Tazkirah
BERTAQWALAH! SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
[Surat At-Talaq 4]
Terjemahan :
"Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya"
HIDUPLAH DENGAN AKHLAK YANG TERPUJI
Firman Allah SWT :
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ.
[Surat Luqman 19]
Terjemahan :
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"
ALLAH MEMUDAHKAN APA YANG ADA DILANGIT DAN DIBUMI UNTUK KEGUNAAN MANUSIA
Firman Allah SWT :
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
[Surat Luqman 20]
Terjemahan :
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi"
ALLAH MENGANGKAT BALA KEATAS KAUM YANG INGKAR DAN DERHAKA DISEBABKAN ADANYA MEREKA YANG MASIH BERIMAN
Firman Allah SWT :
وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ.
[Surat Al-Baqarah 251]
Terjemahan :
"Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam."
ALLAH MEMPERKENALKAN DIRINYA DENGAN MENDATANGKAN KESUSAHAN KEPADA HAMBA HAMBANYA
Firman Allah SWT :
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ
[Surat At-Taghabun 11]
Terjemahan :
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah;"
SABARLAH KALIAN DALAM MENGHADAPI KESULITAN DAN KESUKARAN HIDUP
Firman Allah SWT :
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ
[Surat Al-Balad 4]
Terjemahan :
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);"
YAKINLAH KEPADA ALLAH KERANA DIA MENGUASAI SEGALA URUSAN
Firman Allah SWT :
فَلِلَّهِ الْآخِرَةُ وَالْأُولَى
[Surat An-Najm 25]
Terjemahan :
"Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia."
YA ALLAH, JAUHKANLAH KAMI DARI FITNAH GOLONGAN ORANG KAFIR
Firman Allah SWT :
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
[Surat Al-Mumtahana 5]
Terjemahan :
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
ALLAH SENTIASA DEKAT DENGAN HAMBA HAMBANYA
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
[Surat Qaf 16]
Terjemahan :
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"
TUTUPILAH SELURUH RUANG DIRI KITA DENGAN SENTIASA MENGINGATI ALLAH
Firman Allah SWT :
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
[Surat Al-Hashr 1]
Terjemahan :
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."