Tazkirah

AMARAN ALLAH TERHADAP MEREKA YANG MENDUSTAKAN HARI KIAMAT


Firman Allah SWT : بَلْ كَذَّبُوا بِالسَّاعَةِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لِمَنْ كَذَّبَ بِالسَّاعَةِ سَعِيرًا [Surat Al-Furqan 11] ‎Terjemahan : "(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang."

SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DARI KALANGAN MEREKA YANG TERKELUAR DARI IMAN KEPADA KUFUR


Firman Allah SWT : وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ [Surat Al-Baqarah 257] ‎Terjemahan : "Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

MATI TIDAK AKAN DIPERCEPAT ATAU DILAMBATKAN WALAU SESAAT KEDATANGANNYA


Firman Allah SWT : وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ [Surat Al-A'raf 34] ‎Terjemahan : "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."

ALLAH YANG MENGELUARKAN HAMBANYA DARIPADA KUFUR KEPADA IMAN


Firman Allah SWT : يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ [Surat Al-Baqarah 257] ‎Terjemahan : "Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)."

ALLAH PELINDUNG BAGI ORANG ORANG YANG BERIMAN


Firman Allah SWT : اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا [Surat Al-Baqarah 257] ‎Terjemahan : "Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman."

MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA TETAP TEGUH DENGAN IMAN DAN TERUS BERAMAL SOLEH


Firman Allah SWT : وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ۙ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ [Surat Al-Ma'idah 9] ‎Terjemahan : "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar."

JANGANLAH KAMU JADIKAN TEMAN RAPAT MANA MANA KAUM YANG DIMURKAI ALLAH


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَئِسُوا مِنَ الْآخِرَةِ كَمَا يَئِسَ الْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُورِ [Surat Al-Mumtahana 13] ‎Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur."

SEGALANYA TELAH ALLAH SEMPURNAKAN BAGI KITA. MAKA, JANGAN PERNAH KITA MERAGUI NIKMAT INI


Firman Allah SWT : الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ [Surat Al-Ma'idah 3] ‎Terjemahan : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. "

JANGAN KITA MEMPERMAIN MAINKAN PERINTAH DAN HUKUMAN ALLAH


Firman Allah SWT : وَلَا تَتَّخِذُوا آيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَمَا أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنَ الْكِتَابِ وَالْحِكْمَةِ يَعِظُكُمْ بِهِ ۚ [Surat Al-Baqarah 231] ‎Terjemahan : "dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya."

ALLAH MENGASIHI ORANG YANG BERTAUBAT DAN MENYEKSA ORANG YANG KUFUR INGKAR KEPADANYA


Firman Allah SWT : عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يَرْحَمَكُمْ ۚ وَإِنْ عُدْتُمْ عُدْنَا ۘ وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيرًا [Surat Al-Isra' 8] ‎Terjemahan : "Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat)."

Page