Tazkirah
JANGAN SEKALI KALI KITA MENJUAL AYAT AYAT ALLAH DEMI UNTUK MERAIH KEPENTINGAN DUNIA
Firman Allah SWT :
وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا
[Surat Al-Baqarah 41]
Terjemahan :
"dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya"
PASTI ADA BALASAN BAGI SETIAP APA YANG DIUSAHAKAN SAMADA AMAL BAIK MAHUPUN AMAL BURUK
Firman Allah SWT :
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
[Surat An-Najm 39]
Terjemahan :
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya"
DEMI SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI AKAN KESUCIAN HAMBA HAMBANYA
Firman Allah SWT :
فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ
[Surat An-Najm 32]
Terjemahan :
"maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa."
SEGALA KURNIAAN ITU ADALAH DATANG DARIPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
وَأَنَّهُ هُوَ أَغْنَىٰ وَأَقْنَىٰ
[Surat An-Najm 48]
Terjemahan :
"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan"
ALANGKAH RUGINYA MANUSIA YANG MEMBELAKANGI AL QURAN DIDALAM HIDUPNYA
Firman Allah SWT :
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
[Surat Al-Furqan 30]
Terjemahan :
"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai"
SESEORANG TIDAK AKAN SEKALI KALI SESAT SETELAH MENERIMA HIDAYAH PETUNJUK ALLAH
Firman Allah SWT :
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِلَّ قَوْمًا بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُمْ مَا يَتَّقُونَ
[Surat At-Tawbah 115]
Terjemahan :
"Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya"
TARTIL - AL QURAN ITU DIBACA, DIHAYATI, DIFAHAMI DAN DIAMALKAN
Firman Allah SWT :
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
[Surat Al-Muzzammil 4]
Terjemahan :
"dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"
ORANG YANG BERDOSA TIDAK AKAN BERJAYA
Firman Allah SWT :
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْمُجْرِمُونَ
[Surat Yunus 17]
Terjemahan :
"Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya."
JIKA BENAR PENGAKUAN IMAN KAMU, PASTI ALLAH AKAN MEMBERI BIMBINGAN
Firman Allah SWT :
أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
[Surat Al-Hujurat 17]
Terjemahan :
"kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman, kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
ORANG YANG BERIMAN PASTI MERASA GERUN TERHADAP ANCAMAN AZAB ALLAH DIDALAM AL QURAN
Firman Allah SWT :
فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَنْ يَخَافُ وَعِيدِ
[Surat Qaf 45]
Terjemahan :
"Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu"