Tazkirah

KETIKA DIRI DIGODA HAWA NAFSU DAN SYAITAN, MOHONLAH PERLINDUNGAN ALLAH


Firman Allah SWT : قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَاي [Surat Yusuf 23] ‎Terjemahan : "Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya".

KETERANGAN AYAT AYAT AL QURAN CUKUP SEBAGAI PANDUAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : إِنَّ فِي هَٰذَا لَبَلَاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ [Surat Al-Anbiya' 106] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu)"

MEREKA YANG ISTIQOMAH BERIBADAH KEPADA ALLAH LALU MENDAPAT KEBAIKAN, MAKA JAUHLAH DARI API NERAKA


Firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنَّا الْحُسْنَىٰ أُولَٰئِكَ عَنْهَا مُبْعَدُونَ [Surat Al-Anbiya' 101] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kami, mereka dijauhkan dari neraka itu"

TITIPKAN RASA TAKUT DAN PENUH HARAPAN PADA SETIAP DOA YANG KITA PANJATKAN KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا [Surat Al-Anbiya' 90] ‎Terjemahan : "dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut"

SENTIASALAH KITA BERLUMBA LUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN


Firman Allah SWT : إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَات [Surat Al-Anbiya' 90] ‎Terjemahan : "sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan"

ORANG ORANG YANG TETAP TEKUN BERAMAL SOLEH AKAN DIMASUKKAN OLEH ALLAH KE DALAM RAHMATNYA


Firman Allah SWT : وَأَدْخَلْنَاهُ فِي رَحْمَتِنَا ۖ إِنَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ [Surat Al-Anbiya' 75] ‎Terjemahan : "Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh"

SENTIASALAH BERSAMA AL QURAN KERANA IA MEMBAWA KEBERKATAN ALLAH DALAM KEHIDUPAN KITA


Firman Allah SWT : وَهَٰذَا ذِكْرٌ مُبَارَكٌ أَنْزَلْنَاهُ ۚ أَفَأَنْتُمْ لَهُ مُنْكِرُونَ [Surat Al-Anbiya' 50] ‎Terjemahan : "Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad)"

LAKUKANLAH AMAL KEBAIKAN WALAUPUN IANYA KECIL. KERANA IA PASTI DIBERI BALASAN OLEH ALLAH


Firman Allah SWT : فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ [Surat Al-Anbiya' 47] ‎Terjemahan : "maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung)"

APABILA DATANG AZAB ALLAH, TIDAK ADA YANG MAMPU MENOLAKNYA DAN TIADA LAGI TEMPOH BERTAUBAT


Firman Allah SWT : فَلَا يَسْتَطِيعُونَ رَدَّهَا وَلَا هُمْ يُنْظَرُونَ [Surat Al-Anbiya' 40] ‎Terjemahan : "maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat."

SENTIASALAH MENGINGATI MATI KERANA IA BOLEH MELEMBUTKAN HATI


Firman Allah SWT : كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ [Surat Al-Anbiya' 35] ‎Terjemahan : "Tiap-tiap diri akan merasai mati"

Page