Tazkirah

PELIHARA DIRI DAN CEGAHLAH MANUSIA DARIPADA MELAKUKAN DOSA


Firman Allah SWT : وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ [Surat Al-Anfal 25] ‎Terjemahan : "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."

USLUB (PENDEKATAN) DAKWAH YANG DIAJARKAN OLEH ALLAH SWT


Firman Allah SWT : فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ [Surat Aal-E-Imran 159] ‎Terjemahan : "Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu."

KEMENANGAN DAN KEJAYAAN BAGI MEREKA YANG MENTAATI ALLAH SWT


Firman Allah SWT : وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ [Surat An-Nur 52] ‎Terjemahan : "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."

ALLAH PERMUDAHKAN JALAN BAGI MEREKA YANG BERTAQWA ITU UNTUK MENDAPATKAN SYURGA


Firman Allah SWT : فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ [Surat Al-Layl 7] ‎Terjemahan : "Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga)."

YAKINILAH AL QURAN KERANA IA ADALAH TERTINGGI KEMULIAANNYA


Firman Allah SWT : بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيدٌ.فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ [Surat Al-Buruj 21-22] ‎Terjemahan : "bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya. (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz."

MARILAH KITA MENUJU KEPADA KEMENANGAN YANG BESAR


Firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ [Surat Al-Buruj 11] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar."

JANGAN BIARKAN HARTA DAN ANAK PINAK MELALAIKAN KAMU DARIPADA MENGINGATI ALLAH


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ [Surat Al-Munafiqun 9] ‎Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

KEAMPUNAN ALLAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA SEGALA JENIS KESENANGAN HIDUP


Firman Allah SWT : لَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ [Surat Aal-E-Imran 157] ‎Terjemahan : "sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup)."

KITA PASTINYA DIDALAM KESUKARAN DAN KEPAYAHAN SEKIRANYA TANPA RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH


Firman Allah SWT : وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ [Surat An-Nur 10] ‎Terjemahan : "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi)"

JANGAN KITA TERGOLONG DARI KALANGAN MEREKA YANG MENGIKUTI JEJAK SYAITAN DAN MEMBANTAH ALLAH


Firman Allah SWT : وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَرِيدٍ [Surat Al-Hajj 3] ‎Terjemahan : "Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan."

Page