Tazkirah
PENYOKONG PENYOKONG ALLAH PASTI AKAN MENANG
Firman Allah SWT :
أُولَٰئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
[Surat Al-Mujadila 22]
Terjemahan :
"Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."
ALANGKAH BAHAGIANNYA BILA ALLAH REDHA KEPADA KITA, DAN KITA REDHA KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ
[Surat Al-Mujadila 22]
Terjemahan :
"Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya."
ALLAH PERTEGUHKAN HATI HATI ORANG YANG BERIMAN KEPADANYA
Firman Allah SWT :
أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ
[Surat Al-Mujadila 22]
Terjemahan :
"Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya"
PASTINYA KHABAR YANG SANGAT MENGEMBIRAKAN BAGI MEREKA YANG BERAMAL SOLEH
Firman Allah SWT :
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ.
[Surat As-Sajdah 17]
Terjemahan :
"Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan."
BERLUMBA LUMBALAH DALAM MENDAPATKAN KEAMPUNAN ALLAH
Firman Allah SWT :
سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
[Surat Al-Hadid 21]
Terjemahan :
"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,"
KHABAR GEMBIRA KEPADA MEREKA YANG BERIMAN DAN SUKA SANGAT BERSEDEKAH
Firman Allah SWT :
فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ
[Surat Al-Hadid 7]
Terjemahan :
"Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar"
ALANGKAH BAHAGIANYA MENGETAHUI BAHAWA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA
Firman Allah SWT :
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ ۚ
[Surat Al-Hadid 4]
Terjemahan :
"Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada,"
NAH! SEKSAAN BAGI AHLI NERAKA. TAKUTILAH NERAKA ALLAH
Firman Allah SWT :
فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ
[Surat Al-Waqi'ah 42]
Terjemahan :
"Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak"
PASTIKANLAH DIRI TERGOLONG DARI KALANGAN MEREKA YANG DITINGGIKAN DARJAT DI NEGERI AKHIRAT
Firman Allah SWT :
خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ
[Surat Al-Waqi'ah 3]
Terjemahan :
"Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)."
BERIMANLAH KEPADA KESELURUHAN ISI KANDUNGAN AL QURAN TANPA SEDIKIT KERAGUAN PUN
Firman Allah SWT :
وَآمِنُوا بِمَا أَنْزَلْتُ مُصَدِّقًا لِمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ ۖ
[Surat Al-Baqarah 41]
Terjemahan :
"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia"