Tazkirah

JANGAN KITA SYIRIK KEPADA ALLAH JIKA KITA TIDAK MAHU DICAMPAK KE DALAM NERAKA


Firman Allah SWT : وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ فَتُلْقَىٰ فِي جَهَنَّمَ مَلُومًا مَدْحُورًا [Surat Al-Isra' 39] ‎Terjemahan : "Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)"

SESEORANG TIDAK AKAN MEMIKUL DOSA ORANG LAIN


Firman Allah SWT : وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ [Surat Al-Isra' 15] ‎Terjemahan : "Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)"

MEREKA YANG MEMILIH KESESATAN AKAN MENANGGUNG SENDIRI KESAN BURUK KESESATAN TERSEBUT


Firman Allah SWT : وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ [Surat Al-Isra' 15] ‎Terjemahan : "dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga"

SESIAPA YANG BEROLEH PETUNJUK ALLAH, MAKA FAEDAHNYA UNTUK DIRI SENDIRI


Firman Allah SWT : مَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِه [Surat Al-Isra' 15] ‎Terjemahan : "Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri"

ALLAH BESERTA ORANG ORANG YANG BERIMAN DAN BERBUAT KEBAIKAN


Firman Allah SWT : إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ [Surat An-Nahl 128] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

SERULAH MANUSIA KEPADA ALLAH DENGAN HIKMAH DAN NASIHAT YANG BAIK


Firman Allah SWT : ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَة [Surat An-Nahl 125] ‎Terjemahan : "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik"

ORANG YANG BERDUSTA TERHADAP ALLAH TIDAK AKAN BERJAYA


Firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ [Surat An-Nahl 116] ‎Terjemahan : "sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya"

MAKANLAH DARI KURNIAAN ALLAH HANYA YANG HALAL LAGI BAIK


Firman Allah SWT : فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ [Surat An-Nahl 114] ‎Terjemahan : "Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata"

ALLAH TIDAK BERI HIDAYAH PETUNJUK KEPADA KAUM YANG KUFUR


Firman Allah SWT : ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّوا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ [Surat An-Nahl 107] ‎Terjemahan : "(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat)"

MOHONLAH PERLINDUNGAN ALLAH KETIKA KITA HENDAK MEMBACA AL QURAN


Firman Allah SWT : فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ [Surat An-Nahl 98] ‎Terjemahan : "Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam."

Page