKURANNYA
Firman Allah SWT :
وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِه
[Surat An-Naml 40]
Terjemahan :
"Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri"
MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA DIJAUHKAN DARI TIPU DAYA SYAITAN
Firman Allah SWT :
وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ
[Surat An-Naml 24]
Terjemahan :
"dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk"
BERDOALAH AGAR SENTIASA BERSYUKUR, MAMPU BERAMAL SOLEH DAN HIDUP DIKALANGAN ORANG SOLEH
Firman Allah SWT :
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
[Surat An-Naml 19]
Terjemahan :
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"
JIKA ENGKAU BERDOSA, BERTAUBATLAH! DAN GANTIKAN PULA DENGAN MELAKUKAN KEBAIKAN
Firman Allah SWT :
إِلَّا مَنْ ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْنًا بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ
[Surat An-Naml 11]
Terjemahan :
"Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
ANCAMAN ALLAH BAGI MEREKA YANG TIDAK MAHU BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Firman Allah SWT :
إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ
[Surat An-Naml 4]
Terjemahan :
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan"
AL QURAN SEBAGAI PETUNJUK DAN BERITA GEMBIRA BAGI ORANG ORANG YANG BERIMAN
Firman Allah SWT :
هُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
[Surat An-Naml 2]
Terjemahan :
"Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman"
BERBAKTILAH KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
وَاتَّقُوا الَّذِي أَمَدَّكُمْ بِمَا تَعْلَمُونَ
[Surat Ash-Shu'ara 132]
Terjemahan :
"Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya"
TAKUTILAH MURKA ALLAH DAN IKUTILAH SYARIAT YANG DIBAWA OLEH NABI
Firman Allah SWT :
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ
[Surat Ash-Shu'ara 126]
Terjemahan :
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku (Nabi)"
BERLAKU ADILLAH! JANGAN DIAMBIL HAK HAK ORANG LAIN
Firman Allah SWT :
وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
[Surat Ash-Shu'ara 183]
Terjemahan :
"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi"