Tazkirah
NERAKA JAHANNAM ADALAH BAGI MEREKA YANG SOMBONG TAKBUR
Firman Allah SWT :
ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۖ فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
[Surat Ghafir 76]
Terjemahan :
"Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekalah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam"
ALLAH PELINDUNG BAGI ORANG YANG BERIMAN
Firman Allah SWT :
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ مَوْلَى الَّذِينَ آمَنُوا
[Surat Muhammad 11]
Terjemahan :
"Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman,"
PERINGATAN BAGI MEREKA YANG LALAI
Firman Allah SWT :
ذَٰلِكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَفْرَحُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَمْرَحُونَ
[Surat Ghafir 75]
Terjemahan :
"(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat)"
BALASAN BAGI MEREKA YANG MENDERHAKAI ALLAH
Firman Allah SWT :
فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ
[Surat Ghafir 72]
Terjemahan :
"Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka"
BALASAN BAGI ORANG YANG SOMBONG TAKBUR DI BUMI ALLAH
Firman Allah SWT :
فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ
[Surat Al-Ahqaf 20]
Terjemahan :
"maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik"
BALASAN BURUK KEPADA MEREKA YANG INGKAR KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
ذَٰلِكُمْ بِأَنَّكُمُ اتَّخَذْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ لَا يُخْرَجُونَ مِنْهَا وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ
[Surat Al-Jathiya 35]
Terjemahan :
"(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya)."
PADA HARI KIAMAT, ORANG YANG MENGINGKARI ALLAH AKAN RUGI SERUGI RUGINYA
Firman Allah SWT :
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَخْسَرُ الْمُبْطِلُونَ
[Surat Al-Jathiya 27]
Terjemahan :
"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."
ALLAH AKAN MEMASUKKAN ORANG YANG BERIMAN KE DALAM RAHMATNYA
Firman Allah SWT :
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ
[Surat Al-Jathiya 30]
Terjemahan :
"Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar."
AL QURAN ADALAH PANDUAN KEHIDUPAN. JANGAN ENGKAU DUSTAINYA
Firman Allah SWT :
هَٰذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
[Surat Al-Jathiya 20]
Terjemahan :
"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya)."
TUNDUK TAAT SEPENUHNYA HANYA KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
وَأُمِرْتُ أَنْ أُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
[Surat Ghafir 66]
Terjemahan :
"dan aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam"