Tazkirah
BERLUMBA LUMBALAH MENGERJAKAN KEBAIKAN
Firman Allah SWT :
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ
[Surat Al-Baqarah 148]
Terjemahan :
"oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan."
JIKA KAMU SAYANG SERTA MENGASIHI ALLAH, MAKA IKUTILAH RASULULLAH SAW
Firman Allah SWT :
ُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ.
[Surat Aal-E-Imran 31]
Terjemahan :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
INGATLAH ALLAH MAKA ALLAH AKAN BALAS DENGAN KEBAIKAN
Firman Allah SWT :
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ.
[Surat Al-Baqarah 152]
Terjemahan :
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
TERTUTUP PANCAINDERA KERANA KEKUFURAN DAN KEINGKARAN TERHADAP ALLAH DAN RASUL
Firman Allah SWT :
خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ.
[Surat Al-Baqarah 7]
Terjemahan :
"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."
JANGAN KITA DARI KALANGAN SEJAHAT JAHAT MAKHLUK
Firman Allah SWT :
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ.
[Surat Al-Bayyinah 6]
Terjemahan :
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk."
SYURGA ITU AKAN DIWARISI OLEH GOLONGAN MEREKA YANG BERTAQWA
Firman Allah SWT :
تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا
[Surat Maryam 63]
Terjemahan :
"Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami."
SEMOGA KITA BUKAN DARI MEREKA YANG MENDERHAKAI RASUL
Firman Allah SWT :
فَعَصَىٰ فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا.
[Surat Al-Muzzammil 16]
Terjemahan :
"Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya."
JANGAN KAMU MATI MELAINKAN MATI DALAM ISLAM DAN TAQWA
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.
[Surat Aal-E-Imran 102]
Terjemahan :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
GAMBARAN YANG ALLAH BERIKAN TENTANG HARI KIAMAT
Firman Allah SWT :
يَوْمَ تَرْجُفُ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ وَكَانَتِ الْجِبَالُ كَثِيبًا مَهِيلًا.
[Surat Al-Muzzammil 14]
Terjemahan :
"(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah."
TAKUTLAH PADA ALLAH DENGAN MENINGGALKAN MAKSIAT DAN MENGIKUT SEGALA PERINTAHNYA
Firman Allah SWT :
فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ
[Surat Al-Ma'idah 44]
Terjemahan :
"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu);"