Tazkirah

LARANGAN MENCARI CARI KESALAHAN SERTA KEAIBAN ORANG LAIN


Firman Allah SWT : وَلَا تَجَسَّسُوا [Surat Al-Hujurat 12] ‎Terjemahan : "dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang"

BERSABARLAH KITA DALAM MELAKUKAN APA JUA BENTUK KETAATAN KEPADA ALLAH


Firman Allah SWT : وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ [Surat Al-Muddaththir 7] ‎Terjemahan : "Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar!"

ANCAMAN DAN AMARAN DARIPADA ALLAH PADA MEREKA YANG TIDAK BERIMAN DAN BERLAKU ZALIM


Firman Allah SWT : وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا الْقُرُونَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَمَّا ظَلَمُوا ۙ وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ وَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ [Surat Yunus 13] ‎Terjemahan : "Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan."

ALLAH YANG MENGAJAR MANUSIA SEGALA ILMU


Firman Allah SWT : عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ [Surat Al-Alaq 5] ‎Terjemahan : "Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

NIKMATILAH KEBAHAGIAAN HIDUP INI DENGAN MERASAI MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIHNYA ALLAH


Firman Allah SWT : الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ [Surat Al-Fatihah 3] ‎Terjemahan : "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."

TEGAKKANLAH PENDIRIAN AGAMA DIDALAM DIRI DAN JANGAN BERPECAH BELAH


Firman Allah SWT : أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ [Surat Ash-Shura 13] ‎Terjemahan : "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya"

ALLAH YANG TELAH MEMBERIKAN KETENANGAN JIWA KEPADA ORANG BERIMAN


Firman Allah SWT : هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ [Surat Al-Fath 4] ‎Terjemahan : "Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman"

JANGAN KITA INI MENYANGKA KITA DICIPTAKAN OLEH ALLAH HANYA SIA SIA TANPA TUJUAN


Firman Allah SWT : أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا [Surat Al-Mu'minun 115] ‎Terjemahan : "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?"

JANGAN KITA SENGAJA TIDAK MAHU MEMIKIRKAN ISI KANDUNGAN AL QURAN


Firman Allah SWT : أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا. [Surat Muhammad 24] ‎Terjemahan : "maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup?"

HARTA YANG DIPEROLEHI SECARA BATHIL TIDAK AKAN MENYELAMATKAN KAMU DARIPADA AZAB ALLAH


Firman Allah SWT : يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ [Surat Al-Humazah 3] ‎Terjemahan : "Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!"

Page