Tazkirah
BERTASBIHLAH KEPADA ALLAH PADA WAKTU PAGI DAN PETANG
Firman Allah SWT :
أَنْ سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا
[Surat Maryam 11]
Terjemahan :
"Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
NERAKA JAHANNAM BAGI ORANG ORANG KAFIR
Firman Allah SWT :
وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لِلْكَافِرِينَ عَرْضًا
[Surat Al-Kahf 100]
Terjemahan :
"Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata"
ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, BAGI MEREKA BALASAN YANG SEBAIK BAIKNYA
Firman Allah SWT :
وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَى
[Surat Al-Kahf 88]
Terjemahan :
"Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya"
ALLAH MENGUTUS PARA RASUL SEBAGAI BERITA GEMBIRA DAN PEMBERI AMARAN KEPADA KITA
Firman Allah SWT :
وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِين
[Surat Al-Kahf 56]
Terjemahan :
"Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran"
TIDAK ADA YANG MENGHALANGI MANUSIA DARIPADA BERIMAN MELAINKAN KEDEGILAN MEREKA
Firman Allah SWT :
وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا
[Surat Al-Kahf 55]
Terjemahan :
"Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi"
ALLAH TIDAK SEKALI KALI BERLAKU ZALIM KEPADA SESEORANG PUN
Firman Allah SWT :
وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
[Surat Al-Kahf 49]
Terjemahan :
"dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun"
HANYA ALLAH YANG MEMBERI PERTOLONGAN. MOHONLAH KEPADANYA
Firman Allah SWT :
هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ ۚ
[Surat Al-Kahf 44]
Terjemahan :
"Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya"
ALLAH SAHAJALAH TEMPAT MEMOHON PERLINDUNGAN
Firman Allah SWT :
وَلَنْ تَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا
[Surat Al-Kahf 27]
Terjemahan :
"dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya"
BACALAH AL QURAN DAN AMALAKAN ISI KANDUNGANNYA
Firman Allah SWT :
وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ كِتَابِ رَبِّك
[Surat Al-Kahf 27]
Terjemahan :
"Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu"
TIDAK ADA PENOLONG BAGI ORANG YANG TELAH DISESATKAN OLEH ALLAH DI ATAS KEDERHAKAAN YANG DILAKUKAN
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا
[Surat Al-Kahf 17]
Terjemahan :
"dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya."