Tazkirah
BERPEGANGLAH KEPADA AGAMA ALLAH, PASTI KITA AKAN JADI GOLONGAN YANG MENANG
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
[Surat Al-Ma'idah 56]
Terjemahan :
"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang."
DENGAN PENJELASAN YANG MANA LAGI SESUDAH PENJELASAN AL QURAN BARU MAHU BERIMAN?
Firman Allah SWT :
فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ
[Surat Al-Mursalat 50]
Terjemahan :
"(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?"
MOHONLAH DOA KEPADA ALLAH KERANA SESUNGGUHNYA DIA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI
Firman Allah SWT :
وَإِنْ تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى
[Surat Ta-Ha 7]
Terjemahan :
"Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi."
JANGAN KESENANGAN DAN KEMEWAHAN DUNIA MELALAIKAN KITA KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
[Surat Al-Hijr 3]
Terjemahan :
"Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka)."
TITIK DOSA YANG BANYAK AKAN MENYEBABKAN TERTUTUPNYA MATA HATI UNTUK MELIHAT KEBENARAN
Firman Allah SWT :
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
[Surat Al-Mutaffifin 14]
Terjemahan :
"Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan."
ABDIKANLAH DIRI KEPADA ALLAH KERANA ITULAH JALAN YANG LURUS
Firman Allah SWT :
إِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۗ هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ
[Surat Aal-E-Imran 51]
Terjemahan :
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".
IKUTILAH RASUL DAN JANGAN DIINGKARI PERINTAHNYA. MAKA KITA PASTI AKAN GEMBIRA
Firman Allah SWT :
إِنَّنِي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ
[Surat Hud 2]
Terjemahan :
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman)."
AL QURAN ITU DITURUNKAN SEBAGAI PANDUAN KEPADA KITA AGAR TIDAK MENYEMBAH SELAIN ALLAH
Firman Allah SWT :
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۚ
[Surat Hud 2]
Terjemahan :
"supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah."
INGATLAH BAHAWA ADA MALAIKAT YANG SENTIASA MENCATIT SEGALA AMALAN BAIK DAN BURUKMU
Firman Allah SWT :
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
[Surat Qaf 18]
Terjemahan :
"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."
MOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DARI SIKAP MEMPERMAIN MAINKAN APA YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW
Firman Allah SWT :
وَمَا يَأْتِيهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
[Surat Al-Hijr 11]
Terjemahan :
"Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya."