Tazkirah
JAUHILAH SEJAHAT JAHAT PERKARA
Firman Allah SWT :
بِئْسَمَا اشْتَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ أَنْ يَكْفُرُوا بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ بَغْيًا أَنْ يُنَزِّلَ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ
[Surat Al-Baqarah 90]
Terjemahan :
"Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w)."
RAMAI YANG MENGAKUI ADANYA HARI KIAMAT TETAPI TETAP TERUS MELAKUKAN KEMAKSIATAN
Firman Allah SWT :
بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ
[Surat Al-Qiyamah 5]
Terjemahan :
"(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)."
JANGAN SEKALI KALIAN MERASAKAN REZEKI ITU DATANGNYA DARIPADA SELAIN ALLAH. JANGAN!
Firman Allah SWT :
لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
[Surat Ta-Ha 132]
Terjemahan :
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
DENGAN TEKUN DAN SABAR, AJAKLAH AHLI KELUARGA DAN MASYARAKAT UNTUK MENDIRIKAN SOLAT
Firman Allah SWT :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ
[Surat Ta-Ha 132]
Terjemahan :
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya."
BERSYUKURLAH. KERANA ITULAH TUNTUTAN KEATAS SETIAP NIKMAT YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN
Firman Allah SWT :
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
[Surat Al-Mulk 23]
Terjemahan :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"
JANGAN KITA SEPERTI MEREKA YANG SELALU BERDEGIL TERHADAP KETERANGAN AYAT AYAT ALLAH
Firman Allah SWT :
وَمَا تَأْتِيهِمْ مِنْ آيَةٍ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِمْ إِلَّا كَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ
[Surat Al-An'am 4]
Terjemahan :
"Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka (yang kafir) dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya)."
NIKMATILAH SEGALA KURNIAAN ALLAH DAN JANGAN KITA BERBUAT KEROSAKAN
Firman Allah SWT :
كُلُوا وَاشْرَبُوا مِنْ رِزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
[Surat Al-Baqarah 60]
Terjemahan :
"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"
BERUSAHALAH BERSUNGGUH SUNGGUH MENUNTUT ILMU DEMI UNTUK MEMPERBAIKI AMAL
Firman Allah SWT :
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
[Surat Al-Ankabut 69]
Terjemahan :
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
ASAL KEJADIAN KITA DARIPADA AIR (BENIH) YANG SEDIKIT DIPANDANG ORANG. APAKAH MASIH MAHU SOMBONG?
Firman Allah SWT :
ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ
[Surat As-Sajdah 8]
Terjemahan :
"Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang"
AL QURAN ITU MENJADI ANCAMAN KEPADA PENDOSA DAN BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG SOLEH
Firman Allah SWT :
قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
[Surat Al-Kahf 2]
Terjemahan :
"tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik."