Tazkirah

JAUHI SYIRIK DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : ِ أَنْ أَنْذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ [Surat An-Nahl 2] ‎Terjemahan : "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku"

HENDAKLAH KITA SENTIASA MERENDAH DIRI SESAMA KITA ORANG YANG BERIMAN


Firman Allah SWT : وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ [Surat Al-Hijr 88] ‎Terjemahan : "dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin)"

JANGAN SEKALI KALI KITA BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH


Firman Allah SWT : ِّ فَلَا تَكُنْ مِنَ الْقَانِطِينَ [Surat Al-Hijr 55] ‎Terjemahan : "oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa"

AMAL MANUSIA MUDAH DISESATKAN OLEH SYAITAN KECUALI MEREKA YANG BERSIH DARIPADA SYIRIK


Firman Allah SWT : إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ [Surat Al-Hijr 40] ‎Terjemahan : "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik"

PERLIHARALAH DIRI DARIPADA API NERAKA ALLAH


Firman Allah SWT : وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ [Surat Aal-E-Imran 131] ‎Terjemahan : "Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir."

TIDAK AKAN CEPAT TIDAK PULA AKAN LAMBAT WALAU SESAAT PUN KEMATIAN KITA


Firman Allah SWT : مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ [Surat Al-Hijr 5] ‎Terjemahan : "Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya"

AL QURAN SEBAGAI PERINGATAN DAN PELAJARAN BAGI MEREKA YANG BERAKAL


Firman Allah SWT : هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ [Surat Ibrahim 52] ‎Terjemahan : "(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf"

RAYUAN SIA SIA ORANG YANG ZALIM LAGI DIAZAB DI DALAM NERAKA


Firman Allah SWT : فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ [Surat Ibrahim 44] ‎Terjemahan : "orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"

ALLAH MENYESATKAN ORANG YANG BERLAKU ZALIM


Firman Allah SWT : وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ [Surat Ibrahim 27] ‎Terjemahan : "dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri)"

BALASAN BAIK BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEGALA PERKARA YANG MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH


Firman Allah SWT : ذَٰلِكَ لِمَنْ خَافَ مَقَامِي وَخَافَ وَعِيدِ [Surat Ibrahim 14] ‎Terjemahan : "balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu"

Page